Bab 28

5.7K 316 6
                                    

"Aku terima nikahnya, Nur Humaira Nat..." kata kata Iskandar terhenti.

"Encik?" Panggil tok kadi. Iskandar memandang wajah Humaira. Mata Humaira bertembung dengan mata milik Iskandar.

"Tok, saya rasa perkahwinan ini tak jadi". Ujar Iskandar. Humaira dan Hawa tersentak.

"Is". Humaira memandang Iskandar sayu.

"Maaf tok.. Mai, I nak cakap dengan you sebentar". Ujar Iskandar. Humaira mengekori sahaja Iskandar.

"Tok, saya rasa perkahwinan ini dibatalkan. Maaf menyusahkan". Ujar Hawa. Tok kadi dan para saksi mengangguk lalu pergu dari situ.

"Apa semua ni Is". Marah Humaira. Iskandar meraup mukanya kasar.

"Ini semua salah Mai.. you masih sayangkan Iman kan. You tak patut kahwin dengan I. You patut kembali ke pangkuan Iman. I hanya mengganggu rumah tangga you. I rasa bersalah Mai". Luah Iskandar. Humaira kaku.

"I tahu I ada penyakit yang tak dapat I elak. Penyakit yang membawa maut. I taknak you menyesal dengan keputusan ni. I nak you kembali kepada Iman". Sambung Iskandar lagi.

"I takut Is. I tak sedia. Bagi I masa Is". Ujar Humaira.

"Mai, I tahu kisah kemalangan you. You menghilangkan diri kan dan Iman hampir gila. Itu tanda dia takut kehilangan you dan lafaz cerai tu I rasa itu mybe di luar kawalan dia. Kahwin semula dengan Iman Mai". Ujar Iskandar.

"Is.. I nak ke London for 5 month. I nak tenangkan fikiran I. I promise yang I akan pulang kembali". Ujar Humaira.

"Almost 2 year you go. And you want go again?" Tanya Iskandar. Humaira tersentak.

"Abang.. biar lah dia pergi abang. Dia nak tenangkan fikiran." Sampuk Hawa. Iskandar mengeluh.

"I akan jalankan pembedahan dan kimoterapi dekat Irland dan I want you go with me. I will take care about you. Sebenarnya I ingat nak pergi lepas akad nikah ni pukul 10 pagi nanti tapi tak jadi nikah so pergi je la jugak.. deal?" Humaira terfikir.

"Berapa bulan?" Tanya Humaira. Iskandar diam.

"1 year sebenarnya.. " ujar Hawa. Humaira mengangguk setuju.

"Maaf Iman.. aku pergi hanya seketika. Dan aku akan kembali bila aku dah sedia". Ujar Humaira.

"Mai.. sebenarnya aku nak bagitahu kau yang kau mengandung dan sebab tu aku batalkan perkahwinan". Ujar Iskandar. Hawa dan Humaira terkejut.

"Mana abang tahu?" Tanya Hawa.

"Waktu kat hospital.. doktor panggil bagitahu Humaira mengandung 2 minggu. Dan jangan bagi dia stress. Kandungan lemah". Ujar Iskandar. Humaira sungguh tidak percaya. Selama 3 bulan dia kembali kepada Iman, dia telah mengandung.

"Kak masih nak pergi ikut kami?" Tanya Hawa. Humaira diam seketika sebelum mengangguk.

"Keputusan tetap sama". Ujar Humaira. Hawa mengangguk. Iskandar mengeluh.

"Penerbangan ke Ireland akan bertolak sebentar lagi. Para penumpang dipersilakan bersedia di balai pelepasan sekarang juga."

Humaira melangkah ke balai pelepasan dengan hati yang gusar. Dia tidak sanggup menimggalkan Iman buat kedua kalinya tetapi dia terpaksa. Terpaksa meninggalkan Iman. Hatinya hancur kerana suami yang dicintainya sendiri tidak percaya dan mahu mendengar penerangannya.

"Kak Mai okey?" Tanya Hawa menyedari yang Humaira asyik mengelamun dari tadi. Iskandar sudah nyenyak tidur kerana pil yang dimakannya tadi.

"Okey, berapa jam untuk sampai ke sana?" Tanya Humaira.

"12 hours.." ujar Hawa. Humaira mengangguk lalu cuba melelapkan matanya.

