Chapter Eighteen

301 13 10
                                    

Deretan kek pelbagai rasa tersusun rapi di sebalik cermin kaca. Dengan pandangan mata yang tajam, aku fokus meneliti kad kecil yang terletak bersama-sama kek. Pada kad, tertera nama-nama kek. Ah rungsing! Kek kegemaran Salina masih belum ditemui lagi.

Hmm! Aku sudah terasa putus asa tetapi apabila teringatkan janjiku, jadi ia mesti ditunaikan jua tidak kira apa.

Ting! Terkunci terus mataku sebaik saja terbaca huruf-huruf yang tertera pada kad. New York Indulges Choclate Cheese Cake!

Setelah berminit lama, akhirnya jumpa juga. Biarpun ia memakan masa berminit lamanya untuk aku mengenal pasti kek kegemaran Salina yang kini hanya tinggal sepotong untuk dibeli.

Tanpa bertangguh lebih lama, aku terus mengawang tangan tinggi ke udara sambil memanggil salah seorang pekerja yang bertugas di bahagian hadapan restoran.

Aku perlu cepat buat pesanan sebelum kek disambar orang lain. Aku perlu mendapatkan layanan yang lebih tangkas sekiranya mahu memastikan kek tidak diambil.

Sedar akan kewujudan aku di situ, salah seorang pekerja mengatur langkahnya dan sebaik saja semakin hampir, si pekerja bersuara.

"Yes mister?" dengan senyuman manis, pekerja tadi menyapa lantas mengambil pesanan daripada aku.

"Saaa-eh? Apa dia you cakap?!" mataku sudah terbuka besar dan luas apabila mendengar gelaran 'mister'.

Hello! Tidak nampakkah dia aku bertudung litup cantik persis Ratu Arab? Tidak nampakkah dia aku berjubah anggun seperti model muslimah? Phew! Terang disuluh lampu, aku seorang perempuan!

Belum sempat aku bersuara untuk membetulkan panggilannya itu, satu suara dari arah belakangku mencelah membuat aku tidak jadi berkata-kata.

"New York Indulges Choclate Cheese Cake sepotong ya?"

Oh tidak, kek kegemaran Salina yang tinggal sepotong bakal jatuh ke tangan orang lain!

"Baik encik. 2 minit," selesai menerima pesanan, si pekerja mula melakukan tugas membungkus kek.

"Tungguuu!" Dengan suara sedikit terdesak, aku bersuara bertindak menahan tindakannya.

Pekerja tadi jadi terkesima. Terus mengangkat muka dan memandang aku yang sudah bersemangat waja untuk merebut, merampas dan membeli kek sepotong itu!

"I nak beli kek tu. Muktamad!"

Kini, aku sudah lagak seorang peguam yang membela anak guamnya. Cukup berkeyakinan sekali ketika bersuara menegakkan keadilan yang kurasa tidak saksama. Patutlah! Ini mesti kerana gen mummy.

Apabila si pekerja masih kaku tidak memberi respons, mungkin kerana terkejut dan tidak menyangka wanita muslimah ayu sepertiku boleh bersuara dengan lantang, aku ulang semula kata-kata aku itu.

"I repeat, I would like to buy this cake." Kali ini, suara dan air mukaku dipamer lebih tegas. Aku kelihatan tidak akan berkompromi dan menolak sebarang pujuk-rayu.

Punya sukar aku mencari...

Punya sabar aku menanti...

Kini, sepotong kek yang dimahu akan dibeli oleh orang lain sesuka hati! Mana boleh, ini tidak adil.

"Err Cik... tapi Encik ini tadi terlebih dahulu buat pesanan," si pekerja kelihatan serba salah untuk mengadili di antara kami dan membuat keputusan. Terketap-ketap bibirnya sambil matanya sekejap kepadaku kemudian kepada pelangan yang satu lagi.

"Oh, really? Dia pesan dahulu, tapi saya sampai terlebih dahulu. Jadi sekarang siapa lebih berhak? Tentulah orang yang terlebih dahulu sampai dan nampak kek."

