Chapter Twenty

323 18 9
                                    

"Prawn Macaroni Cheese dan segelas air mineral."

Mendengarkan menu pilihanku itu meniti pada bibir merah lembut Ashraf, aku tidak mampu mengawal lagi perasaan teruja dan bahagia, pantas saja menggenggam penumbuk sendiri serentak bersorak dengan sangat ceria, "Yes!"

Segala perbuatan hanya dibuat secara sulit dan berbisik. Memang tiada perasaan lain selain hanya tersangat bahagia. Hatiku terasa berbunga dengan lebatnya. Bagai dibaja gred kelas A hingga bunga di taman hati mekar sekembangnya.

Kalau boleh ingin saja aku bersorak sambil menggawang pom-pom tinggi ke udara dengan mulut riuh menyebut nama, Ashraf. Lelaki alim ini benar-benar telah mencuri hati! Lelaki alim ini benar-benar memikat hati!

"Veevy," segala imaginasi terbang pergi apabila namaku meniti di bibir Ashraf. Aduhai, terasa hatiku kini dihujani salji setelah berlalunya musim bunga sakura! Caranya menutur namaku terlalu lembut.

Cepat-cepat aku palingkan muka kepada Ashraf. "Ya, apa dia?" aku terkedip-kedip mata ketika memandangnya. Tanpa disedari juga, senyuman telah terukir lebar.

"Ada apa dekat luar? Ada yang menarik ya?" Ashraf turut ikut menjengah kepala, tertinjau memandang luar dinding yang telus.

"Eh! Tak...tak ada apa Ashraf,"'Aku menggeleng-geleng kepala dengan pantas.

Ashraf tersenyum dan mengangguk kepala. "Veevy nak pesan apa?"

Tak perlu berfikir lama, terus saja aku meminta pesanan yang sama seperti Ashraf. Semangkuk macaroni dan segelas air kosong.

"Sama! Saya nak yang sama juga," suaranya tinggi semacam. Bagai menahan perasaan...geram?

Rania Adeeba pantas memberikan jelingan tajam setiap kali mata kami bertembung secara tidak sengaja. Pesaingku itu begitu jelas mempamerkan riak kurang senang. Namun tenungan mata yang tajam berubah redup bila mata itu bertaut dengan Ashraf. Hipokrit! Plastik!

"Veev-" Ashraf memulakan bicara namun ia terhenti tatkala telefonku berbunyi dari dalam tas.

Sekejap aku memandang Ashraf. Sekejap pada tas tangan yang menyimpan telefon. Tidak henti-henti lagi berdering malah bila tidak dijawab, ia berbunyi lagi.

Aduhh! Aku benar-benar tersepit. Tetapi sejujurnya, aku mahu melayan bicara Ashraf. Peluang sebegini sangat berharga dan entah bila lagi masa sebegini akan tiba. Namun, deringan yang masih menghentak-hentak telinga mendesak aku untuk cepat-cepat mengangkatnya.

"Sebentar ya Ashraf."

Dengan anggukan dan senyuman di bibirnya, tanda dia memberi ruang aku angkat panggilan. Tidak mahu membuang masa begitu sahaja, cepat-cepat aku menyeluk tangan ke dalam tas lalu mencapai keluar telefon.

Skrin tertera nama Aunty Suraya. Automatik tanganku menepuk perlahan dahi sendiri. Aku betul-betul terlupa tentang Aunty Suraya. Bila mendapat panggilan Aunty Suraya, serta-merta aku teringatkan Aunty Suraya yang beberapa minit lepas meminta diri untuk ke tandas. Sementara aku pula membeli kek untuk Salina.

Alahai, figura Ashraf benar-benar memberi impak yang sangat besar dalam diriku. Sehingga aku kekal fokus terhadap dirinya saja. Aku cepat-cepat menjawab panggilan Aunty Suraya sebelum ia terpadam.

"Vee di mana sayang? Aunty Su dah selesai," suara Aunty Suraya bertanya keberedaanku.

Aku memusingkan badan, menghadap dinding telus restoran. "Vee masih dekat Secret Recipe. Aunty Su, kita makan dulu sebelum balik okay? Vee nak perkenalkan Aunty Su pada kawan-kawan Veevy."

Dalam hati aku sudah berdoa-doa, agar Aunty Suraya menerima pelawaan aku yang sebenarnya lebih kepada satu arahan.

Aku betul-betul ikhlas mempersuamikan Ashraf sebagai suami. Namun, masih mahu mengekalkan peribadi anggun dan bersahaja kerana aku tidak mahu terlihat seperti perigi mencari timba.

Meski hakikatnya, situasi aku kini boleh diumpamakan lebih daripada sekadar sebuah perigi, sebaliknya seperti kolam renang di banglo daddy yang mencari baldi! Serius dalam peperangan merebut Imam Muda ini, aku tidak akan sesekali mengalah lagi pada pesaingku dan orang itu semestinya, Rania Adeeba.

"Hmm okay! Aunty Su pun dah lapar ni. Sekejap lagi Aunty Su datang," usai memberi salam, Auntu Suraya memutus talian.

Sementara aku di Restoran Secret Recipe, tersenyum-senyum senang hati menghadap dinding telus itu. Gaya seperti lepas dipinang lelaki pujaan hati! Bila ada yang lalu lalang, mereka senyum membalas senyumanku itu. Paling mengejutkan, bila ada seorang lelaki tua dalam umur pertengahan usia mengenyit mata!

Spontan aku bergerak ke belakang, menjauhkan diri dari dinding.Urgh, mahu menggatal pula!

"Kenapa Veevy?" soalan Ashraf yang bertanya prihatin, meniupkan angin pada hatiku yang baru saja mahu membara.

Aku menggeleng kepala, tanda aku tidak apa-apa. Sikap natural Ashraf yang prihatin, membuat aku semakin suka kepadanya.

"Emm Ashraf. Sekejap lagu aunty saya datang Ashraf. Katanya, dia mahu makan di sini juga."

"Oh boleh! Aunty Veevy dah sampai ke? Mana dia?" Ashraf menegakkan badan dan tertinjau-tinjau mata di sekitar ruang dalaman restoran.

Rasanya aku tidak salah tafsir jika aku mengatakan Ashraf teruja untuk berjumpa dengan salah seorang ahli keluargaku, bukan? Ia merupakan satu petanda baik, bukan? Ini bermakna, aku berada di dalam hatinya juga, bukan?

Aduhai, terlalu banyak sekali kemungkinan! Semuanya membuat hatiku bertambah gembira.

"Belum lagi. Dia masih on the way. Tadi Ashraf nak cakap apa ya?" aku membuka cerita, pada perbualan yang tergendala tadi.

Ashraf kelihatan berfikir seketika sebelum dia menarik senyum sekali.

"Beberapa minggu lalu, kenapa Veevy balik dulu tak bagi tahu saya?" suara Ashraf terdengar tenang namun di pihak aku pula, hatiku sudah bergolak dalam debaran.

Sekilas aku melirik pada Rania Adeeba di sisi. Sebabnya adalah Rania Adeeba. Peluang sudah terbentang luas untuk aku dedahkan sikap Rania Adeeba terhadapku selama ini. Aku cuma perlu buka mulut dan bercerita hal yang sebenar-benarnya, tetapi entah mengapa mulutku teeasa berat untuk bersuara mengenainya?

Perasaanku berbolak-balik. Secebis perasaan serba salah turut melekat di tangkai hati, membuatkan aku mengunci mulut. Biarlah hanya antara aku dan Rania Adeeba. Aku tidak mahu memburukkan pesaingku yang juga merupakan sepupu kepada Ashraf sendiri.

"Abang Ashraf, Rania ada bagi tahukan hari itu Veevy perlu pergi lepas dapat panggilan kecemasan," cekap lagi tangkas, Rania Adeeba membuat tindakan bagi menyelamatkan dirinya sendiri.

Tanpa ragu-ragu, Rania Adeeba mencipta penipuan yang akhirnya buat aku serba salah untuk mengakuinya apabila Ashraf tidak memberi respon sebaliknya memandang aku. Seolah Ashraf bertanya akan kesahihan kata-kata Rania Adeeba. Seolah dia mahu dengar alasan itu daripada aku sendiri.

Dapat aku rasakan, pandangan serta tenungan dari sisiku ini. Pasti pesaingku ini mengharapkan aku menyokong kata-katanya. Andai tidak, jatuh reputasinya di hadapan Ashraf detik ini juga!

Tetapi, aku tidak mahu membohongi Ashraf. Aku tidak mahu memusnahkan kepercayaan Ashraf. Bukankah nanti akan mengeruhkan hubungan aku dengan Ashraf? Tetapi itu kalau hal yang sebenar diceritakan kepadanya dan setahu aku hanya Rania Adeeba yang mengetahuinya. Mana mungkin Rania Adeeba akan membuka pekung di dada sendiri. Hmm, selamat mungkin kalau menipu?

"Saya-"

"Assalamualaikum..." salam yang menyapa mengalihkan tumpuan semua.

Ashraf menjadi yang pertama bangun menyambut kedatangan Aunty Suraya. Tatkala pandangan Aunty Suraya jatuh pada wajah putih bersih Ashraf, matanya membuntang sedikit besar, kemudian teralih padaku yang tersipu-sipu bersama senyuman.

"Ini kawan yang Vee maksudkan tadi?" kening Aunty Suraya terangkat sebelah dengan senyum penuh maksud di bibirnya.

Dengan perasaan malu tersipu-sipu, aku menjawab, " Ya, aunty."

Imam Muda Miss DivaWhere stories live. Discover now