Bab 26

5.7K 331 2
                                    

Humaira buntu. Sudah dua hari Iman menjalankan misi mogoknya. Langsung tak bertegur sapa dengannya. Ditanya beribu patah, dijawab sepatah. Dan hari ini, Humaira pula akan menjalankan misi pujuknya...

"Biy, boleh tak kalau pagi ni sayang nak pergi mall. Nak beli benda sikit". Kata Humaira.

"K".

Krik krik.. Humaira mencebik. K, Dah, Apa, Hm.. itu saja jawapan yang akan keluar dari mulut Iman jika Humaira bertanya.

Krik krik... diam dan sunyi sepi. Humaira rindu kendengar usikan manja Iman. Sedih juga dia kalau Iman terus begini.

"Pergi dengan siapa?" Tanya Iman. Humaira tersenyum riang.

"Sorang". Jawab Humaira riang.

"K". Keriangan Humaira mati. Perkataan itu akan dibenci oleh Humaira seumur hidup.

Lepas sahaja Iman ke tempat kerja, Humaira bergegas ke mall. Dia menaiki pengangkutan awam. Atau dikenali sebagai teksi. Kerana memang dia trauma pasal kemalangan itu. Lagipun, Iman memang menegahnya membawa kereta.

"Sos black paper, ermm.. " Humaira menilik nilik satu persatu barang di atas rak. Memang seorang yang cerewet.

"Humaira kan?" Sapa seseorang. Humaira berpaling.

Srett... kaku.

"Humaira buat apa kat sini?" Tanya orang itu atau lebih tepat lagi Iskandar.

"Lipat baju". Jawab Humaira malas lalu memilih barang kembali. Iskandar yang ketawa terkekek kekek itu tidak dilayan.

"Pandai Maira buat lawak kan. Banyak beli, nak buat apa?" Tanya Iskandar sambil mengekori Humaira. Tak sangka meneman adiknya ke mall dapat berjumpa dengan gadis pujaan hatinya.

"Masak.. " Jawab Humaira sepatah. Iskandar membelek belek barang yang dibeli Humaira.

"Masak apa? For what?" Tanya Iskandar lagi. Dilihat barang yang dibeli Humaira itu seperti ingin membuat makanan mewah.

"Is, please..." Humaira sudah bengang dengan sikap Iskandar itu. Ada yang kena hepuk karang.

"What? I cuma nak temankan you. Ye la kan, husband you tu kan taknak temankan you. Jadi I temankan lah you". Ujar Iskandar.

"You takde hak nak kata husband I macam tu. Leave me alonee". Jerit Humaira lalu meninggalkan Iskandar.

"Humaira, you akan datang pada I juga nanti". Bisik Iskandar sendirian. Tanpa sedari, ada sepasang mata melihat kejadian itu.

"Abang". Sayu kedengarn suara itu. Ya, dia ingin menangis.

HUMAIRA mengeluh perlahan. Hancur moodnya untuk buat suprise kepada suaminya itu. Tapi, dia harus menjalankan misi ini juga.

"You can do it Humaira". Jerit Humaira memberi semangat lalu pergi ke dapur. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Masih ada 3 jam untuk menyediakan semuanya. Sepatutnya dia sampai di sini pukul 3, tapi kerana kesesakan jalan akibat kemalangan, dia jadi lewat.

Kek Red Coco, Chicken Chop, Jus Apple, Aiskrim VaniCoco.... tepat pukul 7, semuanya siap. Humaira mengukir senyuman.

"Biy, cepat balik". Bisik Humaira. Dia menutup lampu dapur lalu berlalu ke atas untuk bersihkan diri. Hari ini dia memakai dress paras lutut dan rambut dibiar lepas. Baju ini baju ketika dia masih belum berhijab dan sekarang dia pakai untuk suaminya sendiri. Humaira tersenyum apabila melihat dirinya. Gincu dicalitkan sedikit dan siap. Simple. Lama dia tidak berpakaian begini. Memang tidak selesa. Tapi, buat suami tercinta, dia sanggup.

Humaira menilik jamnya. Sudah pukul 8, nasib sudah solat. Tapi, mana suaminya? Masih belum pulang.

Humaira menenung makanan yang dihidang. Dah pukul 9, tetapi Iman belum munculkan diri.

Pukul 10, makanan sudah sejuk. Humaira masih menunggu. "Biy, balik la".

Pukul 11, Humaira mundar mandir risau.

Pukul 12, Humaira sudah mengantuk tetapi ditahan supaya tidak tertidur.