Sengaja aku guna taktik menyoal untuk menimbulkan rasa cemas pekerja itu, kemudian kerana terdesak dia akhirnya memberi kek kepada aku tanpa ragu.

"Tetapi Cik, Encik ni yang terlebih dahulu buat pesanan," walau bibirnya sudah terlihat kering kerana cemas, dia masih mahu berpihak di pihak lawan lantas menolak tepi segala kenyataan aku.

Semakin tergugat kerana kenyataan yang dibuat si pekerja, aku tahu aku perlu menjana idea yang lebih bijak untuk mendapat tempat yang kukuh di hati pekerja itu. Eh? Geli geleman pula! Seakan-akan aku mahu memikat hatinya! Tak, dalam hatiku sudah ada tempat kukuh yang dihuni lelaki lain. Hanya Muhammad Nur Ashraf yang bertakhta dalam hati aku. Hehehe!

"Betulkah? Setahu saya, saya yang mahu buat pesanan tetapi adik layan dia dahulu. Itu tidak adil sedangkan saya di sini, menunggu untuk dilayan berminit lamanya. Ingat, customer is always right!" terdesak dengan situasi kini, aku cuba pula memberi ugutan. Biar dia kecut hati, kemudian terus ubah fikiran untuk bagi kek tersebut padaku.

"Tapi cik-"

"Tak apa." Sepatah kata, dan si pekerja terus terdiam.

Memang bukan akulah pekerja itu mahu diam. Tetapi, pelanggan kesayangannya itu. Fuhh!

"Ladies first! Berikan saja kek pada cik ini. Sila bungkus untuknya ya? Tak mengapa, Abang boleh pilih kek yang lain," secara tiba-tiba, si jejaka yang senyap seribu bahasa bersuara lantas mematikan pertikaian si adik pekerja.

Melompat bintang hatiku setelah mendengar pengunduran secara rasmi melayang bendera putih itu. Alhamdulillah! Berjaya juga aku mendapatkan kek untuk Salina dengan bantuan...

Dengan gerakan yang pantas dan ganas, aku memusing badan ke belakang. Memandang dua biji mata, pelanggan yang berebut kek denganku.

"Ashraf!" aku terjerit halus sebaik mata menemui satu figura yang tidak aku sangka namun sangat berharap untuk bertemu lagi.

"Masya-Allah Veevy!" Ashraf juga kelihatan seperti tidak menyangka melihat aku di depannya kini. Senyuman manisnya lantas terukir di atas bibir merah lembut itu.

"Ya saya. Awak...awak buat apa dekat sini?" sungguh aku tidak menyangka, pertemuan kali ketiga kami akan berlaku lagi secara kebetulan.

"Saya nak beli kek. Tiba-tiba terasa mahu makan kek coklat," jelas Ashraf sambil menayang barisan gigi putih bersihnya. Alahai, comel saja!

Aku mengangguk kepala tanda mengerti. Kerana hajat Salina, hajatku yang kupohon dalam doa selepas solat istikharah malam tadi agar dipertemukan dengan Ashraf akhirnya termakbul. Tetapi doaku itu bukan sekadar hajat untuk melihat Ashraf supaya hati berbunga-bunga bahagia. Doaku itu adalah lebih kepada sebagai petunjuk.

Bagai terdengar di telinga suara syahduku memohon sebuah petunjuk dari Illahi.

"Ya Allah yang Maha Pengasih! Seandainya, dia adalah lelaki dariMu maka anugerahkan aku satu petunjuk...pertemukan aku dengannya agar pada ketika itu, hatiku ini semakin yakin untuk memiliki dan memilihnya sebagai imamku anugerah dariMu, Ya Allah."

Satu kenyataan betul-betul mengusik hatiku...

Dia jodoh istikharahku, Ya Tuhan?

Dia jodoh istikharahku, Ya Tuhan?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

{ Early update for today. Jawab! Jawab! Veevy sudah terkejut tu and media is our Muhammad Nur Ashraf ;) }

Imam Muda Miss DivaWhere stories live. Discover now