Bab 12

7K 436 5
                                    

Hope enjoy the story. Jangan lupa vote and comment. Thanks..

"Akakkkk". Suara jeritan itu membuatkan Humaira tersentak.

Bamm!!!

"Aduii". Keluh Humaira sambil mengosok gosok punggungnya yang sakit kerana jatuh katil.

"Irman ni, terkejut akak tau. Tengak, akak dah sakit jatuh katil". Kata Humaira. Irman tergelak lalu memeluk erat Humaira.

"Akak akak, betul ke akak nak teman Irman tidur malam ni?" Tanya Irman. Baru sahaja Humaira hendak menjawab, Iman muncul tercungap cungap.

"Apa bunyi bising tadi?" Tanya Iman lalu memandang ke arah Humaira. Muka Humaira merah lalu dipandang pula Irman kaku.

"Why you guys look me like that?" Tanya Iman.

"Awak, pergi pakai baju dan seluar cepat". Jerit Humaira. Iman terkedu lalu memandang dirinya. Hanya boxer terlekat di badannya.

"Hehe, sorry Aira. Abang tengah pakai baju tadi". Ujar Iman lalu pergi dari situ. Humaira hanya mengeleng kepala.

"Irman lupakan pasal abang Iman tu ye. Dia tu tak tahu malu tau." Ujar Humaira.

"Okey akak". Jawab Irman.

"So? Sekarang Irman datang dengan siapa?" Tanya Humaira.

"Mummy dan daddy. Mummy dan daddy cakap dia nak ke Sabah dua hari. Dia nak tinggalkan Irman dengan akak dan abang kat sini". Ujar Irman. Berkerut kerut muka Humaira.

"Jom turun bawah. Semalam akak ada buat biskut tau. Ingat nak bagi ke adik akak yang comel ni". Hidung Irman dicubit.

"Jom jom". Ajak Irman riang. Mereka pun turun ke bawah. Dilihat Datin Azrina dan Dato Hilman sedang bercakap dengan Tengku Aqil.

"Hah Aira.. mari sini. Ada benda kami nak bagitahu". Ajak Tengku Aqil. Humaira hanya menurut lalu menghampiri mereka. Dicium tangan ibu dan bapa mertuanya. Hormat.

"Ada apa?" Tanya Humaira.

"Macam ni, kami ada kerja dekat Sabah jadi kami ingat nak tinggalkan Irman dekat sini. Humaira okey?" Tanya Datin Azrina.

"Maira okey je. Seronok lagi ada lah". Ujar Humaira. Datin Azrina tersenyum.

"Tak lama pun Maira, dua hari je. Tak akan ganggu honeymoon Iman dan Humaira nanti. Jangan risau ya". Kata kata Dato Hilman membuatkan muka Humaira merah.

"Akak, jom la makan biskut". Ajak Irman. Humaira hanya menurut.

"Maira pergi dapur dulu ya". Pinta Humaira lalu menghilang ke dapur.

"Irman, sedap tak?" Tanya Humaira apabila melihat Irman memasukkan biskut ke dalam mulutnya.

"Sedap sangat akak". Kata Irman dengan mulut penuh dengan biskut.

"Hai sayang, buat apa tu". Tegur satu suara garau. Siapa lagi kalau bukan Iman Adrian.

"Basuh baju". Jawab Humaira selamba. Irman tergelak manakala Iman cemberut.

"Pandai jawab er". Hidung Humaira ditarik.

"Ish, sakit la. Ni, mummy dan daddy cakap nak tinggalkan Irman dekat sini. Diaorang nak ke Sabah dua hari". Kata Humaira sambil mengusap usap hidungnya.

"Saya okey je. Irman, buat apa tu?" Tanya Iman kepada Irman pula.

"Basuh baju". Jawab Irman. Iman terkedu. Humaira apa lagi, gelak sakan laaa.

"Hah, elok sangat la. Ikut perangai kau Maira". Getus hati Iman sambil memandang Irman bergelak sakan dengan Humaira.
*****
"Maira, awak ni memang nak kena er. Pandai menjawab je kerjanya". Bebel Iman tidak puas hati. Asyik Humaira dan adiknya sahaja menyakatnya.

"Mana ada la. Tak menjawab pun". Kata Humaira selamba. Dibaringkan tubuhnya ke atas katil.

"Apa? Tak ada. Ni rasa nak denda dia ni. Betul ni tak nak mengaku?" Tanya Iman sekali lagi.

