Chapter Seventeen

336 20 10
                                    

Awal pagi lagi, aku sudah bersiap untuk keluar. Semalam suntuk juga  menggeledah isi internet, tercari-cari gaya yang menepati cita rasa.

Tidak menjadi satu masalah yang merungsingkan kepala memandangkan lambakan gaya muslimah terkini semuanya segar-bugar seperti bunga yang sedang berkembang mekar. Hanya tinggal untuk digayakan secara betul saja. Paling menggembirkan hati,  cita rasa yang aku mahukan turut termuat di dalam internet pakej bersama tips yang sangat berguna buat si pemakai.

Urusan pada pagi ini jadi semakin mudah, apabila ketika aku meminta mummy meminjamkan keretanya, laju saja mummy beri green light. Katanya mummy boleh gunakan khidmat driver yang disediakan daddy. Syukur! Susah juga kalau naik teksi ni. Susah hendak berhenti dan turun di mana-mana tempat.

Enjin BMW X4 aku hidupkan sementara tunggu Aunty Suraya bersiap. Enjin kereta perlu dipanaskan terlebih dahulu. Cermin pandang belakang aku betulkan supaya sesuai dengan pandangan. Setelah berpuas hati, aku mengenakan pula tali pinggang ke badan.

Sebelum memulakan perjalanan pagi itu, mulutku terkumat-kamit membaca sepotong doa seperti yang diajarkan dalam Islam. Mendapatkan keberkatan dari Illahi. Selesai mengaminkan doa, aku meraup tangan ke muka. Semakin berkobar-kobar semangat meresap dalam jiwa! Semakin tidak sabar untuk merubah diri!

Sungguh aku mengharapkan perubahan ini dapat mendekatkan aku kepada Pencipta. Yang paling penting, perubahan ini dapat dilakukan dengan istiqomah, Insyallah.

Pesanan daripada Ashraf dalam ceramahnya malam tadi terngiang di telinga kembali.

"Setiap apa yang kita lakukan...tindak-tanduk serta perbuatan perlu dengan usaha mendapatkan keberkatan dari-Nya. Meskipun, perbuatan itu nampak mudah dan biasa, tetapi jika diiringi dengan berkat Allah SWT, Insyallah besar pahalanya."

Ya, aku yakin dengan usaha yang berganda, tentu segala yang sukar menjadi mudah. Tentu segala halangan mampu ditempuhi dengan hati yang cekal.

Termasuklah dalam misi merebut Ashraf. Sekali pun pesaingku hebat-hebat belaka, dengan usaha dan selebihnya takdir Yang Maha Esa, impian memiliki lelaki idaman pasti terletak dalam genggaman!

Bunyi cermin kereta diketuk mengembalikan aku ke dunia nyata. Laju kepala menoleh memandang kepada gerangan yang telah mengetuk cermin kereta. Berkait keningku melihat insan yang tidak disangka-sangka.

Meski tanganku terasa berat untuk menekan punat kecil di tepi kereta kemudian menurunkan cermin kereta, aku cuba memaniskan muka dengan senyuman.

"Pagi ni you nak pergi Mid Valleykan?" aku terus disergah Salina sebaik saja cermin turun. Salina kelihatan teruja. Ah sudah! Jangan kata dia mahu ikut serta dalam programku pada pagi ini.

Dalam pada aku mengira sama ada mahu menjawab dengan jujur atau terpaksa berbohong, Salina memetik jarinya di hadapan mukaku. Menarik semula tumpuan mataku kepadanya.

"Hey, I bukan nak ikut. I cuma nak minta tolong sedikit. Kalau Vee pergi Mid Valley, tolong I ya belikan kek kegemaran I di Secret Recipe? Sudah lama I tak merasa. Ditambah tak ada masa nak menjejakkan kaki ke sana."

Oh! Lega hati mendengar tujuan sebenar Salina bertanya. Cakaplah awal-awal mahu minta tolong belikan kek! Tak adalah jantungku melompat kerana risau. Nanti tiada siapa pula meneman mummy ke majlis kawannya pagi ini. Melihat sinar mengharap di wajah itu, aku tidak sampai hati mahu menolak permintaannya.

"Boleh. Nanti I singgah Secret Recipe. Cuma satu, tolong jaga mummy masa di majlis nanti. Elakkan mummy daripada bertembung mata dengan Aunty Rose. Jangan bagi mereka bercakap langsung. Nanti tidak sudah dia mengata mummy macam-macam. Mulutnya tak ada insurans. Habis disindirnya mummy. Itu musuh tradisi mummy bertahun lama semenjak I sekolah lagi."

Imam Muda Miss DivaWhere stories live. Discover now