Bab 36

5.3K 284 2
                                    

Haziq dan Humaira berpelukan dan membuatkan Iman dan Lara yang baru turun ternganga besar.

"Wehhh.. apa semua ni. Korang tahu haram tak. Isteri aku tuu". Marah Iman tidak puas hati. Lara pula sudah muram. Haziq dan Humaira ketawa kecil.

"Opss.. sorry, Iman, Lara.. kenalkan ni adik aku yang aku cakapkan dulu. Yang hilang tu. Sebenarnya Humaira dan aku adik beradik kandung sama ayah. Papa aku kahwin dua. Tapi malang mama aku dan papa bercerai sebab tu la kami berpisah." Ujar Haziq. Humaira mengangguk.

Papa memang kahwin dengan mama Haziq dulu pastu bercerai. Haziq ikut mamanya dan papa pula kahwin lain. Iaitu kahwin dengan arwah mama Humaira. Baru la papa dapat Humaira. Humaira dan Haziq pula kenal masa majlis tahlil di rumah papa. Papa yang cerita dan itu je la pertemuan pertama dan terakhir Humaira dan Haziq.

"Okey.. jom makan. Semua dah siap". Ajak Lara lega apabila mendengar cerita Haziq. Begitu juga Iman.

"So? Berapa bula baby tu?" Tanya Haziq. Humaira mengusap perutnya.

"Almost 7 month. Lagi 2 bulan je". Ujar Humaira. Haziq mengangguk. Waktu pertama kali berjumpa Iman, Iman dah cerita pasal perceraiannya. Sebab itu dia tak pelik dengan perpisahan Iman dan Humaira sekarang.

"I will be uncle". Ujar Haziq gembira. Iman mencebik.

'Lebih lebih pula mamat ni'. Bisik hati Iman.

"I will be papa". Jerit Iman membuatkan mereka yang ada di situ memandang Iman pelik.

"Erh, bau apa nii?" Tanya Lara. Haziq tahu sindiran Lara itu ketawa kecil.

"Haah kan honey. Bau hangit la. Macam ada benda terbakar". Sambung Haziq.

"Ye la kan.. macam ada hati seseorang terbakar. Jelous mybe". Ujar Lara dengan gelak tawa. Haziq juga ketawa. Iman mencebik manakala Humaira tersenyum. Nak ketawa nanti Encik kat sebelah ni merajuk 2 saat.

"Okey, dah makan jom". Ajak Humaira. Mereka makan sambil berbual mesra. Ya la kan, makan ramai ramai best.

Usai makan, Humaira dan Lara mengemaskan dapur manakala Iman dan Haziq berbual di ruang tamu.

"Ziq.. kau tahu tak pasal keluarga papa kau. Ya la, adik beradik dia ke?" Tanya Iman.

"Tahu.. tak silap aku papa ada adik sorang. Pakcik Aril tak silap. Mama cakap pakcik Aril tu takde anak sebab dia tak kahwin kahwin pun. Tak tahu pula sekarang dah kahwin sebab 15 tahun lepas memang dia tak kahwin lagi." Ujar Haziq. Iman tersentak. Habistu? Harris siapa?

"Batul ke dia tak kahwin?" Tanya Iman lagi. Haziq mengangguk. Mengikut cerita mamanya, pakciknya itu gangster terbesar dan sebab itu dia tak sempat mencari jodoh.

"Kau tahu tak pakcik Aril dah masuk penjara?" Tanya Iman. Haziq tersentak.

"Apa? Bila?" Tanya Haziq terkejut.

"Dia la yang bunuh mama Humaira dan masuk penjara. Ni aku pelik sebab kau cakap pakcik kau takde anak kan. Tapi kenapa dia ada anak. Sekarang ni anak dia nak balas dendam dengan Humaira sebab ayah dia masuk penjara". Ujar Iman. Nampak riak Haziq terkejut membuatkan Iman yakin yang Haziq masih tidak tahu hal ini.

"Anak? Balas dendam. Biar betul. Pakcik Aril tu mana kahwin. Apa kata kau try tanya papa." Cadang Haziq. Dia tak percaya yang Uncle Aril ada anak. Takkan ibunya mahu menipunya pasal latar belakang papanya.

"Haah kan.. aku tanya papa. Kau, tolong tengok tengokkan Maira tu sikit. Aku risau la kalau ada apa apa berlaku". Ujar Iman. Haziq mengangguk. Walaupun dia tak tahu apa yang berlaku sekarang tapi dia yakin, pasti ada sesuatu yang tak kena.

Tiba tiba telefon Haziq berbunyi menandakan ada seseorang menelefonnya. Haziq meminta diri untuk menjawab telefon sebelum berlalu dari situ.

"Mana Abang Rash?" Tanya Humaira.

"Rash mana?" Tanya Iman pelik.

"Abang Haziq". Humaira membetulkan panggilannya. Iman mengangguk.

"Jawab call kejap". Ujar Iman.

"Erh, sorry guys tak boleh lama lama. Aku dapat call dari hospital yang ada emegncy. I have to go. Honey, see you soon. Adik, jaga diri. Im, aku pergi dulu". Terkocoh kocoh Haziq berlari ke keretanya. Lara mengeleng kepala.

"Abang doktor ke?" Tanya Humaira. Lara mengangguk.

"Ye.. doktor." Jawab Lara. Tunangku, doktor katakan.

TENGKU Aqil termenung sendirian. Tiba tiba dia teringat bekas isterinya. Rindu bertandang di hati. Humaira, Haziq, Nadia dan Elina. Ya, Nadia adalah arwah isterinya dan Elina pula isteri pertamanya. Haziq, anaknya bersama Elina.

"Assalamualaikummm". Jerit seseorang. Tengku Aqil tersentak sebelum tersenyum.
Dia tahu suara itu. HUMAIRA!!

Tengku Aqil berjalan perlahan lahan ke arah pintu utama. Maklumlah, dah tua. Syarikatnya pula sudah diserahkan semntara kepad anak saudaranya di sebelah Tengku Nadia. Arwah isterinya. Hanya Badrul yang dia percaya...

Baru sahaja pintu dibuka, tubuh tuanya dipeluk erat oleh seorang perempuan berpurdah. Tengku Aqil mengusap perlahan kepala gadis itu. Dia tahu Humaira menangis. Iman hanya jadi pemerhati.

"Maira rindu papaa.. maafkan Maira ya papa". Ujar Humaira sebak. Tengku Aqil mengusap perlahan kepala anaknya.

"Papa pun rindu Maira. Dah, sekarang jum masuk. Papa ada masak sikit. Terasa nak memasak tadi. Rupa rupanya anak papa nak datang. Dan papa juga buatkan Maira kek dan cookies kegemaran Maira". Ujar Tengku Aqil. Humaira tersenyum lalu masuk ke dalam rumah beriringan dengan Tengku Aqil. Iman bersyukur kerana melihat hubungan Tengku Aqil dan Humaira kembali pulih dan dia taknak ini semua sementara. Dia inginkan yang selamanya.

"Papa.. Humaira banyak kan dosa kat papa. Maafkan Maira pa. Maira sedar Maira berdosa sangat. Maira pergi tinggalkan semua. MAIRA hanya fikir hati Maira je. Langsung tak fikir pasal papa. Maafkan Maira papa". Ujar Humaira. Tengku Aqil tersenyum. Teringat pula kenangan waktu Humaira kecil.

Humaira langsung tidak berubah. Walaupun dulu Humaira klihatan kuat tetapi sebenarnya Humaira seorang yang manja. Humaira seorang anak yang baik. Kalau lah mamanya ada di sini, pasti dia gembira.

1 triple siap.. 3 double.. tunggu triple yang seterusnya. I will update tapi tak tahu bila. Hhehe. Mybe hari ni or esok. Tengok atas keadaan okey? Vote and comment. Maiaf jika banyak kesalahan tu. Harap dimaafkan. Jangan lupa vote and comment... thanks yang sudi baca dan thanks juga untuk silent reader semuaa...

Mr Vs Miss InstaFamous✔Where stories live. Discover now