Bintang yang Paling Terang

43 2 0
                                    

♪Music playlist♪ : http://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CxXYbhX4CxoMMdsz1ha2FtT

Malam itu, payah benar untuk Jimin melelapkan mata. Ulang tayang memori bermain lancar tentang petang tadi. Membaca senarai wishlist Luhan yang terakhir seakan mencetuskan perasaan yang sangat menyakitkan. Setelah mengetahui bahawa Luhan tidak boleh hidup lama, Jimin faham benar yang Luhan sebenarnya sengaja mengalah demi adik kesayangannya. Walaupun dia terpaksa menguburkan perasaan sendiri, dia rela berkorban demi kebahagiaan adiknya, Sehun.

Sebak datang lagi. Tiap kali memikirkan tentang Luhan, hatinya makin dipagut resah. Alangkah bagusnya kalau Luhan dan Sehun tidak kembali semula. Tidak perlu dia sengsara begini. Walaupun begitu, Jimin tidak seharusnya mementingkan diri sendiri. Dalam situasi sebegini, Jimin sedar bahawa Sehun cuma mahu menunaikan impian abangnya sebelum terlambat.

Telefon yang diletak di meja sisi dicapai malas. Setelah yakin yang Sehun masih belum tidur, Jimin terus mendail nombornya tanpa ragu. Panggilan diangkat pada tona dail ketiga. Suara Sehun kedengaran masih segar. Tanda dia masih belum mengantuk. "Kau okey?"

Jimin menutup mata seraya menjawab, "Hmm..." tangannya menyentuh dada yang terasa sebak. "Aku okey."

"Maafkan aku. Aku ingat kau dah bersedia untuk tahu tentang semua tu. Lagipun aku tak nak semuanya terlambat."

"Luhan dah tidur?" Dalih Jimin pantas. Dia bukakan mata, melihat ke luar tingkap. Kelihatan banyak bintang bergemerlapan di langit. Sejujurnya dia belum bersedia untuk berbicara tentang itu. Kalau Jimin pun sudah tidak dapat menahan rasa, apalagi Sehun.

Sehun terdiam sesaat sebelum menjawab. "Belum. Kau nak cakap dengan dia ke?"

"Tak apa. Dia tengah buat apa?"

"Dia tengah baring-baring. Sambil tengok bintang." Balas Sehun perlahan. Lantas Jimin tersenyum nipis.

"Oh... Sampaikan ucapan selamat malam pada dia." Pesan Jimin. Dia bangun dari baringnya lalu melangkah dekat ke tingkap. Sambil merenung langit, dia membiarkan bayu malam mendinginkan tubuhnya. "Sehun?"

"Hmm?"

"Have a nice dream." Ucap Jimin. Senyumnya melebar. Setitis demi setitis air matanya tumpah di kala dia menyaksikan sebutir bintang yang berkelip paling terang. Dia yakin bahawa Luhan juga sedang turut sama melihat butir bintang yang sama.




"Bagi aku sepuluh sebab kenapa aku kat sini." Tutur Luhan sambil berpeluk tubuh. Joran dipacakkan ke dalam gelung PVC yang dipaku pada lantai jeti. Mata kail sudah lama dibaling ke dalam laut. Tinggal menanti masa umpan mengena sahaja.

"Banyaknya aku nak kena bagi sebab! Kau ni banyak songeh lah." Omel Jimin cuba memprotes. Dia duduk di sebelah Luhan, tangan memegang kemas batang joran. Sekali-sekala dia menggulung reel agar tali pancing tidak merayau jauh. Sehun tidak bersama mereka kerana dia keluar ke pekan bersama Zitao. Dari sudut kecil hati Jimin, dia lega juga kerana Sehun bukan keluar bersama Hanmi. Adalah dia cemburu sikit kalau Sehun asyik dengan Hanmi saja.

"Kalau macam tu, kau beri aku seratus sebab!" Cabar Luhan dengan muka berlagak. Kedua-dua kening terangkat tanda mencabar.

"Apsal makin banyak pulak!" Sungut Jimin lagi. Makin dilayan makin menjadi budak ni. Luhan pula ketawa terbahak-bahak, seronok dia tengok muka kalut Jimin.

"Okey, okey. Aku kurangkan. Kau kena berikan aku lima sebab."

Batang joran Jimin letakkan dalam batang PVC sebelum dia duduk bersila sambil merenung Luhan. Jari telunjuk di pamer dengan ke wajah Luhan. "Pertama, aku nak makan ikan."

"Ayah kau kan nelayan! Suruhlah dia tangkap ikan untuk-"

"Dengan kau." Kata-kata Luhan sempat dipotong. Apabila Luhan terdiam, Jimin lantas tersenyum bangga. Berjaya juga dia diamkan mulut Luhan yang kepoh macam bertih jagung. Luhan kelihatan benar-benar terkejut sebelum dia mengukirkan senyum nakal. "Teruskan poin yang kedua."

"Kedua, aku nak ajar kau memancing semula."

"Aku tahu memancing lah. Masa kecil kan kau selalu ajak kitorang pergi memancing." Ujar Luhan mahu lagi menyampuk.

