Teman Sekelas

64 8 3
                                    

♪Music playlist♪ : http://www.youtube.com/playlist?list=PLmbmRvDWL-CxXYbhX4CxoMMdsz1ha2FtT

Jimin terus masuk ke kelas selepas singgah sebentar di pejabat pentadbiran sekolah untuk menghantar Luhan dan Sehun ke sana. Menurut Sehun, mereka masih ada banyak benda yang hendak diuruskan memandangkan Luhan tertinggalkan dokumen persekolahan di sekolah lama. Tidak tahulah pula pasangan kembar tersebut akan masuk kelas yang mana satu.

Pada masa yang sama, Jimin berharap mereka berdua bukan berada dalam kelas yang sama. Macam mana dia hendak belajar kalau ada Luhan? Macam mana dia hendak fokus kalau ada Sehun bersama? Dia tidak dapat membayangkan bagaimana dia hendak menempuhi tahun akhir sekolah tinggi ini dengan usikan nakal Luhan serta Sehun yang sentiasa tampak pasif. Okay, mungkin Sehun tidak menjadi masalah sangat. Sebab kalau diikutkan Sehun boleh jadi pemangkin semangat!

Ish, ish, ish. Apalah. Ambil kesempatan terhadap kawan baik sendiri pula.

"Yang kau asyik geleng kepala tu kenapa?" Tegur Zitao yang mejanya di sebelah Jimin. Ketika itu Jimin baru sahaja hendak duduk ditempatnya.

"Tak ada apa-apa." Nafi Jimin lalu senyum kepada Zitao yang berambut merah.

"Yalah tu. Entah-entah kau tengah fikir pasal boyfriend." Usik Zitao dengan ketawanya yang gedik macam gadis-gadis sekolah menengah.

"Sorry sikit. Tak ada masa aku nak fikir pasal benda alah tu," Kata Jimin lalu mengeluarkan buku untuk masa pertama. "Mana Hanmi?" Tanyanya kehairanan sebab meja di depannya tampak kosong melainkan sebuah beg yang tergantung di belakang kerusi. Nampaknya Hanmi telah sampai dulu dan entah ke mana pula dia pergi.

"Hanmi? Dia pergi tandas. Makan apa entah dia pagi tadi. Asyik mengulang ke tandas je. Aku dah cakap buang awal-awal kat rumah tapi dia degil." Leter Zitao macam aksi seorang nenek membebel kepada cucunya.

"Kau masih tinggal dengan dia?" Jimin mengangkat kening. Dia sangkakan Zitao sudah dapat tempat tinggal baharu. Ini kerana sudah banyak kali dia membebel fasal fasiliti dan kemudahan tidak memuaskan lah, tahap hospitaliti teruklah. Tapi tetap juga terkandas di rumah banglo keluarga Hanmi.

"Yes," Kerling Zitao. "Parents aku ugut kalau aku tak naikkan gred aku, aku kena tinggal kat rumah Hanmi sampai bila-bila. Ish, sepupu aku tu dah lah tak ada etika sebagai seorang perempuan! Kau pun sama! Perangai macam jantan!"

Jimin mendengus halus. Amboi, Zitao kalau bab kutuk orang memang nombor satu! "Awak tu perangai dah macam perempuan pulak saya tengok!"

Zitao buat-buat ternganga, ekspresi wajah terkejut. Sebenarnya dia tidak kisah dengan sindiran itu. Itulah cara mereka bergurau setiap hari.

"Amboi, rancaknya korang berbual! Nak bergosip tak ajak aku pun." Sesi kutuk-mengutuk antara Jimin dan Zitao diganggu oleh Hanmi yang muncul entah dari mana. Alih-alih saja sudah berada di tempat duduknya semula.

"Lama benar kau pergi tandas. Berak batu?" Gurau Zitao sebelum mendapat ketukan buku lima daripada Hanmi. Dia memang tidak gemar dengan mulut Zitao yang macam tidak ada insurans. Celupar betul. Tawa Jimin terhenti saat Zitao memandang tajam ke arahnya.

"Eh, aku dengar ada pelajar baru nak masuk kelas kita." Maklum Hanmi beria-ia.

"Mana kau tahu ni?" Celah Zitao ragu-ragu.

"Aku nampak cikgu Yifan iringi diorang tadi lah," Hanmi mengerling sekilas kepada Zitao sebelum dia memegang tangan Jimin. "Aku dengar diorang tu handsome!"

"Diorang?" Jimin telah air liur. Terasa sukar pula kerongkong hendak menelannya. Air liur tadi agai tersekat di tekak, menghalang dia untuk berkata-kata. Jika telahan Jimin benar, 'diorang' itu sama maksudnya dengan 'mereka' yang turut menunjukkan terdapat lebih daripada seorang pelajar baru. Ini banyak terarah kepada sahabat baiknya, Luhan dan Sehun. Tambahan lagi, mereka berdua baru sahaja mendaftar sebagai pelajar di sekolah ini. Jadi, semua itu tidak mustahil. Dia tidak dapat bayangkan kalau pasangan kembar itu akhirnya masuk satu kelas dengannya. Boleh jadi bencana nanti!

