Bab 3

8.9K 576 6
                                    

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

★★★★★

"Cantik kan bang". Ujar Datin Azrina sambil memandang ke arah Humaira yang lena tidur di sisi katil Irman sambil memeluk anak bongsunya itu. Irman jarang rapat dengan mana mana orang kecuali abangnya.

Tertanya tanya pula mereka bagaiman Irman boleh rapat dengan gadis itu!! Biasanya asyik abang abang abang je. Sampai mummy dan daddynya pun dipinggirkan.

Nampaknya sekarang Iman dah ada pesaing!

"Cantik tapi macam abang pernah tengok je budak ni sebelum ni. Kat mana ya". Ujar Dato Hilman sambil memikirkan sesuatu. Dipandang Humaira memikirkan di mana dia melihat wajah gadis itu. Nampak familiar je.

Tok tok tok.. pintu diketuk lalu muncul Iman dan Tengku Aqil.

"Daddy, kenalkan ni papa Humaira. Dia datang nak jemput Humaira". Ujar Iman. Tengku Aqil dikenalkan kepada daddynya.

"Ya Allah, Tengku Aqil.. lama tak jumpa kau Qil". Kata Dato Hilman gembira. Tak sangka dia berjumpa sahabat lamanya di sini. Kecilnya dunia.

"Hilman kan?" Tanya Tengku Aqil ingin kepastian.

"Ye la, ni aku. Humaira tu anak kau rupanya. Patut aku rasa macam pernah nampak. Kau apa khabar sekarang?" Makin rancak perbualan mereka sampai membuatkan Humaira terbangun dari tidurnya dek kerana bunyi bising.

"Erh, papa? Papa buat apa kat sini?" Tanya Humaira sambil menggosok gosok matanya.

"Maira dah bangun? Papa datang nak jemput Maira balik la pastu jumpa kawan lama papa ni, Uncle Hilman, papanya Iman kawan Maira tu. Tak sangka papa dapat jumpa dia". Terang Tengku Aqil. Humaira mengangguk. Tiba tiba malu pula dia baru bangun depan family Iman.

"Takpe la Man, aku balik dulu ya. Esok kau datang la rumah aku ye. Dekat Damansara. Kita makan makan." Kata Tengku Aqil lagi.

"Boleh je. Lama aku tak jumpa kau. Okey la, jumpa malam esok ye. Assalamualaikum". Selepas Tengku Aqil dan Humaira pergi, Dato Hilman menarik senyum.

"Abang rasa abang nak jodohkan Iman dengan Humaira la". Bisik Dato Hilman di telinga Datin Azrina.

"Saya pun rasa macam tu jugak". Balas Datin Azrina juga berbisik.

Bimbang Iman mendengarnya. Iman hanya mengeleng kepala melihat gelagat mummy, daddy nya yang berbisik bisik sakan itu.

"Mummy, daddy.. Iman nak keluar sekejap. Jumpa Farhan." Setelah menyalami tangan kedua dua ibubapanya, Iman pun keluar dari wad itu.

"Apa rancangan abang nanti?" Tanya Datin Azrina. Dato Hilman tersengeh.

"Adalah". Hanya itu yang keluar dari mulut Dato Hilman. Datin Azrina hanya menurut lalu duduk di atas kerusi di sebelah katil Irman. Digosok perlahan lahan rambut Irman.

                                *****

"What? Kau jumpa Iman Adrian? Mamat hot tu?" Tanya Elfira bertubi tubi. Humaira hanya mengangguk malas. Sebenarnya dia tak sangka pula dia terjumpa mama tu.

"Aku jumpa dia pun sebab masa tu aku jalan jalan kat taman tu pastu aku jumpa la budak ni. Tengah nangis nangis. Katanya sesat. Rupa rupanya, itu adik Iman tu. Aku pun tolong la dia. Takkan la aku nak tinggalkan dia sorang sorang macam tu kan. Pastu, aku letih cari abang dia tu. Aku cari dekat 5 kali pusing taman tu saja. Aku pun berhenti la dekat satu gerai ni. Adik dia tu pesan ABC. Sedang aku dengan budak tu borak borak, abang dia muncul. Aku gaduh la dengan dia sebab dia tuduh aku culik adik dia. Gaduh punya gaduh, adik dia pengsan sebab makan ABC sebab adik dia tu alegik kacang. Jadi kitaorang pun hantar la adik dia pergi hospital." Terang Humaira panjang lebar. Elfira hanya mengangguk angguk tanda faham mendengar cerita yang disampaikan Humaira.

Mr Vs Miss InstaFamous✔Where stories live. Discover now