"Semula." Tekan Jimin. "Maknanya, aku nak ingatkan kau semula tentang memancing. Kau mesti dah lupa teknik-teknik dia. Kat Seoul tu kau bukannya boleh memancing pun."

"Okey, fine." Luhan merengus putus asa.

"Ketiga, aku nak bawa kau keluar. Ambil angin. Tak adalah kau terperuk je kat dalam bilik." Kata Jimin sejurus menaikkan digit yang ketiga. Kurang sedikit rasa risaunya kerana Luhan telah membawa semua ubat-ubatan yang diperlukan.

"Aku terima poin tu. Thank you, Jimin." Terus pipi Jimin ditarik oleh Luhan sehinggalah Jimin terpaksa menampar tangan Luhan minta dilepaskan. Perit sungguh rasa pipinya yang gebu itu.

"Sakitlah Luhan. Kau ni suka sangat cubit pipi aku." Omel Jimin sambil mengusap pipinya.

"Habis pipi kau tu tembam sangat macam kuih pau." Kata Luhan, ketawa mengekek. Jimin menarik muka cemberut lantas lengan Luhan menjadi mangsa cubitannya.

"Okey, poin keempat." Luhan mengangguk tanda dia setia mendengar. "Aku nak tengok pelangi dengan kau."

"Tapi cuaca tengah elok sekarang. Mana mungkin hujan turun dalam cuaca sebegini." Kata Luhan dalam nada mengejek.

"Aku tahulah." Jimin bertambah bengang. Ada sahaja poin yang hendak di bangkang. Pasti mukanya merah menahan bengang. Tak habis-habis diusik oleh Luhan. Pemuda itu pula gelak sakan kerana dapat mengenakan Jimin.

Jimin sengaja tidak menghiraukan tawa Luhan lalu meneruskan poin kelima yakni poin yang terakhir. Kelima-lima jari tangan di pamer sangat dekat dengan muka Luhan sehingga hampir menyentuh hujung hidungnya. Luhan sudah berhenti ketawa.

"Kelima..." Jimin tertegun-tegun untuk meneruskan bicaranya. Anak matanya dilarikan daripada memandang wajah Luhan. Kepala dipalingkan ke sisi, menghadap air laut yang tenang. Kemudian, terasa jari jemari Luhan memaut tangannya, setiap sudut jemari bersentuhan, tapak tangan dirapatkan bersama. Lantas Jimin memandang semula ke arah Luhan. Sama-sama mereka merenung mata masing-masing. Spontan kata-kata Jimin terluah. "I want to be with you."

Kali ini bibir mereka pula yang bersentuhan. Walaupun ciuman itu cuma sekejap, ianya sudah cukup menggetarkan jiwa, menggoncang seluruh perasaan Jimin.

"Aku sayangkan kau, Jimin." Luah Luhan tulus. Jemari mereka masih lagi bertautan. Malah lebih rapat. Matanya masih lagi tidak meninggalkan mata Jimin. Jarak antara mereka semakin dekat. Haruman hangat nan manis menyerbak ke ruang hidung Jimin. Sedikit menenangkan hati Jimin yang berdebar-debar. Bibir Luhan yang tampak kering bagai mengundang Jimin untuk mengucupnya lagi, namun, keinginan itu dilawan.

Dagu Jimin diangkat lembut, memaksa Jimin memandang matanya. Jimin menurut sahaja. Lalu pandangan di bibir Luhan ditinggalkan demi anak matanya yang jernih bening.

"Tapi aku tahu kau cintakan Sehun."

Membulat mata Jimin mendengarnya. Jadi selama ini Luhan sudah terlebih dahulu mengetahui perasaannya? Kalau begitu, mengapa Luhan tetap meluahkan rasa walaupun dia tahu dia akan terluka? Kerana jelas baginya bahawa Jimin mencintai Sehun. Bukan Luhan.

"Dan Sehun juga cintakan kau."

"Apa?" Suara Jimin kedengaran serak. Dia cuba mengekalkan pandangan mereka, tapi Luhan yang tertunduk dahulu. Semua persoalan hanya tersimpan di hati, tidak sampai untuk diluahkan. Tangan mereka terlepas. Luhan mengalih posisi menghadap laut. Jimin akui dia berasa hampa.

"Aku tahu Sehun mengalah pun sebab aku. Sebab abang dia yang sakit ni. Mungkin dia fikir tak adil bagi dia untuk bersaing dengan aku yang dah tak cukup masa lagi."

"Luhan, jangan cakap macam tu." Terus Jimin memeluk Luhan. Barulah dia dapat merasakan degupan jantung Luhan yang sama pantasnya. Jimin tidak sedar bahawa ada sedikit air mata yang bergenangan di tubir mata milik Luhan.

"Bila aku dah tak ada nanti, please keep in your mind that I always love you." Bicara Luhan. Jimin mengangguk sayu. Pelukan mereka semakin ketat setelah Luhan memautkan tangannya di pinggang Jimin. Berkali-kali kepala Jimin dikucup lembut. "And please be with Sehun. The one you love. He needs you."

Kali ini sebak Jimin tidak tertahan lagi.

Author's Note:
*lap hingus* *sambung nangis*  

[C] 🌈 Di Hujung Pelangi | LH/OSHWhere stories live. Discover now