Risau

45 7 0
                                    

♪Music playlist♪ : http://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CxXYbhX4CxoMMdsz1ha2FtT

“Ayah aku balik semalam. Banyak jugak hasil tangkapan. Aku ingat malam esok aku nak buat bbq makanan laut. Datanglah rumah aku esok.” Jemput Jimin kepada Zitao.

Di benak kepala sudah terbayang akan lambakan makanan laut seperti ketam, ikan, kepah dan udang yang dimasak atas bara api. Pasti sedap dan menyelerakan. Lebih-lebih lagi kalau dapat makan beramai-ramai bersama kawan-kawan.

“Syukurlah. Cuaca pun tengah baik sekarang ni. Esok aku memang sure datang melantak.” Kata Zitao yang terkekeh-kekeh ketawa. Sesekali dia tertunduk-tunduk mengintai hasil jahitan daripada belakang benang jahitan. Tangannya sibuk memutar roda mesin jahit agar penekan jahitan dapat diangkat. Dengan penuh hati-hati, fabrik sutera berwarna merah hati itu dia pegang sehingga ke paras mata, mengamati mata jahitan sama ada sudah sempurna atau belum. Berkira-kira juga dia dimana mahu diletakkan perincian tambahan.

“Hanbok?” Tanya Jimin lalu berjalan mendekati Zitao. “Untuk siapa?”

Zitao buat-buat mengeluh. Sambil menutup mata, kepalanya dipalingkan kepada Jimin di sampingnya. “Untuk kau dan Hanmi lah! Tak lama lagi kan ada festival Chuseok.” Sebuah kerlingan tajam ditujukan oleh Zitao. Jimin buat-buat gelak. Sejujurnya dia sendiri memang tak ingat langsung fasal festival ini. Kalau diingatkan semula, perayaan itu akan diadakan dalam masa kurang dua minggu lagi. Patutlah Zitao tampak bertungkus lumus untuk menyiapkan hanbok untuk mereka.

“Jimin!” Pekikan Hanmi mematikan perbualan mereka. Gadis itu kelihatan tercungap tidak cukup nafas dek larian pecutnya. “OMG. Penatnya aku. I need oxygen!”

“Kau dah kenapa?” Kening Zitao sudah terambal-ambal. Jimin hanya diam memerhati.

“Oh ya! Jimin! Luhan! Luhan pengsan! Dia kat bilik rawatan sekarang!” Akhirnya Hanmi memberitahu setelah dia terlupa sebentar tujuan dia lelah berlari ke situ demi mencari Jimin.

Mata Jimin membulat tidak percaya. Dia tergamam. Tanpa sepatah kata, dia segera berlari keluar dari bilik jahitan lalu terus mencari laluan ke bilik kesihatan. Meskipun bilik itu terletak di blok lain, Jimin tidak peduli. Asalkan dia lekas dapat melihat keadaan Luhan.

Setibanya dia hadapan bilik rawatan, Jimin menghela nafas dalam-dalam sebelum dilepas perlahan-lahan. Tenaga yang terbuang cuba diraih semula dalam satu nafas. Peluh di dahi mula membintat dan dia pantas mengelapnya dengan belakang tapak tangan. Tombol tembaga dipulas lalu dia menolak daun pintu dengan penuh hati-hati. Takut pula kalau kehadirannya mengganggu Luhan yang sedang dirawat.

Bilik itu kosong setelah Jimin melangkah masuk. Kecuali terlihat langsir putih di tingkap yang beralun ditiup angin serta sekujur tubuh terbaring lesu di atas katil yang cuma satu. Di tepi katil, Sehun duduk sambil meraup mukanya. Tidak sedar langsung akan kemunculan Jimin. Diam-diam Jimin memerhatikan raut wajah Luhan. Mukanya pucat lesi. Dada turun naik dengan tenang seolah sedang lena dibuai mimpi. Tersisip rasa lega buat seketika dalam diri Jimin.

“Sehun,” sapa Jimin sejurus mendekati katil yang kelihatan usang itu. “Luhan okey ke?”

Sehun mengangkat kepala daripada terus tertunduk. Tangannya diletakkan di atas katil.  Riak kepenatan jelas terpancar di wajahnya. Kemudian dia angguk perlahan. “Dia tidur sebaik saja dia sedar tadi.”

“Syukurlah.” Jimin mengurut dada, berusaha untuk kekal tenang. “Tak bawa pergi hospital?”

“Tak perlu. I don’t want things to be complicated.” Ujar Sehun lalu memerhatikan sosok tubuh abangnya yang kekal kaku.

Jimin diam memahami. Dia tidak mahu banyak tanya. Lagipun, Sehun sudah tampak tertekan lebih daripada sepatutnya. Jadi dia tidak seharusnya mencurahkan minyak ke dalam api.

Tangan Luhan dipegang oleh Jimin dan rasanya amat sejuk bagaikan baru sahaja keluar daripada bilik berhawa dingin. Dahi Jimin berkerut hairan. Dia masih ingat dengan jelas bahawa tangan Luhan lebih hangat berbanding tangan Sehun. Sebab itulah ketika kecil, dia lebih suka menggenggam tangan Luhan.

Tiba-tiba sahaja tangan dingin itu menggenggam tangan Jimin dan menggenggam tangan Jimin dan membuatkan gadis itu terkejut, lantas memandang wajah Luhan. Tampak senyuman nakal terukir dibibir Luhan walaupun kelopak mata masih tertutup rapat.

“Luhan...” Sebut Jimin. Berani pula dia pura-pura tidur!

Kelopak mata Luhan terbuka dan dia senyum menampakkan gigi. “Hello!”
Tidak semena-mena Jimin terasa sebak. Dia tidak sanggup melihat Luhan terlantar sebegini. Dia mahukan Luhan yang bersemangat dan ceria disampingnya. Jimin menggigit bibir. Dia takkan benarkan Luhan lihat dia menangis.

“Hai.” Balas Jimin kembali. Bagaimanapun, suaranya yang terketar-ketar mengkhianati cubaan Jimin agar kekal kuat. Ada air mata yang turun ke pipi.

“Eh, kenapa kau menangis?” Luhan mulai kaget. Kelam kabut mencari tisu di dalam poket bajunya. Sehun memberikan sapu tangannya kepada Luhan. Sapu tangan itu kemudiannya Luhan gunakan untuk mengusap air mata di pipi Jimin.

“Thanks.” Ucap Jimin sambil cuba menahan tangis. Tapi usahanya hanya sia-sia. Entah kenapa air matanya terus menitis keluar. Dari ekor matanya, dia dapat lihat Sehun bangun lalu meninggalkan mereka.

“Kenapa kau menangis ni?” Luhan menyoal sekali lagi dalam ketawa. Entah apa ajaibnya tawa Luhan, ia membangkitkan kelegaan dan Jimin turut sama tertawa pahit.

Author's Note:
that feel bila someone tengah dalam susah, kau pun sedih sekali. T_T

[C] 🌈 Di Hujung Pelangi | LH/OSHWhere stories live. Discover now