Bab 11

7.3K 378 10
                                    

Cinta? Cinta tak boleh dipaksa akan tetapi cinta boleh hadir dengan sendirinya tanpa kita sedar. I Love You but You Love Me?

☆☆☆☆☆

"Aku terima nikahnya, Humaira Natasha binti Tengku Aqil dengan mas kahwinnya sebanyak 10 000 ringgit tunai". Sekali lafaz, Iman dan Humaira sah menjadi suami isteri.

"Humaira, ingat pesan papa.. jaga makan minum suami, ikut arahan suami, jangan jadi isteri derhaka, jangan......" belum sempat Tengku Aqil menyambung, Humaira terlebih dahulu menyampuk.

"Jangan tinggikan suara kepada suami, jangan buka aib suami, jaga suami, minta izin suami sebelum buat apa apa dan yang terakhir, syurga isteri di bawah tapak kaki suami". Ujar Humaira. Tengku Aqil hanya tersenyum.

"Iman, jaga Mira baik baik ya." Pinta Tengku Aqil.

"Baik pa, Iman cuba". Kata Iman.

"Akak, akak Maira cantek sangat hari ni. Irman suka". Kata Irman dengan pelatnya. Didukung Irman lalu dicium.

"Pandai adik akak ni. Irman pun comel jugak. Handsome lagi. Akak suka." Ujar Humaira lalu mencium pipi gebu Irman.

"Hai, Irman je ke? Mr Hubby kat sebelah ni tak ke?" Tanya Iman sambil tersengeh.

"Tak". Jawab Irman dan Humaira serentak. Iman mencebik.

"God job Irman". Puji Humaira sambil membuat give me five bersama Irman.

"Iman, kamu nak balik rumah siapa dulu nanti? Papa ke Daddy?" Tanya Dato Hilman.

"Iman duduk rumah papa dulu lah. Dua hari Iman kat rumah papa pastu dua hari dekat rumah daddy. Lepastu, kitaorang cadang nak pergi honeymoon". Terang Iman. Tersedak Humaira dibuatnya.

"Bagus jugak tu. Nak honeymoom kat mana?" Tanya Datin Azrina.

"Cadang ingat nak pergi dekat dekat je. Mybe Cameron. Lama dah tak pergi". Ujar Iman.

"Nice. Nanti papa toling belikan tiket korang". Ujar Tengku Aqil pula.

"Can I go with you Sis?" Tanya Irman. Baru sahaja Humaira ingin menjawab, Iman terlebih dahulu menjawab.

"No". Jawab Iman selamba. Irman mencebik.

"Irman tak boleh ikut. Nanti kita pergi lain kali ya". Pujuk Datin Azrina.

"Betul ke?" Tanya Irman seronok. Datin Azrina hanya mengangguk.
*****
"Huh, leganya majlis dah tamat". Ujar Humaira lalu merebahkan tubuhnya ke atas tilam empuk bersaiz king itu.

"Aira? Awak mandi la dulu. Nanti kita solat sama sama erh". Cadang Iman.

"Okey". Kata Humaira lalu menghilang ke bilik mandinya.

"Betul ke keputusan aku? Humaira? Musuh? Isteri? Dan..." kata kata Iman terhenti. Masih memikirkan sesuatu yang mengganggu fikirannya sejak minggu lalu lagi.

"Iman". Jerit Humaira dari bilik mandi. Tersentak Iman dibuatnya.

"Ya". Sahut Iman.

"Can you help me?" Tanya Humaira.

"Yes?" Ujar Iman.

"Tolong ambil baju tidur saya dalam almari. Jangan buka laci ya." Kata Humaira. Iman hanya menurut lalu membuka almari milik Humaira. Dipilih satu persatu baju Humaira.

Dan secara tak sengaja, tombol laci terbuka.

"Gambar apa ni?" Getus hati Iman. Dibelek belek satu persatu gambar tadi.

"Imannnn, cepat la". Jerit Humaira lagi. Tersentak Iman. Cepat cepat dia menyimpan album gambar tadi.

"Nah". Iman menghulurkan sepasang baju ke arah Humaira. Humaira hanya membuka sedikit sahaja pintu. Muat muat tangannya sahaja untuk mengambil baju.

Mr Vs Miss InstaFamous✔Where stories live. Discover now