Curiga

38 7 0
                                    

♪Music playlist♪ : http://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CxXYbhX4CxoMMdsz1ha2FtT

Jam di pergelangan tangan diperhatikan sekejap. Sekarang sudah pukul lapan malam tapi Sehun dan Luhan masih belum muncul seperti yang dijanjikan. Janjinya hendak bertemu pada pukul tujuh. Mati kutu pula Jimin setelah menunggu selama sejam. Panggilan telefon langsung tidak diangkat. Mesej pula tidak berbalas.

Hati Jimin memang risau. Dia sudah mula fikir bukan-bukan saat dia menerima mesej masuk.

Kami datang lambat sikit. Sorry.

"Lambat sikit? Dah sejam aku tunggu. Lambat sikit?" Jimin bermonolog sendiri tatkala membaca mesej itu. Dia terus bersandar pada kerusi batu yang ada di sebelah taman tema. Sempat menghiburkan dirinya dengan siulan irama lagu yang terlintas di fikiran.

Terdengar seperti namanya di panggil dari kejauhan ketika dia bersungguh-sungguh menyepak kerikil jalan dan dia pantas mengangkat muka, tercari-cari punca suara. Kelihatan Luhan dan Sehun melangkah mendekatinya. Senyum riang menghiasi wajah Luhan sementara tangannya memeluk ketat lengan Sehun. Yang peliknya wajah Luhan tampak pucat lesi. Air muka Sehun pula berkali-kali ganda risaunya berbanding Jimin sendiri. Lambaian lemah Luhan disambut dengan senyuman mesra oleh Jimin. Lega akhirnya mereka muncul jua. Cepat-cepat Jimin mendapatkan mereka setelah dia menyedari langkah mereka yang lambat.

"Korang lambat." Kata Jimin.

"Memang pun." Balas Luhan seraya ketawa kecil. Jimin terus masamkan muka. Nampaknya Luhan masih lagi tidak lekang perangai muka tembok dia. Buat salah dengan orang pun dia tanpa segan silu gembira dengan salahnya.

Jimin terasa sebelah bahunya dipeluk sebelum dia menyedari wajah Luhan yang sangat dekat dengannya. Pandangan mata mereka setakat beberapa saat tapi Jimin menyedari Luhan bagai mahu mengatakan sesuatu yang amat penting namun pada masa yang sama Luhan tidak boleh mengatakannya. Sambil tersenyum, tangan Luhan merayap ke kepala Jimin lalu menggosoknya.

"Sorry, Jimin." Ucap Luhan kedengaran ikhlas. Pandangan mata mereka bertaut lagi sebelum Jimin melepaskan keluhan kecil.

"Ok, fine. Whatever." Begitu mudah Jimin dapat memaafkan Luhan.

"Macam tu lah." Senyuman Luhan masih tidak lekang dibibir. "Let's go party!"

"Luhan..." Teguran Sehun langsung Luhan tidak endahkan. Sebaliknya dia terlebih dahulu mengheret Jimin ke kaunter tiket.

Ironi dengan luaran Luhan yang tampak pucat dan tidak bermaya, dia lah yang paling bersemangat. Habis kepenatan Jimin dan Sehun dia seret ke setiap booth yang ada, daripada karousel kanak-kanak hingga lah ke rumah hantu.

Sebaik sahaja mereka tiba di hadapan roda ferris, mereka bertiga mendongak kagum, memerhatikan gerakan perlahan roda yang berwarna-warni itu. Jimin pasti mata Luhan yang tampak bersinar-sinar itu bukanlah pantulan cahaya daripada roda ferris dan lebih kepada rasa tidak sabar dan seronok pemuda itu. Tidak semena-mena Jimin mengulum senyum.

"Korang naik lah." Kata Luhan yang membuatkan spontan Jimin dan Sehun berpaling ke arahnya.

"Hanya aku dan Sehun? Macam mana dengan kau? Luhan, come on! Masa kita kecil-kecil dulu kau yang selalu beria-ia nak naik. Aku tahu sekarang kau memang nak naik. Jom lah, Luhan." Gesa Jimin lalu menggoncang lengan Luhan berkali-kali. Dia desak juga Luhan semahunya.

Jimin tahu Luhan menyembunyikan sesuatu di sebalik senyumannya. Jimin tahu senyuman Luhan itu palsu semata-mata. Jimin tahu Sehun juga sama merahsiakan sesuatu kerana dia pantas memegang tangan Jimin, menghalangnya daripada terus memaksa Luhan.

"Kita boleh naik sama-sama, Jimin." Pujuk Sehun.

"Tapi... Luhan." Berat hati rasanya hendak tinggalkan Luhan seorang di bawah.

"Tak apa. Aku tunggu korang kat sini je." Luhan memaksa senyum lantas menolak belakang badan kedua-dua Jimin dan Sehun agar masuk ke kabin gondola.

