Chapter One

1.2K 34 9
                                    

Setitis demi setitis, air mata mengalir, mengiringi perjalanan pada pagi itu. Titis-titis hujan di luar kereta melagukan tenang ritma. Biar tanpa lirik suara, tiada cela malah dada terasa lapang apabila ketenangan mengisi ruang atmosfera.

Denyutan nadi jantung bersatu dengan si kecil yang lena di pangkuan. Kehalusan dan kelembutan terbias indah di atas anugerah Tuhan. Tidak jemu menatap setiap inci lekuk wajah si kecil. Lima bulan lalu, suara jerit tangisnya memecah keheningan subuh di bawah langit bumi Ireland.

Lagu-lagu doa, telah dimakbulkan Tuhan. Lima bulan melingkari hari si kecil, bahagia dianugerahi. Menggantikan kegelapan dunia yang melatari langit hari. Syukur.

Selendang purple lavender di tubuh si kecil, dikemaskan. Khuatir dengan angin sejuk yang membuai bakal menganggu lena si kecil. Kucupan dilepaskan pada ubun-ubun si kecil. Hmm, wangi dan tenang.

Rasa lenguh belakang, aku menyandar pada kerusi kulit. Lensa mata memandang ke luar tingkap kereta. Menghanyutkan lalu dilenakan lamunan. Nafas berat dihela.

Bukan doaku minta dipisah daripada si kecil kesayanganku. Lengkap hari-hariku saat si kecil hadir dalam hidup. Tetapi hidup ini telah dicaturi. Takdir telah pun tertulis.

Tetap jua ia akan terjadi biarpun hati bagai dicarik-carik. Menahan diri daripada menentang takdir. Mungkin pada ketidaksanggupan, kepasrahan ditemui. Tuhan Maha Mengetahui, tujuan dan hikmah kehadirannya.

"Stop the car!"

"Yes?" matanya mencari mataku di sebalik cermin pandang belakang.

"I said, stop the car. Now!"

Ada riak terpinga-pinga namun dia berhentikan juga kereta. Tiada soalan ditanyakannya. Dia senyap dan membisu. Mungkin dari air mukaku, sudah menjawab segalanya.

Si kecil dalam rangkulan, bergerak-gerak perlahan. Lenanya diganggu. Tidak mahu si kecil terjaga, aku menepuk lembut pinggulnya dan meletak bibir nipisku atas dahinya. Menyalur kehangatan. Dia lena semula, merapatkan wajah kecilnya pada dadaku dan tidur.

Aduhai, kesayanganku sangat comel. Aku ukir senyum, menahan dan menepis sebak yang pastinya mengundang air mata. Getar bibirku memagari suara-suara tangisanku daripada hambur keluar. Aku perlu kuat.

"I need some fresh air. Don't worry. I'll be back in no time", pembuka pintu aku pegang dan tolak tanpa menunggu keizinannya.

"Alright. Make it quick! We don't have much time left," tegas dengan keputusannya.

Aku angguk. Hoodie aku angkat menutup rambut coklat sederhana gelapku. Pintu aku buka lalu keluar daripada kereta. Rangkulan pada si kecil ditarik lebih rapat dan dekat ke dada.

Angin sejuk mula dapat dirasa. Sejuk yang mendamaikan dan menenangkan. Terpujuk juga hati yang semenjak tadi bergelodak. Pemandangan Tasik Lough Leane seperti lukisan karya Tuhan. Dipotret indah dengan rona biru langit mewarnai atap bumi dan dedaun rumput yang menghijau melatari lantai bumi. Di tengahnya, gunung-ganang menyentuh kegebuan awan putih.

Subhanallah. Aku kalungkan senyumanku sebagai hadiah atas cetusan idea tiada tara bandingan ini.

"Ma...ma...mm."

Suaranya menarikku daripada terus leka.

Sesaat, aku akhirnya sedar.

Pantas, iris mataku menangkap wajah halus mulus itu.

Kesayanganku menyambungkan panahan mataku dengan iris mata birunya. Biru seperti air Tasik Lough Leane.

"Ehekk! Ehekk!" Dia senyum dan mengekeh ketawa...pertama kali.

Rahang aku jatuh. Terkejut. Aku tak salah lihat? Tak salah dengar? Kesayanganku senyum dan ketawa! Allahuakbar!

"Mmm..ma..a.."

Ya Allah! Dadaku bergetar hebat. Air mata mengaburi pandangan, aku seka pantas. Menganggu keindahan pemandanganku.

"Sayang!" aku bawanya dalam pelukanku. Erat tanganku merangkul tubuh kecilnya bagai tidak mahu lepas lagi. Air mata gembira menitis rela. Suara hatiku, mengalunkan kalimah syukur. Syukur yang tidak terhingga pada rahmat-Nya.

Kesayanganku mengekeh ketawa lagi di dalam kehangatan pelukanku. Bagai bernaluri jiwaku. Merasakan apa yang aku rasa. Memahami jiwa dan ragaku. Sungguh aku gembira dan tidak menduga detik yang aku nanti telah tiba. Detik di mana kesayanganku menggelarku dengan nama seorang ibu. Rahimku terasa sejuk.

Kucupan lembut aku hangatkan pada ubun-ubun, dahi, kening, kelopak matanya, atas pucuk hidungnya dan pada seulas bibir merah halusnya. Haruman bayinya buat aku ketagih. Sentiasa menenangkan jiwa.

"Umm... hey..." Suara garau itu menyentakkan aku.

"Yes-?" sambil menoleh ke arah suara itu dan di saat itu, gembira yang sekejapan tadi dirasai, mulai melayang pergi ditiupkan oleh angin Tasik Lough Leane. Mataku meredup kesayuan.

"We should leave now. Shall we?"

Dadaku bergetar mendengar kata-katanya. Aku pejam mata. Menahan pedih akan realiti kehidupan. Sekejap saja aku dipinjam bahagia dan kini diambil semula.

"Ed... I can't..." Suaraku perlahan. Aku tewas. Tewas dengan kekuatan yang aku pura-pura ciptakan. Sedang aku tidak mampu.

Dia diam. Tidak bersuara. Hanya nafas kasar yang kedengaran.

"Ed please! Help me! I don't want to do this because I can't. I thought I can endure my pain but I'm lying to myself. I can't do this Ed. It hurts me like hell!"

Suaraku memecahkan ketenangan Tasik Lough Leane. Air mata kembali mengalir bagai pili air. Menitis hiba. Sebak yang dikurung kemas akhirnya terlepas bebas. Suara-suara hiba yang dipagari ketat akhirnya terhambur dan aku mula meraung di hadapannya.

"Please Ed... please... I need your help. Please... just this time."

Lututku mencium rumput. Rangkulan pada tubuh si kecil semakin erat. Aku tak mahu berpisah daripada si kecil kesayanganku. Aku tak mahu berjauhan. Ambillah apa sahaja yang aku ada, tetapi tidak.... bukan si kecil kesayanganku!

Dia masih tidak mampu bersuara memberikan keputusan. Aku berjalan lutut mendekati lelaki bertubuh tegap ini lalu kakinya aku peluk. Merayu kepadanya dan membuang jauh ego dan maruahku di hadapannya. Dia satu-satunya harapan yang aku ada.

"Please help me out Ed! You need to help me!" aku mula ditarik emosi yang menggila.

Melihatkan emosiku yang semakin membuak, dia jadi terkesan. Dia duduk bertinggung di hadapanku sambil kedua-dua bahuku dirangkulnya erat.

"Veevy please don't make it harder. I... I'm sorry. But the best for you is to let this baby go Veevy. It's for your future sake."

Pipiku semakin dihujani dengan air mata. "Ed...."

"I'm so sorry Veevy..."

Jadi itulah keputusannya. Keputusan yang tak akan ubah nasib aku. Dia menghela nafas berat, sebelum melangkah pergi.

Kesayanganku tiba-tiba meledakkan raung tangisnya. Belakang tubuhnya aku usap lembut, memujuk hatinya yang seakan turut kesedihan. Air mata yang hendak terhambur lagi aku tahankan dengan ketapan bibir.

Takdirku untuk tetap berpisah dengan si kecil kesayanganku tidak dapat diubah.

"Kesayangan mama.... mama will always love you. I'll pray that someday we will be together again."

Aku bangun dengan si kecil kesayanganku di dalam kedinginan rangkulanku.

So, be it...

(Thank you for reading the first chapter❤️ Vote and comment! I would like to hear from your point of views about the first chapter! :) )

Imam Muda Miss DivaWhere stories live. Discover now