Chapter Seven

476 17 0
                                    

Dulang digunakan untuk membawa beberapa biji cawan serta jag diletak atas meja. Tiada langsung bunyi dulang menyentuh permukaan meja terhasil. Begitu  menjaga lagi berwaspada. Tahap kesopanan mencecah ke langit tujuh!

Seterusnya, jag diangkat lalu air dituang masuk ke dalam cawan bercorak bunga-bunga kecil yang vintage. Halus saja air teh mengalir keluar tanpa terpercik walau setitik. Tidak ubah seperti sedang menyertai Pencarian Gadis Melayu Terakhir maka setiap gerak gerinya perlu terlihat anggun dan ayu di mata sang juri. Tetapi ini, pada pandangan bakal suami!

Selesai mengisi penuh air ke dalam cawan, Rania Adeeba mengangkat cawan menghala pada... aku sudah membuka luas kelopak mata, merenung tidak berkedip hala tuju tangan dan cawan menghala...

Ketika cawan berhenti, nafas terasa di hujung jari-jari kaki. Aku mengangkat muka dan...

Ianya buat Ashraf!

Tidak! Air hasil tangan Rania Adeeba tidak boleh memasuki rongga mulut Ashraf walau setitis cuma!

Bagaimana jika air teh dapat memikat rasa Si Imam Muda? Atau entah-entah Rania Adeeba sudah membaca 'jampi' melalui air. Oh tidak! Itu pasti akan menyumbang mata Rania Adeeba sebagai pesaingku dalam peperangan secara senyap dan licik untuk merebut Imam Muda Ashraf.

Dengan senyuman bergula setanding Chupa Chup yang manis, Rania Adeeba menjemput mesra Si Imam Muda minum

Membulat mataku dengan nafas menjadi tidak teratur berhembus keresahan.

Bibir bawah sudah digigit-gigit, berpeluh buntu menjana idea. Menggali idea dari dasar otak, aku perlu menghalang Ashraf.

"Terima kasih," Ashraf mengucap lembut sambil dia mengukir senyum ketika menerima cawan yang dihulurkan kepadanya.

Cawan di tangan Ashraf sudah terletak dalam genggamannya. Dalam beberapa saat saja, Ashraf akan menunggang cawan lalu air teh akan memasuki ke dalam mulutnya. Kemudian, air teh akan mengalir ke seluruh tubuhnya.

Membayang jauh, aku hampir mahu menjerit kerana mahu menghalang tindakan Ashraf. Namun apakan daya, mulutku masih terbisu. Tiada juga sebarang idea bernas terbit lalu aku hanya memandang sayu.

"Nyiauuu..."

Ashraf tersentak. Aku juga terusik mendengar bunyi seperti bunyi kucing itu. Ashraf menjengah ke bawah, pada kakinya. Muncul senyum kecil di bibir merah lembut Ashraf apabila melihat seekor kucing parsi bergesel manja di kakinya. Badan gebu berbulu putih itu melingkar dengan sangat manja mengelilingi kaki Ashraf. Kepalanya turut dilentokkan. Alahai, comelnya!

Kecomelan Si Parsi menambat hati semua di ruang tamu. Termasuk juga Ashraf yang kini sedang meletak kembali cawan. Si Kucing Parsi dibawa ke dalam rangkulannya. Pantas saja Si Parsi mesra dengan meniarap di atas peha Ashraf.

Secara automatiknya mataku terbuka luas! Yes... yes... yes! Hampir terkeluar jeritan gembira melihatkan cawan sudah terletak kembali di atas meja dan dibiar sepi.

Aku menghela nafas kelegaan  tidak terhingga. Detik cemas akhirnya berlalu. Tidak perlu bersusah payah menjana idea, Si Kucing Parsi yang muncul secara tiba-tiba bijak memberi kerjasama!

"Eh Lucia! Adriana lupa kunci sangkarnya ni. Hmm...nak cepat sangat ke tadika pagi tadi sampai terlupa kunci lepas main," Mak Long kelihatan menggeleng lemah kepalanya.

Imam Muda Miss Divaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن