Bab 2

9.4K 533 11
                                    

Jangan cakap cinta jika tidak tahu maknanya Cinta.
Jangan cakap sayang jika tidak tahu maknanya Sayang.

Hope enjoy the story. Jangan lupa vote and comment. Thanksss
                         ★★★★★

"Morning papa". Ucap Humaira lalu mencium pipi papa nya.

"Morning, Maira nak pergi mana cantik cantik ni?" Tanya Tengku Aqil. Pelik pula dia tengok anak gadisnya ingin keluar pagi pagi macam ni. Selalunya, tengahari baru keluar.

"Maira nak jalan jalan nanti. Elfira tak dapat join Maira hari ni, so Maira jalan sorang sorang la. Papa nak ikut?" Tanya Humaira. Kalau papanya ikut, ada juga teman. Sebenarnya dia hanya ingin keluar mengambil angin.

Sambil sambil tu boleh la cari jodoh kan! Huhu

"Hurm, boleh jugak. Lagipun papa tak ada kerja hari ni". Ujar Tengku Aqil sambil menyisip perlahan air choco panas nya.

"Okey papa". Kata Humaira gembira. Tengku Aqil tersenyum melihat anak gadisnya itu gembira. Masa ini la dia nak meluangkan masa bersama anak gadisnya itu.

"Kita dah sampai papa". Ujar Humaira lalu menanggalkan tali pinggang keledarnya.

"Cantik nya taman ni.. lama papa tak datang sini". Kata Tengku Aqil. Melihat permandangan itu membuatkan hatinya tenang.

Bunyi telefon kedengaran. Cepat cepat Tengku Aqil mengangkatnya. Humaira hanya memandang sahaja riak wajah Tengku Aqil yang berkerut kerut bercakap dengan orang yang menelefonnya.

"Kenapa papa?" Tanya Humaira apabila melihat papanya berjalan ke arahnya.

"Papa terpaksa pergi sayang. Sorry, lain kali ya kita spend time sama sama." Ujar Tengku Aqil. Humaira mengeluh. Itulah papanya. Kerja masih lagi diutamakan namun dia faham. Dan cuba untuk memahami lelaki itu.

"It's okay papa, papa pergi la." Kata Humaira sayu lalu pergi dari situ tanpa menghiraukan panggilan papanya itu. Agak terasa! Dia takut jika dia melepaskan amarahnya. Baik dia pergi sebelum amarahnya meletus. Dia cuba sedaya upaya memahami gadis itu.

Sedang asyik berjalan, Humaira terdengar suara budak menangis. Tercari cari Humaira di mana datang arah tangisan itu. Akhirnya, dia terjumpa seorang kanak kanak lingkungan 3 tahun sedang menangis di sebuah bangku yang agak tersorok.

"Hello, kenapa nangis ni?" Tanya Humaira lembut.

"Irman sesat. Tadi, Irman datang dengan abang." Kata kanak kanak yang bernama Irman itu.

"Ouh, mari sini.. kita cari abang Irman ye. Apa nama abang Irman?" Tanya Humaira lagi.

"Nama abang, Iman Adrian. Dia tinggi tinggi, putih, hidung dia macung dan badan dia ada roti kat perut. Abang kuat. Handsome". Petah sahaja Irman bercakap. Humaira sedikit tercuit melihat gelagat kanak kanak itu tetapi masih memikirkan nama yang disebut Irman tadi. Sedang dia terfikir, akhirnya dia terfikir budak hot di dalam instagramnya itu yang lebih tepat lagi musuhnya. Cepat cepat Humaira membuka telefonnya.

"Ini ke abang Irman?" Tanya Humaira sambil menunjukkan telefonya.

"Betul la, akak kawan abang ke? Ke akak ni awek abang? Cantik la kakak" ujar Irman riang. Tadi bukan main lagi sedih tapi sekarang siap ketawa lagi.

"Eeh, tak la.. Okey jom ikut akak. Kita cari abang Irman ye". Ajak Humaira. Irman hanya menurut lalu mengekori Humaira.

Setelah beberapa minit mencari akan tetapi masih tidak jumpa jumpa.

"Irman, dah lama kita cari la. Jom kita rehat dekat situ dulu. Boleh makan ais krim". Irman mengangguk.

"Irman nak makan apa?" Tanya Humaira.

Mr Vs Miss InstaFamous✔Where stories live. Discover now