Walau bagaimanapun, kaki Jimin tetap terasa berat untuk melangkah. Bagaikan ada batu besar yang berat terikat di pergelangan kaki yang memasung langkahnya. Dia toleh ke belakang sambil berjalan masuk ke dalam kabin. Sehun masih lagi memegang tangannya. Dia lihat Luhan melemparkan senyuman saat penjaga roda ferris menjatuhkan palang keselamatan. Senyuman plastik.

Entah kenapa Jimin rasa sedih dan kecewa. Wajah Luhan diperhatikan melalui kaca tingkap kabin saat gondola mula bergerak naik. Pandangan mereka berpaut apabila Luhan mengangkat kepala untuk memandang ke arah mereka.

Jimin sedari tiada lagi warna merah pudar mewarnai pipi Luhan. Wajah Luhan yang kini pucat sedikit sebanyak menakutkan Jimin. Walaupun tona kulit Sehun juga sama pucatnya, namun, pucatnya Luhan lebih menggerunkan.

"Luhan okay je. Kau jangan risau." Suara Sehun dari sisinya mengganggu fikiran Jimin. Dia tetap cuba meyakinkan Jimin walaupun matanya tidak pernah lekang daripada melihat kelibat Luhan yang masih melambai dari bawah.

"Kenapa Luhan tak nak naik sekali?" Soal Jimin. Dia tahu ini bukan masalah besar tapi Jimin dapat rasakan yang dia tidak mengetahui perkara yang sepatutnya dia tahu. Dari ekor mata, kelihatan halkum Sehun turun naik meskipun Sehun tidak memberikan sebarang reaksi.

Sesaat kemudian, Sehun berkata, "Dia takut tinggi."

Mendengarkan kata-kata itu seolah-olah ianya suatu perkara yang sangat mustahil dan merepek. Luhan yang dari kecil selalu naik feris wheel, apabila besar sudah takut tinggi? Apa ini? Nampak sangat Sehun membohonginya.

"Tapi dulu dia tak takut tinggi pun."

Terdengar helaan nafas keluhan dan Sehun membalas, "Banyak yang kau tak tahu, Jimin."

Tersentak Jimin buat seketika. Jadi selama 10 tahun ini terlalu banyak perkara yang berlaku sehingga Jimin tidak mengetahui apa-apa langsung? Apa makna persahabatan mereka dari kecil kalau mereka tidak mahu berkongsi dengan Jimin? Bukankah kepulangan mereka sepatutnya menjadi titik permulaan bagi mereka mengisi pengetahuan Jimin sepanjang ketiadaan Jimin di samping mereka? Tidak semena-mena Jimin rasa dirinya tidak lagi dipercaya.

"Bukankah aku sahabat baik korang? Kenapa banyak aku tak tahu? Bukankah kau sepatutnya beritahu aku apa yang aku patut tahu?" Soal Jimin bertali arus.

Walaupun mereka duduk bersebelahan, jarak yang dirasakan tersangat jauh. Rasanya sudah penat untuk dia berlari demi menggapai mereka berdua. Dia tahu dia sedang berfikiran tidak rasional dek ditelan oleh rasa emosional. Namun, dia punya hak untuk mendengarkan sebarang penjelasan.

Tiada sepatah bicara yang Sehun tuturkan. Dia hanya memerhati ke luar, termenung jauh tatkala mengamati langit malam yang bertemankan bintang-bintang.

Berdasarkan reaksi Sehun, Jimin anggap pemuda itu tidak mahu lagi bercakap tentang topik ini. Jadi, Jimin juga turut membuang pandang ke luar. Dia sudah tidak berdaya hendak mendesak. Namun begitu, jauh dalam sudut hati, terasa amat pedihnya. Bagaimana sahabat baik sejak kecil seperti mereka bertiga tidak mengetahui apa-apa. Lebih-lebih lagi apabila mereka membesar bersama-sama.

"Semua orang ada rahsia, Jimin." Tutur Sehun perlahan seakan-akan berbisik. Hujung kata kedengaran serak. Sepertinya sukar sekali untuk dia luahkan kata-kata itu. "And, some things are better off kept a secret."

Kali ini giliran Jimin pula yang membisu. Dalam hati dia berharap alangkah baiknya sekiranya pelangi boleh muncul di hadapan matanya. Sekurang-kurangnya warna-warna pelangi itu boleh mengubat hatinya yang kesedihan.

Namun, harapan hanya tinggal harapan. Mustahil langit malam memunculkan pelangi. Sedangkan pada waktu siang saja susah sekali untuk dilihat.

Lima minit kemudian, mereka tiba di bawah. Spontan Jimin peluk Luhan erat-erat sebaik sahaja mereka keluar daripada kabin.

Tanpa mereka sedari, Sehun terlebih dahulu meninggalkan mereka dengan rasa hampa di hati.

Author's Note:
apakah rahsia mereka? terima kasih dah sudi baca sampai sini. ;) pls vote!

[C] 🌈 Di Hujung Pelangi | LH/OSHWhere stories live. Discover now