Bab 20

5.7K 337 3
                                    

Dia antara bintang, kau lah yang ku pilih menjadi sinarku.

Diantara bintang, kau lah yang paling indah di mataku.
**********--

Cerita ni dah sampai bab 20.. guys, thanks support me sampai bab ni..

Tok tok tok.. pintu dibuka. Muncul seorang.....

"Irman". Panggil Datin Azrina. Irman berlari ke arah mummy nya lalu dipeluk erat.

"Mummy, kat sekolah ada orang buli Irman". Rengek Irman. Datin Azrina mengusap kepala anaknya itu.

"Siapa buli Irman. Bagitahu mummy biar mummy jumpa dia. Sekarang, salam akak ni". Ujar Datin Azrina sambil menunjukkan Riyna kepada Irman. Irman memandang Riyna dengan pandangan susah ditafsir. Seperti sedang mengingati sesuatu.

"Kak Mairaaa". Jerit Irman setelah beberapa minit mengambil masa untuk mengingatinya. Irman memeluk Riyna erat. Irman tahu rupa Humaira kerana dia sering kali ke bilik abangnya untuk mendengar cerita tentang Humaira.

"Ermm," Riyna menjadi teragak agak tapi tetap dipeluk budak lingkungan 5 tahun itu erat. Comel.

"Irman, tu bukan Kak Maira. Tu Kak Riyna". Ujar Datin Azrina. Irman melepaskan pelukannya.

"Tapi muka akak sama macam akak Mai". Ujar Irman petah.

"Irman, dah.. pergi tukar baju. Mandi. Nanti kita makan sama sama. Akan nak rehat tu. Akak tak sehat". Ujar Datin Azrina. Irman patuh lalu keluar dari bilik.

"Riyna tidur la dulu. Nanti mummy kejutkan makan tengah hari ya." Ujar Datin Azrina lembut. Riyna hanya mengangguk. Selepas sahaja Datin Azrina pergi, Riyna mengeluh.

"Apa jadi dengan aku. Kenapa aku rasa mereka pernah rapat dengan aku". Getus hati Riyna. Akhirnya dia tertidur dengan penuh kekeliruan.

Pada masa yang sama...

"Humaira Natasha binti Dato Aqil". Bisik hati Umi Urmah sambil menatap sekeping kad pengenalan yang sudah hampir rentung.

"Maafkan Umi Riyna. Umi sayangkan kamu.. umi tahu sampai masa nanti kamu tetap akan tahu. Dan umi yakin lelaki bersama Riyna itu suami Riyna kerana waktu Riyna accident, Riyna keguguran". Ujar Umi Urmah sambil menitiskan air mata.
*****
"Mummy dah bagitahu papa?" Tanya Iman. Datin Azrina mengangguk.

"Tadi mummy dah telefon Dato Aqil. Dia gembira sangat tau". Ujar Datin Azrina. Iman tersenyum.

"Tapi mummy, ingat.. rahsiakan pasal Riyna. Iman taknak orang yang cuba bunuh Humaira cuba bunuh Humaira lagi sekali". Pesan Iman. Datin Azrina hanya mengangguk faham.

"Pergi kejutkan Riyna tu. Kita lunch sekali nii. Dato Aqil pun join jugaa". Suruh Datin Azrina. Iman mengangguk lalu ke atas untuk mengejutkan Riyna.

Tok tok tok... pintu diketuk tapi tiada sahutan. Tombol pintu dipulas lalu masuk ke dalam bilik Riyna.

"Comel sama macam dulu". Ujar Iman sambil melihat Riyna sedang tidur. Iman mengusap perlahan kepala Riyna tanpa berlapik tudung itu. Pipi polos Riyna diusap lembut.

"Ian rindu Sha". Ujar Iman sayu. Tiba tiba muka Riyna berkerut.

"Jangan tinggalkan sayangg.. jangann.. jangann.. jangann.. tolong.. ". Riyna merancau. Iman terkejut lalu memegang erat tangan Riyna.

"Riynaa.. bangun". Ujar Iman risau. Riyna membuka matanya perlahan. Bulat matanya melihat Iman berada di biliknya. Dia memegang kepalanya.

"Arhhhh.... keluarrr". Jerit Riyna berketar ketar.

"Calm down Riyna. Saya nak kejutkan awak jee". Ujar Iman cuba menenangkan Riyna..

"Keluarrr". Jerit Riyna lagi.

"Okey saya keluar tapi siap cepat. Mummy ajak lunch". Ujar Iman sebelum keluar. Riyna memegang pipinya yang terasa bahang.

Hampir beberapa minit, Riyna turun jua. Dilihat di meja makan terdapat seorang lelaki tua yang menatapnya sayu. Ya, dia kenal dengan Dato Hilman saja tapi lelaki menatapnya itu, langsung dia tidak mengenalinya.

"Riyna, mari sini duduk." Ajak Datin Azrina. Riyna akur lalu pergi ke meja makan. Dia melihat satu saja kerusi kosong iaitu di sebelah Iman. Dia memandang Iman dan kerusi itu silih ganti. Akhirnya dia duduk jua. Merah padam pipinya.

"Akak? Kenapa pipi akak macam tomato?" Tanya Irman. Riyna meraba raba pipinya. Terasa bahang malu apabila semua ketawa kecil. Riyna tertunduk menahan malu.

"Riyna.. kenalkan ni Tengku Aqil. Sebenarnya dia papa kepada Humaira". Terang Dato Hilman. Riyna memandang Tengku Aqil lalu tersenyum.

"Apa khabar Tengku". Sapa Riyna berbasa basi.

"Baik.. panggil papa je". Ujar Tengku Aqil sebak. Riyna hanya mengangguk. Sebenarnya dia kekok dengan keadaan ini. Ya lah, dia hanya orang miskin tapi dilayan begitu baik oleh keluarga yang kaya raya. Bahkan dilayan seperti anak sendiri.

"Jom la makan". Ajak Iman. Mereka mengangguk. Suasana sunyi. Hanya bunyi sudu dan garfu sahaja.

Riyna melihat lauk yang terhidang. Semua nya seefood. Riyna jadi serba salah. Jika tidak dimakan, mereka akan kecik hati.

"Riyna? Kenapa tak makan?" Tegur Iman. Sebenarnya dia tahu, Humaira tidak sukakan seefood. Sebab itu dia menyuruh mummy nya masak seefood. Katanya untuk menguji Riyna.

"Erm, saya.. saya.. " Riyna serba salah.

"Saya apa?" Tanya Iman. Riyna menunduk.

"Saya tak suka seefood". Ujar Riyna perlahan.

"Kenapa tak bagitahu awal awal. Mummy ada masakkan lauk lain. Kejap ya". Ujar Datin Azrina lalu melulu ke dapur untuk mengambil lauk yang memang dibuat khas untuk Riyna. Semua yang ada di situ tersenyum dan dia yakin itu adalah Humaira.

Beberapa tahun dahulu...

"Nak rasa?" Tanya Iman kepada Humaira. Humaira melihat lauk sotong masak merah itu lalu mengeleng.

"I tak suka seefood". Ujar Humaira. Iman berkerut.

"Kenapa?" Tanya Iman.

"I geli. You tengak laa dia tuu.. lembek gitu. Geli tau nak makan". Ujar Humaira. Iman ketawa.

"Cuba you rasa". Iman menghulurkan sudu yang penuh dengan sotong. Humaira menolak keras.

"I tak suka laa". Ujar Humaira tegas. Iman ketawa terbahak bahak. Suka dia mengenakan Humaira.

End flashback...

Iman tersenyum apabila mengenang kisah dia bersama Humaira dulu sebelum berkahwin.

"Ni lauk ayam masak merah". Ujar Datin Azrina. Riyna tersenyum lalu mengucapkan terima kasih kepada Datin Azrina. Riyna menyedok sedikit lauk itu lalu makan dengan lahap. Ayam masak merah lauk kegemarannya. Umi hanya masak ayam masak merah hanya hari hari tertentu. Ada tu, 3 bulan sekali baru merasa ayam masak merah.

"Riyna, makan jangan la gelojoh nanti tersedak". Ujar Iman. Riyna tersedak apabila ditegur begitu. Lekas Iman memberikan air kepada Riyna. Laju saja air itu habis. Riyna tersengeh malu.

"Adui kau ni Riy,, asal kau makan macam tu sekali. Malu laa.. aduii." Getus hati Riyna.

"Lepas makan ni dah nak pulang ke?" Tanya Tengku Aqil.

"Ye papa. Iman ingat nak shopping sikit nanti dengan Riyna. Beli barang sikit." Ujar Iman. Riyna memandang Iman.

"Bila masa aku nak shopping dengan dia?" Getus hati Riyna.

Usai makan, Riyna dan Iman pun bertolak.

"Teman saya shopping sikit ya. Nak beli barang sikit". Ujar Iman menyembunyikan agendanya. Riyna hanya mengangguk.

Vote and comment.. sorry banyak kekurangan dalam cerita ni. Hope enjoyy.. sorry juga lambat update.. memang cerita slow update sikit. Busy..

Mr Vs Miss InstaFamous✔Where stories live. Discover now