Pukul 1, Iman masih belum pulang. Humaira menulis sesuatu.

Pukul 2, Humaira menangis lalu tertidur.

Pukul 3, Iman pulang.

Iman melihat sekeliling, semuanya gelap. Mungkin Maira sudah tidur tetapi ada cahaya di dapur. Iman melangkah ke dapur.

"Maira?" Terkejut dia melihat Humaira tidur di dapur. Makanan dihidangkan di atas meja dipandang. Dia tahu Humaira menangis. Rasa bersalah menyelubungi Iman. Surat di atas meja diambil dan dibuka.

Assalamualaikum biyy, sayang tunggu biy nii. Dah pukul 1 tapi biy tak balik. Kenapa? Biy, kalau biy balik, biy tengok sayang tidur, maaf ya biy. Mybe sayang mengantuk. Sebenarnya, sayang nak buat suprise untuk biy. Tapi, tak jadi sebab sayang tertidur. Maaf. Ermm, biy.. maafkan sayang er. Sebab sayang, biy kecewa.

Sayang bukan apa, cuma sayang rapat sangat dengan Abang Faiz sebab sayang terutang budi dengn dia. Kalau tkde dia, mybe sayang dah takde kat muka bumi ni. Maaf sekali lagi biy, tadi masa saya beli barang nak masak, sayang jumpa Iskandar. Maaf mugkiri janji sayang takkan jumpa dia lagi. Tapi tadi sayang terjumpa dia. Tapi biy jangan risau. Kejap je. Lepas tu sayang dah larikan diri.

Biy, dalam peti sejuk ada kek dan aiskrim. Sayang buat sendiri. Biy makan lah ya. Dah pukul 2 pagi sekarang. Sayang dah ngantuk. Biy masih tak pulang. Sayang rindukan biy. Mungkin biy tak balik sebab kerja banyak kan?  Takpe, sayang okey. Salam sayang untuk suami tercinta. IMAN ADRIAN.

Yang benar, isteri nakalmu.
HUMAIRA NATASHA ALWAYS LOVE YOU.

ONLY ONE

Iman menitiskan air mata. Dia tahu dia salah. Iman memandang wajah isterinya. Lalu diangkat isterinya ke atas. Makanan dikemaskan. Kalau dia tidak ikutkan hati, memang dia sudah dapat luangkan masa bersama isterinya. Tetapi, disebabkan satu mesej, semuanya hancur. Ya, dia menerima satu mesej gambar isterinya bersama Iskandar. Dia cemburu dan amat marah.

Flashback.

Tit tit...

Iman membuka sms yang dihantar. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat isterinya dan Iskandar berbual mesra seperti suami isteri. Iman menggenggam penumbuknya.

Tok tok tok..

"Bos, ada orang nak jumpa." Ujar P.A Iman. Iman mengeluh kasar.

"Siapa?". Tanya Iman dingin.

"Supriseee.. miss me?" Tanya seorang gadis. Iman memandang gadis itu sebelum tersenyum.

"Lara.. bila sampai?" Tanya Iman kepada sepupunya itu. Lara tersenyum.

"Dah 2 days I dekat malaysia tapi hari ini baru jumpa you. Sorry, busy sikit. You free malam ni?" Tanya Lara.

"Sampai hati tak cakap dekat I, I free je, why?" Tanya Iman. Lara tersenyum.

"Paklong dan maklong ada buat majlis untuk I. Untuk menyambut kepulangan I so diorng ajak you sekali. Ye la kan, kami dengar you sedih sejak kehilangan isteri you". Ujar Lara. Iman memikirkan Humaira. Ya, hanya keluarganya sahaja yang tahu tentang Humaira dah kembali. Mungkin Lara masih tidak tahu.

"Oh.. okey, I datang". Ujar Iman. Lara tersenyum.

"Jom la. Majlis dah nak start." Ajak Lara. Iman hanya mengikut. Lupa terus isterinya di rumah.

End flashback.

IMAN meraup mukanya kasar. Dipandang sayu isterinya yang lena tidur itu.

"Maafkan biy." Bisik Iman.

Thanks for reading. Skrng sis nak pergi tido. Haha, just gurau je. Sekarang sis nk pergi lukis lukis.. btw, enjoy the story. Maaf andai ada kesilapan. Untuk kedua kalinya cakap, jangan benci Iskandar. Okey, bye.. thnks to read my story. Jngn lupa vote and comment.

Mr Vs Miss InstaFamous✔Where stories live. Discover now