Harapan

42 3 0
                                    

♪Music playlist♪ : http://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CxXYbhX4CxoMMdsz1ha2FtT

Berbanding waktu kini, Jimin lebih merindukan zaman ketika mereka semua masih kecil. Sewaktu mereka bertiga masih kanak-kanak yang mentah yang tidak tahu apa-apa, selalu bersama dan punya impian untuk mengejar pelangi di langit.

Waktu itu Jimin sedang memancing menggunakan joran ringkas yang direka menggunakan ranting kayu. Tali pancing dan mata kail diambil sahaja dari kotak perkakas memancing milik bapanya memandangkan ianya sudah lama terbiar tidak digunakan.

Sedar tidak sedar sudah dua jam juga Jimin memancing. Ada juga dua tiga ekor ikan kecil yang berjaya ditangkap. Kemudian, tanpa diduga, hujan turun dengan mencurah-curah. Sedangkan pagi tadi cuaca cerah sahaja, langsung tiada tanda hendak hujan.

Apalagi, berlari Jimin mencari tempat teduh. Baldi berisi hasil tangkapan terbiar di hujung jeti. Mujurlah ada pondok buruk yang terbiar tidak jauh dari situ. Walaupun sudah basah kuyup, dapat juga Jimin berteduh. Sekurang-kurangnya dia tidak terus ditimpa hujan.

Meskipun begitu, menjelang senja, hujan tidak juga menunjukkan tanda-tanda mahu berhenti. Jimin mula risau. Dia mengintai dari sebalik pintu pondok. Kelihatan air telah melimpah ruah dari bibir baldi. Jelas sekali ikan-ikan tadi telah terlepas dan berenang semula ke lautan. Mata Jimin melirik ke langit. Langit masih cerah walaupun hari hujan. Bagaimana dia hendak pulang kalau cuaca terus menerus sebegini rupa? Sudahlah rumahnya boleh tahan jauh.

Hidung mula terasa hangat sebelum dia terbersin-bersin. Badannya juga terasa lemah tidak bermaya secara tiba-tiba. Kepalanya pusing yang amat. Dia cuba memicit pelipis untuk mengurangkan rasa yang menusuk itu, namun tidak memberi kesan apa-apa pun.

"Jimin!" Panggil satu suara. Dari pandangan yang berbinar-binar, Jimin dapat lihat Luhan dan Sehun berlari ke arahnya. Sehun memegang payung besar sementara di sebelahnya, Luhan tampak benar-benar panik. Butir yang paling jelas di ingatan ialah warna pelangi pada payung mereka. Selain itu, semuanya menjadi gelap tiba-tiba.

Menurut Luhan, dia yang menggendong Jimin di belakangnya. Namun, Jimin lebih tahu. Ketika dia pengsan, dia ada tersedar seketika. Dengan mata yang masih berat, Jimin dapat melihat profil sisi yang amat menawan. Menerusi kerutan pada dahinya yang menandakan dia sangat risau, tahulah Jimin siapa yang sanggup menggendongnya pulang. Ketika itu jugalah dia pengsan semula dek keletihan.

"Sehun." Sebut Jimin tanpa sengaja. Dialah yang bersusah payah menggendong Jimin yang mula demam panas hingga ke rumah.

"Hmm?" Sehun memberi respons. Dia yang sedang mengemas meja sisi memusatkan perhatian kepada Jimin pula. Attentive seperti biasa. Luhan sudah tidur setelah memakan ubat.

"Tak ada apa-apa." Malunya Jimin. Boleh pula dia tersebut nama Sehun ketika sedang mengelamun mengenangkan kisah kenangan waktu kecil.

Sehun merenung Jimin sesaat lebih lama sebelum dia meninggalkan meja sisi yang sudah siap dikemas. Dia menggamit Jimin supaya gadis itu mengikutnya keluar dari bilik Luhan.

