Bab 8

4K 120 0
                                    

"Aunty mintak maaf lah ye aunty terlambat, anak aunty buat hal pulak pagi-pagi ni" maaf dipinta sebaik sahaja Puan Anisah tiba di tempat duduk mereka.

Doktor tu ke buat hal? Eh kenapa aku kisah pulak?

"Eh no hal lah aunty. Kitorang pun baru berapa minit kat sini, kan Ra?" sengaja Aisya menolak-nolak lenganku.

Amboi, tadi kemain kau bising takut kak Zana marah la apa lah ni pandai pulak nak amik hati orang ye sya?

-----

Akmal mengeluh tanda lega. Lega kerana akhirnya sudah masuk waktu rehat, kemudian Iskandar pula masuk.

"Haih mengeluh panjang nampaknya doktor sorang ni" sindir Iskandar di pintu bilik itu.

"Iyelah. Biasanya hari macam ni tak ramai patient pun. Aku ingat aku masuk lambat tadi tak payahlah nak sambung dah" keluhnya lagi.

"Sedarlah kat mana kau berpijak ni mal. Dahlah aku nak pergi lunch ni kau nak join tak?"

"Kau pergilah dulu nanti aku pergi."

-----

"The Enchanted.." judul sebuah novel karya Rene Denfeld disebutnya perlahan.

Tiba-tiba iPhone5s-nya berbunyi. Tertera nama Aisya di skrin yang menghantar satu pesanan ringkas.

"Aku kat ward Prince Court ni.. sakit perut hehe"

Ya Allah masuk Prince Court pulak Aisya ni? Dahla Prince Court. Pagi tadi ok je lagi haih. Takpe Kaira takpe, member susah senang tu.

-----

Kaca mata palsu yang dibeli di Eco Shop dipakai. Make up ala ala gothic gitu, kononnya hendak menyamar jikalau terjumpa si 'doktor' itu.

Entah sejak bila pula Kaira belajar cara make up sebegitu. Secara kebetulan baju yang dipakai hari ini bewarna hitam dan skirt labuh bewarna kelabu.

Kaira melangkah selaju yang boleh ke kaunter. Bertanyakan tentang ward Aisya diletakkan.

"Eh, kita pernah jumpa ke?" satu suara garau menegurnya dari sisi kaunter.

Kaira memandang ke arah suara itu. Dua lelaki berjubah doktor sedang berdiri di situ memandang ke arahnya.

Eh, Jodoh ke Ni ?!?! (EDITING)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora