Chapter Twelve

340 14 0
                                    

"Daddy main-main sajakan?" untuk kedua kalinya, aku mengutarakan soalan sama. Sukar untuk aku percaya terhadap profesion yang bakal dijawat olehku. Ditambah pula, tea lady kepada daddy sendiri pula tu!

Memberikan reaksi yang sama seperti beberapa minit lepas, daddy kini mengangguk mengakui kebenaran kata-katanya. Tiada segaris senyum pun dibiar pada wajahnya. Tiada garis-garis kecil menahan tawa di atas roman itu.

Tidak! Aku tersandar ke belakang, rapat pada kerusi yang di duduki. Kenyataan aku seorang tea lady nyata bukan satu gurauan...bukan sekadar omongan tanpa tindakan! Daddy benar-benar serius dengan cadangan menjawat aku sebagai seorang tea lady sahaja!

"Kenapa? Vee tak setuju dengan keputusan daddy? Kalau Vee mahu membantah....hmmm...nampaknya Vee bukan calon paling tepat untuk mewarisi Hotel Hillmilton."

Aku terkedip-kedip mata memandang daddy. Sudah gaya mahu mengugut pula daddy! Meletak aku dalam keadaan tersepit kemudian tersesak nafas dengan keputusan yang bakal aku buat.

Seketika hormon gemuruhku bertandang. Berpusing juga kepala memikirkan cadangan dan ugutan daddy. Jadi tea lady kemudian menjadi pewaris hotel atau membantah tanpa punya apa-apa hasil?

Eh, tetapi kalau bukan aku sebagai pewaris, siapa pula calon lain? Salina Sotong? Mustahil sungguh. Salina anak saudara kepada daddy saja. Ini business kami anak beranak. Lalu adakah calon seterusnya, Muhammad Aaron Valen, adikku sendiri?

Hmmm...itu juga tidak mungkin. Aaron pernah menyata dia tidak berminat dengan bidang yang diceburi daddy. Sebaliknya, dia sudah punyai impian dan cita-cita sendiri. Dan aku sudah diberitahunya berkali-berkali tentang minatnya untuk bergelar peguam suatu hari nanti. Aaron mahu mengikut jejak langkah mummy, seorang peguam dikenali ramai dengan hujah-hujah yang pasti menggerunkan pihak lawan.

Aku kini mampu tersenyum setelah berpuas hati dengan analisa sendiri. Lega setelah yakin memang tidak ada seorang calon lain seperti disogok daddy.

"Daddy...daddy...daddy...!" aku mengukir senyum sambil jari telunjuk digerakkan ke kiri dan kanan.

"Vee tak beli ugutan daddy. Sorry," aku mengenyit sebelah mata lalu tergelak kecil. Seperti memperkecil ugutan daddy.

"Siapa lagi calon yang tepat kalau bukan Nik Veevy Naddyra graduated jurusan business and hotel management. Aaron tak berminat langsung. Salina? Hisy...itu lagilah tak mungkin," langsung tidak terpapar air muka takut pada wajah. Sempat mulutku menyenarai pendek nama calon-calon yang terlintas di minda lagi!

Daddy bangun dari kerusi kemudian bergerak ke arah kerusi yang di dudukiku. Sebelah tangannya merangkul bahu aku, membuatkan aku meneguk liur.

"You just mention the candidate name's," suara daddy perlahan berbisik di tepi telingaku.

Aku membuka luas mata. Memusing muka pantas pada daddy dengan riak muka tidak percaya. Lama mata bertautan, seperti ada telepati... dan seakan-akan memahaminya aku menggeleng kepala laju-laju.

"Bukan Salina, daddy."

"Ya, Salina."

Oh, no way!

Aku tarik nafas paling dalam. Berfikir secara rasional. Suka ataupun tidak, tiada jalan lain selain menurut dengan rela.

"Baik. Vee terima jadi tea lady saja.Tapi, daddy jangan marah kalau air tak sedap, janji?" ketika inilah aku menggunakan kuasa sebagai anak bos.

Daddy meletak tangannya di atas kepalaku, terhenti di situ, kemudian dia mengusap.

"Vee guna yang 2 in 1, pasti tak ada masalah!" tahu takut kena minum air hasil tanganku yang belum tentu sedap.

•••

Selesai penjelajahan di seluruh Hotel Hillmilton, aku bergerak turun ke kafe golf di aras paling bawah. Tempat daddy menemui sahabatnya yang tiba-tiba mahu berjumpa. Tambah daddy, sahabatnya yang itu juga merupakan antara pemegang saham dalam hotel.

Sebaik tiba di ruang kafe berkonsep mewah dan elegan itu, aku meluaskan pandangan mata. Mencari susuk tubuh milik daddy. Tidak menjumpai daddy, aku bergerak lebih maju ke hadapan.

"Vee!" satu suara tidak asing dengan telinga, membuat aku berpusing ke arahnya.

Daddy di sebuah meja bersama dengan kawannya dan...

Aku jadi terkesima. Jelas di hadapan mata, susuk tubuh itu bersama seraut wajah yang sama. Sama dengan seorang yang aku kenali.

Dia...

Dia juga turut memandang ke arah aku. Dia juga turut memberikan reaksi yang sama sepertiku. Nyata kehadiran aku membuatnya terkejut.

Tidak. Aku tidak pernah menyangka akan dipertemukan dengan dia sekali lagi. Di sini. Bersama-sama dengan daddy.

Ya Allah! Kakiku masih tidak bergerak. Seakan beku terpasung pada lantai. Berkali-kali daddy menyeru panggil, namun aku masih kekal beku dan membisu.

Melihatkan keadaan aku sebegitu, dia bangun daripada kerusinya. Berjalan menuju ke satu arah.

Pada aku yang masih tercegat.

Hanya tinggal beberapa langkah saja jarak dekat kami, dia akhirnya berhenti.

Sepasang mata bertemu. Aku bagai dibisukan sehingga lidah menjadi kelu. Ingin aku bersuara, tetapi tiada sepatah kata pun keluar.

"Long time no see."

{ Who is that, really? Ashraf? Oopss...! Vote and comment! See ya in next chapter! ;) }

Imam Muda Miss DivaWhere stories live. Discover now