Bab 38

5.5K 287 3
                                    

Iman dan Haziq memerhati sahaja ruang di dalam gudang itu. Sunyi sepi.

"Betul ke Mai ada kat sini... sunyi je". Bisik Iman. Haziq mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Imann.. tolong saya. Saya di sini".

Suara Humaira bergema datang dari arah bilik.

"Itu suara Mai". Ujar Haziq. Iman berlari ke arah satu bilik. Apabila masuk sahaja di bilik itu, Iman menekup mulut. Darah, tali dan pakaian Humaira merata rata.

"Im.. pita rakaman". Ujar Haziq smbil menunjukkan pita rakaman suara. Suara Humaira datang dari pita rakaman suara itu. Iman kaku. Dia menekup mukanya kesal.

Kringgg.. bunyi telefon berdering membuatkan Iman dan Haziq tersentak. Iman berlari ke arah deringan telefon lalu diangkat cepat.

"Hello Iman.. remember me?"

Iman kaku... suara itu!!!

"Harris". Iman menggepalkan penumbuknya.

"Wow.. you are amazing. Well, maaf la sebab I pinjam isteri you sekejap. Ouhh, jangan risau. She is fine but mybe lemah sikit. Baby you pun okey kut".

"Baik kau lepaskan isteri akuu Harrisss". Jerit Iman kuat. Harris ketawa terbahak bahak.

"Lepaskan isteri you? Sorry.. I can't. I dah bersusah payah bertahun tahun tau cari jalan untuk balas dendam. Now, aku berpeluang. Takkan lah aku nak lepaskan peluang kan".

"Kalau kauu sentuh isteri aku.. akuu bunuh kauuu.. Kau memang cari nahas dengan aku Harris. Kau tak kenal aku siapaa".

"Opss.. kenal you? Aku kenal kau laa.. relex Iman. Chill la. She will be alright. Jumpa aku di rumah lama belakang Restoran Delima. I will waiting for you. And jangan libatkan polis. Kalau kau taknak isteri kau mati la. Datang sorang. Kau jangan main main dengan aku ya Iman. Tepat pukul 8 malam, kau kena ada di sini".

"Kau gila keee.. jauhh tu, ke sana dah ambil masa 5 jam. Sekarang pukul 3 petang". Iman gelisah.

"I don't care.. see you".

Talian terputus. Iman menjerittt... dia gelisah jika ada apa apa dengan Humaira dan anaknya.

"Apa dia cakap Im?" Tanya Haziq. Iman kaku lalu keluar dari situ meninggalkan Haziq. Dia harus ke sana sekarang. Tiba tiba sahaja Iman teringat kata kata Humaira sebelum dia diculik.

Flashback....

"Awak.. kalau apa apa jadi pada saya, awak akan buat apa?" Tanya Humaira. Iman memandng Humaira dengan pandangan pelik.

"Contohnya apa?" Tanya Iman. Humaira masih bermain main dengan jari tangannya.

"Contohnya Mai dalam keadaan hampir mati. Iman akan selamatkan Mai tak?" Tanya Humaira.

"Mestilah Iman akan selamatkan Mai. Iman kan hero Mai. Kenapa ni?" Pelik Iman dibuatnya.

"Walaupun nyawa awak tergadai". Tanya Humaira sambil menatap sedalam dalamnya mata Iman. Iman tersentak.

"Ya.. saya akan selamatkan awak walau nyawa saya tergadai. Kalau saya kehilangan awak, saya tiada apa apa. Hidup saya kosong. Kita akan mati bersama sama Humaira. Susah senang kita bersama. Nafas kita bersatu". Ujar Iman ikhlas. Humaira sebak.

"Iman.. saya takut. Saya rasa tak sedap hati". Luah Humaira. Iman berkerut. Dia juga berasa begitu. Mainan perasaan je kut.

"Saya ada. Saya janji akan sentiasa ada untuk awak Humaira. Cinta saya hanya pada awak sorang je Mai." Humaira mengangguk perlahan.

"Janji?"

"Janji". Ujar Iman. Humaira tersenyum.

End flashback...

Iman menitiskan air mata. Kereta dipecut laju. Walau apa apa pun terjadi, dia tetap akan bersama Humaira. Itu janjinya. Tetapu sekarang, tujuannya hanya satu, ke rumah papa. Ada sesuatu yang mengganggu pemikirannya.

Beberapa minit sahaja, Iman sudah berada di rumah papanya. Papanya itu masih tidak mengetahui tentang kehilangan Humaira. Hanya dia dan Haziq tahu hal ini.

"Assalamualaikum". Jerit Iman. Maka keluarlah Tengku Aqil dengan senyuman. Iman tersenyum hambar. Kalau lah papanya tahu Humaira diculik oleh Harris, pasti tiada senyumn itu.

"Waalaikumusslm.. masuk lah, kamu sorang je ke? Maira mana?" Soal Tengku Aqil. Iman tersenyum tipis.

"A-ada kat rumah.. sebenarnya saya datang ni nak tanya sikit". Ujar Iman. Tengku Aqil mengangguk lalu menjemput Iman masuk.

"Apa kamu nak tanya Iman?" Soal Tengku Aqil. Jarang Iman datang berjumpanya sendirian.

"Ermm.. Haziq Narash tu abang kepada Maira ke?" Tanya Iman. Riak wajah Tengku Aqil jelas terkejut.

"Mana kamu tahu?" Tanya Tengku Aqil terkejut.

"Mai dah jumpa abang dia. Tapi itu tak penting. Saya nak tanya. Papa ada adik kan?" Tanya Iman lagi. Tengku Aqil nampak sayu seraya mengangguk perlahan.

"Kenapa kamu tanya Iman?"

"Humaira diculik papa". Kata kata Iman membuatkan Tengku Aqil terkejut besar. Dadanya terasa sakit.

"Apa kamu cakapkan ini Iman. Siapa yang culik dia?" Tanya Tengku Aqil. Iman menundukkn kepala seraya memulakan cerita pasal Harris dan mama Humaira.

"Jadi, Harris anak Aril. Tapi macam mana dia ada anak. Sepanjang papa kenal dia, dia tak pernah kahwin. Tiba tiba ada anak. Berapa umur anaknya?" Soal Tengku Aqil.

"Sama dengan Mai pa.. sekarang ni Iman nak ke Terengganu. Iman ingat nak naik flight je. Iman janji akan selamatkan Mai". Jawab Iman. Tengku Aqil terdiam seketika.

"Kembar Humaira." Ujar Tengku Aqil. Dahi Iman berkerut.

"Kembar?"

FOR  todayy... sorry pendek. Dan agak mengarutt.. enjoy my story guyss.. thanks for reading. Vote and comment...

Mr Vs Miss InstaFamous✔Where stories live. Discover now