"Maafkan Mai semua. Papa, mummy, daddy, umi dan abang. Maafkan Mai biy. Mai sakit. Hati Mai hancur. Mai hanya perlu masa je. Nanti Mai akan kembali. Jika masa dan ajal Mai mengizinan. Allah pasti ada jalan yang terbaik buat sikit. In Sha Allah, semuanya akan jadi sedia kala. Dan Mai harap biy takkan marahkan Mai lagi. Hanya 5 bulan Mai pergi. Biy, Mai harap jodoh kita kuat. Mai harap Mai dapat kembali setelah 5 bulan. Mybe lebih. Mai harap Mai dapat kekuatan untuk hadapi semua ini." Getus hati kecil Humaira.

Air mata menitis tanpa sedar. Sungguh dia terluka. Hatinya sakit. Hancur. Perutnya dipegang.

"Maafkan mama sayang". Bisik Humaira lalu melelapkan matanya.

IMAN mundar mandir di rumah Farhan. Elfira menangis menerima berita ini. Marah betul Elfira dengan tindakan Iman terhadap rakan baiknya itu. Farhan pula hanya menenangkan Elfira.

"Kau memang buat keputusan terburu buru la Im." Ujar Farhan. Iman meraup mukanya kasar. Elfira sudah masuk bilik kerana tidak mahu tengok muka Iman.

"Aku tahuu aku silap. Sekarang aku nak cari Maira kat mana. Aku dah pergi rumah Umi tapi Faiz pula tumbuk aku. Aku dah tak tahu nak cari dia kat mana dah". Kata Iman. Dia benar benar buntu dengan semua ini.

"Kau dah cuba cari kat rumah Iskandar?" Tanya Farhan. Iman mengangguk.

"Tapi rumah tu kosong. Jiran sebelah kata mereka dah pindah luar negara". Ujar Iman.
"Bingo.. maknanya Humaira ke luar negara la". Kata Farhan. Iman berkerut. Macam manalah dia tidak terfikir pasal itu.

"Tapi.. dekat mana?" Tanya Iman. Farhan mengangkat bahu.

Tit tit.. bunyi mesej membuatkan Iman tersentak. Dibuka telefonnya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapat sms daripada Humaira.

From: SayangLover

Assalamualaikum abang, mungkin ini kali terakhir sayang sms biy. Maafkan sayang sebab tinggalkan biy. Sayang perlukan masa untuk rawat hati sayang. Hati sayang hancur biy. Bila biy baca sms ni, sayang dah takde dekat malaysia. Mungkin dah jauh. Sayang minta sangat jangan cari sayang. Mulakan hidup abang tanpa sayang. Jangan risau, sayang pergi kejap je. 5 month and I will back. Mai sayangkan biy sebab tu Mai akan kembali walaupun lama mana Mai pergi. Jaga diri. Jaga sikap. I will back. Promise. Jangan cari sayang. Love you. Bye. Assalamualaikum.

Iman kaku membaca sms itu. Didail nombor Humaira tapi dioff n. Dalam hati Iman gusar. 5 bulan Humaira akan meninggalkannya. YA ALLAH, tidak cukupkah 2 tahun aku mnderita kehilangannya.

"Farhan, dia tinggalkan aku lagi. Tak cukup ke 2 tahun dia tinggalkan aku dulu. Sekarang? Dia tinggalkan aku lagi setelah 3 bulan dia kembali kepada aku. Aku menyesal Han". Tangis Iman sesal. Farhan hanya menepuk bahu sahabatnya itu. Berat sungguh dugaan yang dihadapi sahabatnya itu.

"Im, untuk mencapai kebahagian pasti akan melalui penderitaan. Sabar. Kau tunggu Mai balik ya". Pujuk Farhan. Iman menangis teruk. Tidak pernah Farhan melihat Iman menangis sebegini. Mungkin berasa bersalah.

"Aku akan tunggu dia Han.. aku janji takkan kecewakan dia lepas ni. Aku nak kahwin dengan dia buat kali ke 2 Han. Aku janji takkan menduakan dia. Dan akan percaya kan dia Han". Ujar Iman dalam tangisan. Farhan mengangguk.

"Tapi macam mana kalau Maira kahwin dengan Is". Soal Elfira tiba tiba muncul. Iman terkelu kaku.

Cerita ni makin mengarut.. haha.. enjoy. Jangan lupa vote and comment. Belanja triple bab hari ini. Apa agaknya jadi. Betul ke Humaira kembali 5 bulan akan datang atau lebih dari 5 bulan? Next bab ada jawapan. Abaikan typo.

Mr Vs Miss InstaFamous✔Where stories live. Discover now