"Yes. 'Diorang'," Hanmi mengangguk sedikit pantas. Tanda yang dia sebenarnya tidak sabar menantikan ketibaan pelajar baru yang dimaksudkan. "Itu pun diorang!"

Ternyata firasat Jimin sangat tepat. Cikgu Yifan – seorang pemuda yang layaknya berada di pentas peragaan- mengiringi dua orang pelajar lelaki yang tidak lain dan tidak bukan adalah sahabat baik Jimin sendiri. Seisi kelas yang pada mulanya sangat bising, kini beransur senyap apabila cikgu Yifan mengucapkan selamat pagi.

"Hari ini kita ada dua orang pelajar baru dari Seoul. Pelajar, awak berdua boleh kenalkan diri." Beritahu cikgu Yifan.

"Nama saya Luhan. Ini adik saya, Sehun. Kami pasangan kembar." Ucap Luhan. Dia mempamerkan senyuman manisnya dan tiba-tiba seorang pelajar perempuan yang duduk di hadapan sekali mengangkat tangan untuk bertanya. "Korang kembar? Tapi kenapa tak serupa?"

"Kami memang kembar tak serupa," Jawapan selamba Luhan membuakkan ketawa seluruh kelas. Dia menyambung semula kata-katanya. "Nampaknya adik saya dah terlebih ambil nutrien daripada mak kami masa kami dalam perut dulu."

Sekali lagi seluruh kelas ketawa. Namun, Jimin tidak dapat bergelak ketawa kerana pada masa yang sama, kedua-dua Luhan dan Sehun sedang memandang ke arahnya. Dia dapat rasakan dirinya akan menjadi pusat perhatian sebentar nanti setelah melihat senyuman nakal di hujung bibir Luhan.

"Oh ya! Kalau awak semua nak tahu, Jimin ialah kawan baik kami sejak kecil."

Semua mata memandang Jimin dan dia terus menyorokkan wajahnya disebalik buku teks Matematik. Mahu saja dia lancarkan bazooka terus ke mulut Luhan. Suka sangat mengenakan orang. Padahal dia sudah tahu bahawa Jimin tidak suka menjadi tumpuan orang ramai.

"Giliran awak pula untuk perkenalkan diri." Suruh cikgu Yifan kepada Sehun yang masih lagi memerhatikan Jimin.

Sehun mengangguk sebelum tunduk hormat. "Saya Sehun. Sila berikan tunjuk ajar."

"Baiklah, awak berdua boleh duduk di tempat kosong di belakang."

Sama ada kebetulan atau tidak, meja di belakang Jimin sememangnya kosong sejak sekian lama. Ini bermakna Luhan dan Sehun akan menjadi pemilik baru meja tersebut. Jimin memerhatikan mereka berdua menuju ke tempat mereka. Luhan sempat mengenyitkan mata kepada Jimin dan dia membalas dengan jeliran lidah.

Akhirnya, Luhan mengambil tempat di belakang Jimin sementara Sehun pula duduk di belakang Zitao. Hanmi sengaja berpaling ke belakang untuk berbisik dengan Jimin. "Hot betul kawan baik kau."

"Merepeklah kau." Sanggah Jimin yang malas hendak melayan.

Hanmi buat muka masam setelah komennya tidak dilayan. Seterusnya dia intai ke belakang Zitao untuk menegur Sehun.

Pada masa yang sama, Zitao turut memberi komen. "Aku tak tahulah pulak diorang tu kawan baik kau. By the way, memang diorang handsome. Tapi aku lagi handsome."

"Handsome lah sangat." Ejek Jimin. Dia sebenarnya sedang cuba untuk tidak menghiraukan tendangan yang bertubi-tubi di kaki kerusinya. Yakin sangat yang pelakunya adalah Luhan yang sengaja mengganggu ketenteramannya. Tapi semakin Jimin buat dono, semakin kerap pula tendangan itu.

Jimin mula naik angin apabila tendangan itu semakin lama semakin kuat sehingga menggegarkan kerusinya. "Luhan!"

Sekali lagi semua mata tertumpu ke arah mereka. Jimin berpaling ke belakang, bersedia untuk tarik kolar baju Luhan apabila Luhan sedang senyum lebar sambil berkata, "Hai."

"Jimin, ada masalah?" Tanya cikgu Yifan yang sedang menjelaskan topik Probability.

"Tak. Maaf, cikgu." Jimin berkalih semula ke hadapan lalu menyorokkan muka di sebalik buku dan membiarkan Luhan mengetuk belakang kerusinya pula. 

[C] 🌈 Di Hujung Pelangi | LH/OSHWhere stories live. Discover now