Bab 7

7.8K 450 5
                                    

Wherever you go, wherever you do
I will be right here waiting for you
Whatever it takes or how my heart breaks
I will be right here waiting for you..
★★★★★

"Aik, asal aku ada kat rumah dah bukan ke semalam aku.." kata kata Humaira terhenti dan cuba untuk memgingati kejadian semalam tapi tidak berjaya. Akhirnya dia hanya melupakan sahaja perasaan ingin tahunya. Yang penting baginya sekarang ialah dia perlu pergi kerja.

"Morning El". Ujar Humaira lalu mengambil sepotong roti.

"Morning, kau nak perg mana cantik cantik ni?" Tanya Elfira hairan melihat Humaira berpakaian lain daripada yang biasa.

"Aku nak pergi kerja la. Kau tak ingat ke yang aku diterima kerja dekat syarikat Iman tu. Sekarang aku tengah tunggu dia ni. Dia cakap dia nak ambil aku". Terang Humaira sambil memasukkan roti bakar ke dalam mulutnya.

"Ouh ya, aku lupa la." Kata Elfira.

Pin pin..

Kedengaran hon kereta di luar membuatkan Humaira tergopoh gapah.

"El, aku pergi dulu ya. Iman dah sampai". Jerit Humaira sambil memakai kasut tumit tinggi 3 inci itu.

"Morning". Sapa Humaira setelah masuk ke dalam kereta milik Iman.

"Morning.. kau dah sarapan ke belum". Tanya Iman sebelum mamulakan pemanduannya menuju ke destinasinya.

"Belum. Sempat makan satu keping roti je". Ujar Humaira.

"Ouh, kalau macam tu jom la sarapan sekali". Ajak Iman. Humaira tersengeh. Peluang ada depan mata takkan nak tolak.

"Aku on je". Ujar Humaira.

"Hurm, okey. Tapi mulai dari sekarang, kau kena cakap dengan aku tu sopan sikit. Aku ni bos kau dekat kerja tau jadi tolong panggil aku Encik Adrian ataupun bos ye". Kata Iman.

"Okey je tapi kenapa Adrian? Bukan Iman?" Tanya Humaira.

"Sibuk je nak tahu. Ikut je la". Kata Iman. Humaira menjeling Iman menyampah. Dalam hatinya mengutuk Iman.

"Ish, asal la aku pergi temuduga syarikat dia dulu. Kan bagus kalau syarikat tu bukan syarikat dia. Aih, malang nasib kau Maira dapat bos macam ni. Aku tanya kenapa kena panggil Adrian bukan Iman je pun. Tu pun salah". Ngomel hati Humaira.

"Daripada kau mengutuk aku dalam hati kau tu baik la kau berzikir. Dapat pahala". Kata kata Iman membuatkan Humaira tersentak.

"Aik, tahu ke aku kutuk dia dalam hati. Bahaya ni". Bisik Humaira sendirian tapi masih boleh didengari oleh Iman. Iman hanya tergelak kecil melihat muka Humaira yang berkerut kerut. Comel.
*****
"So? Macam mana? Kau dah bagitahu yang kita setuju tentang perkahwinan tu?" Tanya Iman selepas sahaja memesan makanan untuk sarapan paginya.

"Belum, kau?" Tanya Humaira pula.

"Tak, apa kata kita kumpulkan diorang pastu kita bagitahu sama sama. Malam ni kau ajak papa kau pergi satu restauran. Nanti aku bagitahu restauran mana." Cadang Imam.

"Good idea." Kata Humaira.

Selepas beberapa minit sarapan, mereka pun ke pejabat. Ramai pekerja dan staff yang mengucapkan selamat pagi kepada Iman. Ada juga yang memandangku pelik ketika masuk lif bersama Iman.

"Asal orang pandang aku macam nak telan ni?" Tanya Humaira. Iman memandang Humaira tajam.

"Encik Adrian okey? Not kau dan aku. Sekarang kat pejabat." Kata Iman tegas.

Mr Vs Miss InstaFamous✔Where stories live. Discover now