Chapter Four

593 23 7
                                    

Hajatku untuk tidur lebih lama diganggu. Cahaya matahari menerobos masuk melalui langsir yang dibuka. Memaksa aku membuka mata pada kadar segera dan melihat apa yang berlaku.

Salina.

Dia berdiri tercegat di hadapan katilku sambil bercekak pinggang!

Bangun dari perbaringan, aku turun daripada katil lalu berjalan menuju ke meja berdekatan. Gelas kaca yang kosong aku penuhi dengan air putih. Airnya aku tuntun bagi membasahi tekak. Rutinku setiap pagi setelah terjaga daripada tidur. Hmm, sangat segar!

Seusai rutinku itu, aku berjalan menuju ke bilik air. Berdiri di hadapan singki, aku meneruskan rutin mencuci muka dan menggosok gigi.

"Veevy!"

Dinding bilik air daripada kaca telus dengan konsep open style ini, membuatkan aku dapat melihat Salina dari dalam. Masam mukanya seperti asam keping Tesco! Huh, tidak laku pun menjual di sini!

Keluar sahaja dari bilik air, aku menuju ke arah sofa empuk Itali lalu melabuhkan punggung di situ. Kemudian aku memberikan tumpuan pada Salina yang dari tadi membuntuti langkahku.

"Okay Sally. Apa yang you nak sebenarnya?"

Salina mendekatiku lalu turut duduk di sebelah. Mata bundar Salina menjadi dua kali lebih besar dengan bahunya mengasak rapat bahuku. Gaya seorang wartawan gosip yang masih baharu dalam industri kewartawanan!

"Apa agenda Vee sebenarnya? Just tell me the truth!"

Zup! Pertanyaan daripada Salina sangat menyentap dada. Tepat dan tidak berselindung!

"Agenda apa?" Tidak cepat melatah, aku kekal tenang. Lagi pula, tiada ada apa-apa yang perlu dijelaskan pada Salina.

Berdecit Salina sambil bebola matanya dijeling ke atas seakan tidak berpuas hati. Sukar sekali untuk Salina mempercayai kata-kataku. Bagai semuanya tidak kena!

"5 years Vee! Takkan tiada apa-apa pula? Cukuplah berpura-pura depan Sally. Mungkin Vee boleh tipu mereka. I tak percaya you cukup baik untuk tidak berbuat onar!" pedas saja mulut Salina menyindir dan mencemuh. Nampaknya, selagi tidak mendapat apa yang dimahu, Salina tidak akan berdiam diri.

Ketenangan aku akhirnya musnah. Yang kini hanya ada rasa marah yang meluap-luap. Sudahlah muncul dalam bilikku awal pagi dan mengganggu tidurku. Kemudian, mencari pasal pula. Salina perlu diberi pengajaran ala-ala diva!

"Oh, ya Sally? Sebelum you nak tuduh apa-apa, let me remind you. You're talking to Nik Veevy Naddyra! Oh tolonglah, siapa you nak bercakap dengan I kalau tak sebab I kesian saja. Sekarang, I terangkan ya. 5 tahun you tuduh I Salina. Lucky you, I bersabar lagi. Tapi mulai daripada sekarang, I takkan bagi you peluang walau sekali pun!" Aku menarik kuat pergelangan tangan Salina lalu aku baringkan dia atas tilam. Tubuh Salina aku tindih, mukanya aku tekup dengan bantal. Selimut tebal rona lavender aku ikat pada badannya. Tindakanku cekap dan pantas. Gaya mahir sehingga Salina tidak terdaya untuk melawan. Settle!

"Morning...!" aku bernada perlahan seperti menggoda di sebelah Salina. Aura diva dengan aksi ganasku sudah keluar.

"Urhhmm!!!" Salina menjerit dalam gumaman yang dalam kerana mulutnya sudah ditekup bantal.

Satu.

Dua.

Tiga.

Bantal aku angkat daripada muka Salina.

"Argghh! Damn yy...!" Aku pantas menekup muka Salina sekali lagi. Salina menelan kembali kata-katanya. Bukan aku tidak tahu Salina mahu mencarut aku. No second chance!

Imam Muda Miss DivaWhere stories live. Discover now