Kali ini mereka berada di dapur. Sehun telah membancuh secawan kopi untuk dirinya sendiri dan secawan teh hijau buat Jimin. Dua biji kole tersebut di hidang di atas para. Mereka berdua duduk menghadap antara satu sama lain di bangku kayu yang tinggi.

"Ada sesuatu yang aku nak bagi kau tengok." Kata Sehun lalu mengambil telefon bimbitnya yang dicas di kabinet di hujung para marble itu. Setelah menjumpai apa yang ingin ditunjukkan kepada Jimin, dia menolak telefon nipis itu kepada Jimin. Jimin tidak mengambilnya. Sebaliknya dia hanya melihat apa yang terpapar di skrin. Iaitu sebuah gambar kertas yang penuh dengan tulisan. Jimin memanggungkan kepala dalam keadaan yang terpinga-pinga.

"Apa ni?"

"Aku terjumpa benda ni masa aku tolong kemaskan bilik Luhan masa kitorang baru pindah ke sini. Aku jumpa jurnal Luhan yang di selit bawah tilam. I believe you have to read it."

Jadi inilah jurnal kepunyaan Luhan yang sepatutnya adalah perkara yang amat peribadi. Dia tidak sepatutnya melanggar privasi Luhan. Tapi, melihat ekspresi Sehun yang benar-benar mengharap, mengandaikan bahawa Sehun tidak mahu menanggung apa-apa yang telah dibaca itu seorang diri.

Tertulis perkataan WISHLIST di ruangan paling atas. Jimin teruskan pembacaannya.

1. Jumpa semula dengan Jimin
2. Pergi funfair dengan Jimin
3. Nyanyi atas pentas dengan Sehun untuk Jimin
4. Duduk tepi pantai dengan Jimin
5. Tengok pelangi dengan Sehun dan Jimin

Tergelak kecil Jimin dibuatnya. Semua wishlist yang ditulis pasti akan berakhir dengan nama Jimin. Yakin benar dia bahawa Luhan sememangnya mahu menghabiskan waktu terakhirnya bersama Jimin. Luruh hati Jimin mengenangkan realiti itu. Pilu bertandang di hati. Entah berapa lama lagi hayat Luhan. Sempatkah dia tunaikan impian terakhir yang tidak seberapa ini? Apakah nilai Jimin begitu berharga di sisi Luhan?

"Kau tahu Luhan macam mana kan? Obvious sangat dia memang sangat sukakan kau." Kata Sehun. Air kopi di cicip perlahan-lahan. "Scroll next."

Seperti yang disuruh, Jimin menekan ikon next yang membawa kepada paparan kertas yang sama tapi dengan tulisan yang berlainan. Ayatnya pun hanya sebaris sahaja.

Semakin pilu hati Jimin. Terasa perit mencucuk-cucuk di dada. Jimin memandang Sehun dengan pandangan sayu. Pantas Sehun mengelak pandang. Sambil menongkat dagu, telapak tangannya menutup sebahagian pipi, menyembunyikan pipinya yang sudah merah padam.

Telefon itu Jimin berikan semula kepada Sehun. Tanpa sempat minum setitik pun teh yang Sehun telah buatkan, Jimin meminta diri. Mulanya langkahnya perlahan membawa diri pergi dari situ. Apabila dia telah berada di luar rumah, dia berlari sekuat hati. Walaupun terdengar namanya dipanggil, dia tetap tidak mempedulikannya.

Baginya semua ini sangat kejam. Kenapa Luhan perlu melalui ujian sebegini? Kenapa mereka tidak boleh bersama selamanya? Kenapa Luhan sanggup berkorban sebesar ini?

Jimin menangis sepuas-puasnya setelah dia tiba di rumah. Sukar sekali Jimin menelan pahitnya realiti. Kerana di wishlist istimewa Luhan tertulis:

I want to see Sehun and Jimin together.

Happily ever after.

Author's Note:
i'm sorry for this chap. T_T Btw, this is not the last chapter.   

[C] 🌈 Di Hujung Pelangi | LH/OSHWhere stories live. Discover now