Bab 10

7.7K 399 14
                                    

I love you because your heart.
I miss you because your heart.
I like you because your heart.
You?
☆☆☆☆☆

"Tapi...." kata kata Iman terhenti apabila ternampak orang yang amat dikenali berjalan masuk ke arah mall bersama seorang lelaki. Hatinya tiba tiba berasa sakit. Hancur.

"Izza". Satu nama meniti di bibir Iman. Hatinya sayu melihat seorang gadis sedang bermesra mesra bersama seorang lelaki.

"Hah? Awak nak cakap apa?" Tanya Humaira. Dia bagai terdengar sesuatu dari mulut Iman tapi tidak jelas.

"Nothing. Jom balik. Aku penat". Ajak Iman dingin. Humaira hairan dengan sikap Iman tiba tiba berubah. Tadi bukan main lagi mesra dengannya tapi... kini hilang.

"Why you look moody?" Tanya Humaira setelah masuk ke dalam kereta milik Iman. Iman diam masih mengingati kejadian tadi. Izza Alisa, kekasih hati Iman sejak di universiti lagi dan kini, semuanya hancur. Izza sudah ada boyfriend. Sememangnya Iman amat menyayangi Izza tapi takut untuk meluahkan perasaannya..dan kini terlambat.

"Iman Adrian". Jerit Humaira lantang. Tersentak Iman daripada lamunannya.

"Apa?" Tanya Iman masih dingin. Humaira mengeluh.

"Tak ada apa apa. Jom balik". Kata Humaira geram. Iman hanya menurut lalu memandu laju kereta miliknya.

Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Semua hanyut dalam dunia sendiri.

"Iman, loriii". Jerit Humaira lalu membelokkan stereng yang dipegang Iman. Tersentak Iman lalu memberhentikan keretanya di tepi jalan. Humaira menarik nafas lega lalu menjeling tajam Iman.

"Iman, kau fikir apa ar? Kau tahu tak tadi bahaya. Cuba cerita dekat aku, apa jadi sebenarnya". Ujar Humaira. Iman mengeluh lalu memandang tepat mata Humaira.

"Aira, I'm sorry. Sebenarnya, tadi aku jumpa someone yang aku sayang. Dia... dia... dia.." kata kata Iman tersekat sekat.

"Dia apa?" Tanya Humaira lantang. Tersentak Iman lalu memberitahu hal sebenar laju.

"Dia jalan dengan lelaki lain". Ujar Iman laju. Dia menutup wajahnya lalu menyembamkan wajahnya ke bahu Humaira. Terkejut Humaira tapi dibiarkan. Dia tahu Iman tidak mahu dia melihatnya menangis.

"Ala, jangan sedih sedih. Mungkin dia bukan jodoh kau". Pujuk Humaira. Iman masih menyembamkan mukanya ke bahu Humaira.

"Tapi aku sayang dia Maira. Dari universiti lagi aku suka dia tapi dia tak suka aku. Dalam universiti tu hanya dia ye tak suka aku tau. Aku sedih." Cerita Iman. Entah kenapa hati Humaira terasa sakit yang amat mendengar kata kata Iman.

"Dah la, jom kita pergi taman. Sekarang dah pukul 5 petang. Boleh jalan jalan dekat taman. Lap air mata tu." Ujar Humaira. Iman mengangkat mukanya dan cepat cepat mengesat air matanya. Kali pertama Humaira melihat Iman menangis.

"Apa hal kau tengak aku macam tu". Marah Iman apabila melihat Humaira melihatnya. Tidak selesa dia dibuatnya.

"Mana ada saya tengak awak. Awak je yang perasan". Humaira menidakkannya. Iman hanya menjeling Humaira tajam sebelum memandu semula ke taman berdekatan.

Beberapa minit sahaja, mereka sudah masuk ke perkarangan taman.

"Ni tempat first time aku jumpa kau face to face". Ujar Iman. Humaira memandang taman itu.

"Yee.. kalau ajak Irman mesti dia seronok kan". Kata Humaira. Iman mengangguk lalu keluar dari kereta. Begitu juga dengan Humaira.

"Maira, kau memang minat bisnes er?" Tanya Iman sambil berjalan beriringan dengan Humaira.

Mr Vs Miss InstaFamous✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora