Chapter Eight

412 16 3
                                    

Mungkin aku sudah tersilap langkah. Jika mengikuti Rania, aku pasti ditimpa musibah. Meski 44 saat sudah menjangkau, Rania mahupun aku masih bertentang mata. Menghantar isyarat dan amaran yang semuanya berbahaya.

Aku menarik nafas, menghela perlahan. Menunggunya memulakan bicara nampaknya aku perlu membuka ruang terlebih dulu.

"It's about Ashraf. Muhammad Nur Ashraf." Perkara penting yang menjadi topik perbincangan diluah Rania Adeeba.

Suaraku terkunci. Dipagari oleh kata-kata yang baru saja diluahkan Rania Adeeba. Ashraf... aku tidak salah. Firasat tidak pernah membohongi. Aku tidak perlu lagi berteka teki membuat spekulasi sendiri megenai isi hati Rania Adeeba. Sahih lagi benar, dia turut menaruh hati kepada Ashraf. Automatik, merangkap pesaingku dalam merebut Imam Muda Berkopiah!

"Ke..." belum habis bicaraku, Rania Adeeba menyambung kata hingga aku terdiam.

"You appeared out from nowhere. Lie me or not, saya tahu awak ada hati pada Ashraf. Tipulah jika lelaki sebaiknya tiada tempat di hati sesiapa. Jika lelaki sepertinya yang begitu mempesona tidak memberi sebarang kesan pada hati awak. Keperibadiannya tentu memikat hati, menambat jiwa, mengikat rasa. Saya bukan mahu halang... hanya jauhkan diri semampu awak sebab Ashraf milik saya!" Sirna keyakinan terpancar daripada anak mata bulat itu. Lancar saja Rania menyebutnya, seakan tiada keraguan di situ.

Tatapan dan renungan Rania Adeeba tajam. Lenggok tubuhnya bergetar amarah. Belang sudah ditunjukkan, taring sudah dipamerkan, kuku tajam lagi runcing sudah dikeluarkan. Sisi berbeza Rania Adeeba kontras benar daripada sifat sebelumnya yang manis, ayu dan sopan.

Ish! Aku tidak habis fikir andai wanita sepertinya menjadi isteri kepada lelaki semulia Ashraf. Hipokrit sungguh. Berlagak alim menilai aku hina pula. Benarlah tiada seorang manusia pun sempurna.

"Ashraf muncul secara tiba-tiba. I tak hulurkan kad undangan. I tak menadah tangan di bawah langit supaya dia hadir. It just...all of sudden. We're fated to meet. Tiada alasan untuk I jauhkan diri daripada dia sebab I..." nafas yang paling dalam aku tarik kemudian memberi segaris senyuman.

"Sukakan Imam Muda Ashraf," akhirnya, aku meluah hasrat. Ya, aku yakin dengan kata-kataku. Ia bukan sekadar luahan kosong tidak bermakna tetapi sebuah hasrat yang terbit ketika keyakinan terbina.

Tindak tanduk, gerak geri, langkah atur, secara keseluruhannya...positif aku sukakan dia!

Sememangnya, siapa saja yang tidak berada di tempatku, mendakwa aku gila. Pengakuanku bukan saja menimbul bibit-bibit kebencian Rania Adeeba, malahan mungkin membawa kepada kematian! Tiada mustahilnya kerana daripada bukaan mata terlebih luas itu telah menjelaskan segalanya. Rania Adeeba tercabar.

Retina mata dibesarkan seperti jarak antara kami berbatu kilometer saja. Hendak saja aku ketawa.

"Jangan cabar saya," nada suaranya bergetar menahan marah.

"Tidak salahkan kalau I suka Ashraf juga? Tiada hukum melarang keras? Dia tiada sesiapa. Berstatus bujang dan tiada sebarang ikatan sebagai suami kepada mana-mana perempuan," lancar aku mengemukakan alasan munasabah, mengunci mulut Rania.

Rania Adeeba mendengus. Geram menerima jawapan balasku yang tentu saja menghangatkan situasi yang sedia panas.

"Statusnya sekarang. Tidak lama lagi status Abang Ashraf akan bertukar. Sebarang pesaing tidak diperlukan kerana saya tidak akan mengalah untuk menjadikan Abang Ashraf yang halal."

Ewah! Ini memang kes sengaja ini...mahu menunjuk mesra dengan Ashraf kononnya. Abang Ashraf, ceh! Sabar...aku tidak boleh memberi riak balas seperti sakit hati walau sememangnya hatiku bagai dibom hingga bersepai jadinya.

Imam Muda Miss DivaWhere stories live. Discover now