Bahagia Sesaat

46 7 0
                                    

♪Music playlist♪ : http://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CxXYbhX4CxoMMdsz1ha2FtT

Kelas P.E memang sangat dibenci oleh hampir kesemua pelajar termasuk Jimin. Bukannya apa, dia memang tidak suka bersukan, lebih-lebih lagi di tengah-tengah padang pada waktu panas terik. Mahu terbakar kulit! Silap-silap boleh dapat kanser kulit pula!

Sedang Jimin memanaskan badan, dia terlihat Luhan bermain bola sepak di padang. Terpancar kegembiraan di wajahnya saat dia menendang bola. Walaupun bola yang ditendang tidak berhasil masuk ke gawang gol, senyuman riang tidak lekang langsung daripada bibirnya.

Kemudian, kelihatan pula Sehun berjalan ke arah bangku yang dekat dengan padang.  Di tangannya terdapat setin minuman. Dia duduk lalu menarik tab tin itu sebelum diminum. Dia tidak turut bermain bola sepak dan hanya selesa memerhati abangnya bergembira.

Jimin mengerling ke kiri dan ke kanan bagi memastikan tiada orang yang melihatnya. Segelintir rakan sekelas masih memanaskan badan sementara yang lain pergi mencari tempat berteduh. Apabila tidak kelihatan kelibat guru yang mengawal mereka, Jimin ambil kesempatan untuk pergi ke tempat Sehun.

“Sehun!” Panggil Jimin. Spontan Sehun menoleh dengan muka terperanjat.

“Kenapa kau tak main sekali?” Tanya Jimin. Dia melabuhkan punggung di sebelah Sehun.

“Malas.” Jawab Sehun selamba. Dia menghulurkan tin minuman tadi kepada Jimin dan Jimin tanpa ragu-ragu terus mengambilnya. Jimin sempat berterima kasih sebelum meneguk rakus minuman coklat itu.

“Bagus betul dapat air sejuk waktu panas terik macam ni. Lega rasanya.” Kata Jimin. Keringat di dahi dia lap menggunakan hujung lengan baju. Mungkin nampak selekeh bagi perempuan sepertinya. Tapi Jimin tak peduli sangat. Yang penting peluh itu tidak mengering dan akhirnya melekit di kulit.

Melihatkan Jimin yang berpeluh-peluh macam baru disimbah air, Sehun hulurkan pula sehelai sapu tangan. Pada mulanya Jimin agak berkira-kira sama ada dia hendak ambil atau tidak. Sebab kurang mengerti niat Sehun. Jadi, tanpa membuang masa, Sehun terus lapkan dahi Jimin. Jimin perhatikan wajah Sehun yang tenang, tangannya lembut mengusap dahi Jimin.

“Dah kering.” Ucap Sehun seraya mengulum senyum. Mulalah Jimin rasakan suatu perasaan asing dalam hatinya. Umpamanya sebuah rasa euforia muncul, gembira, bahagia dan berdebar-debar. Inikah cinta? Inikah rasa suka?

“Oh, thanks, Sehun.” Jimin mengalih pandang lalu menggigit bibir. Perlahan-lahan kedua-dua tangannya di bawakan ke dada. Dapat dirasakan bahawa degupan jantungnya semakin melaju.

Mereka berdua menyaksikan Luhan yang bermain dengan riang. Pada masa yang sama, Luhan baru menyedari bahawa Jimin ada bersama Sehun. Lantas Luhan lambaikan tangan dan Jimin melambai kembali dengan senyuman mesra.

Tidak lama kemudian, Luhan berjaya menjaringkan gol buat kumpulannya. Jimin terus berdiri dan bersorak gembira sementara Sehun tersenyum bangga. Tanpa diduga, Luhan berlari ke luar padang dan segera memeluk Jimin tanpa kisah dengan keadaan di sekeliling mereka.

Jujur Jimin katakan yang dia agak terkejut dengan kelakuan Luhan. Walaupun dia sudah terbiasa dipeluk oleh Luhan, dia tetap terasa janggal jikalau Luhan melakukannya secara terang-terangan di depan umum. Namun, ketawa riang Luhan mematikan niat Jimin untuk meleraikan pelukan mereka. Jimin baru sedar ketawa Luhan mudah mempengaruhinya. Dia juga turut sama ketawa gembira.

Pelukan mereka terlepas apabila seorang guru tiba dan menghalau Jimin dari situ. Luhan sempat membisikkan kata maaf sebelum dia lepaskan Jimin pergi.

Jimin melangkah semula ke arah kumpulan rakan-rakannya dengan perasaan gembira.

Author's Note:
pernah tak bila tengok someone tu happy, kita pun rasa happy? itulah apa yg Jimin rasakan.

[C] 🌈 Di Hujung Pelangi | LH/OSHWhere stories live. Discover now