"Tak". Ujar Humaira selamba. Iman membutangkan matanya lalu tersenyum nakal.

"Betul, jadi nak denda la ni". Kata Iman lalu naik ke atas badan Humaira.

"Hah, awak buat apa ni?" Tanya Humaira gugup. Iman tersengeh.

"Denda". Jawab Iman sambil mengelus perlahan pipi Humaira. Saja hendak mengusik Humaira.

"Tak, saya mengaku saya salah". Kata Humaira. Iman tersenyum nakal.

"Too late honey". Kata Iman. Baru sahaja hendak mencium Humaira,bunyi pintu diketuk menganggu. Iman mengeluh tidak puas hati manakala Humaira mengeluh lega. Save by knock.

Pintu dibuka oleh Iman. Tapi tiada sesiapa.

"Abang?" Panggil seseorang. Iman memandang ke bawah. Dilihat Irman berpakaian tidur sambil memeluk bantal .

"Ada apa ni Irman?" Tanya Iman.

"Can I sleep with you?" Tanya Irman.

"No". Selamba sahaja Iman berkata. Irman yang mendengar cuba memujuk abangnya dengan muka comelnya.

"Boleh la abang". Rayu Irman dengan muka comelnya. Iman mengeluh. Kalah dengan rayuan adiknya.

"Hurm, masuk la". Kata Iman. Dengan gembiranya Irman masuk. Dilanggar Iman begitu je. Terkedu sebentar Iman dibuatnya

"Rugi aku bagi". Bisik Iman sendirian.

"Akakk". Panggil Irman.

"Eeh, Irman buat apa dekat sini?" Tanya Humaira.

"Irman nak tidur dengan akak". Ujar Irman lalu cuba menaiki katil.

"Ish Irman ni, kalau dah pendek jangan cuba naik sorang. Nanti jatuh". Bebel Iman lalu mendukung Irman duduk di atas katil.

"Akak, nak peluk akak boleh?" Tanya Irman.
"Anything for you". Ujar Humaira lalu memeluk Irman sambil mendodoi nya tidur. Timbul rasa cemburu di sudut hati Iman.

"Eleh, dengan adik aku boleh pula tapi dengan aku hampeh. Tak boleh jadi ni". Getus hati Iman tidak puas hati sambil mencari idea untuk mendapat perhatian Humaira.

"Sayang, abang tak boleh tidur la". Rengek Iman seperti budak kecil. Humaira memandang Iman sesaat sebelum kembali mendodoi Irman. Iman mengeluh.

"Sayang, abang sakit laa. Tolong urut kan". Rengek Iman lagi.

"Abang ni bising la. Irman tak tidur pun tak boleh". Marah Irman. Iman mengeluh kasar lalu cuba melelapkan matanya. Merajuk konon.

Selepas Irman tidur, Humaira mengangkat Irman lalu diletakkan di atas katil kecil yang memang disediakan olehnya tadi. Dia tahu Irman memang akan tidur dengannya malam ini jadi dia sediakan katil kecil untuk Irman. Kalau Irman tidur dengannya memang jatuh la jawabnya. Iman tu kalau tidur buas macam singa.

"Awak dah tidur Iman?" Tanya Humaira apabila membaringkan tubuhnya. Dia mengiring tubuhnya ke arah Iman.

"Handsome jugak kau kan Iman. Entah kenapa aku selesa dengan kau". Ujar Humaira. Kepalanya diletakkan di atas dada bidang Iman. Tangannya pula bermain main di leher Iman.

"Takdir kan. Andai jodoh aku lama dengan kau, aku harap sangat kau jangan sakitkan aku. Aku trauma." Ujar Humaira lagi.

"Aku takut. Takut sangat untuk menyayangi seseorang lelaki". Kata Humaira lagi. Tanpa sedar air matanya tertitis.

"Dari musuh jadi kawan, dari kawan dari suami. Kelakar kan. Tapi itu lah tadir nya. Harap jodoh kita panjang." Ujar Humaira lagi sebelum terlelap.

"Dia selesa dengan aku? Wahhhh, tak rugi aku buat buat tidur. Tapi, kenapa kau trauma er? Takut? Kena siasat ni. " Getus hati Iman sambil memandang wajah Humaira yang elok tidur di atas dadanya. Diusap usap perlahan kepala Humaira lalu dikucup lembut sebelum ikut terlelap.

Huhu, thanks baca. Harap comment dan vote cerita ni. Plizz support me. Thanksss

Mr Vs Miss InstaFamous✔Where stories live. Discover now