Chapter Fourteen

356 16 2
                                    

Sebaik sampai di rumah, aku mengatup pintu dan mengunci dari dalam. Gontai saja langkah kaki menapaki tangga-tangga kecil yang memisahkan ruang tidur juga ruang aku bersantai. Menghampiri meja kerja, aku duduk di situ.

Sungguh, emosi telah celaru.

"Ahhhh!" Tubuh aku hempas ke belakang, pada sandar kerusi.

Kenapa... perlu dia muncul sekali lagi? Kenapa... sekarang? Sekarang...setelah aku berniat untuk berubah menjadi lebih baik. Kenapa perlu diungkit silam yang jijik? Kenapa perlu diimbau kenangan yang tak pernah dapat dipadam?
Apakah keampunan yang aku tagih, tidak termakbul? Malah, menjadi semakin murka kepada Allah!

Astagfirullahalazim...

Aku memegang dada yang terasa senak. Hidungku semakin pedih. Bibirku kian kering, terbuka sendiri menyedut udara yang kian berkurang.

Esak mulai mengisi ruang bilik yang tadinya sepi tanpa sebarang bunyi. Aku akhirnya mengalirkan air mata buat kali pertama semenjak berada di Malaysia.

Air mata kerana silam lampau dari Ireland.

Ireland

Siap berpayung dan berjaket tebal membalut sekujur tubuhku. Pintu rumah aku buka. Hujan mencurah bumi. Diiringi deruan angin yang kuat. Macam hendak puting-beliung. Guruh dan kilat turut terpancar di dada langit.

Walau tsunami, putung beliung sekali membadai bumi...kedua kaki aku akan terus melangkah. Walau seribu kali aku tidak pasti, masih... berjuta harapan menggunung tinggi.

Apa cara sekalipun, aku akan teguh pada niatku untuk bertemu dengan dia. Cukup lama mataku tidak melihat raut wajah itu, aku jadi rindu. Aku jadi mabuk hingga hari-hariku jadi tunggang terbalik.

Pada hari ini aku perlu bertemunya. Pada hari ini aku perlu melihatnya. Hari ini...dunia akan menjadi saksi dia milikku.

Dengan berani, aku melangkah keluar.  Memijak jalan yang lencun dibasahi air hujan. Aku mulai mengatur langkah di bawah air hujan yang menitis ke bumi bersama payung sebagai bumbung untuk aku berteduh.

Jam enam petang di Ireland, aku akhirnya berdiri di hadapan sebuah rumah. Berjalan melepasi pintu pagar rumahnya dan menuju ke pintu utama.

"Barkk! Barkk!"

Terkejut disergah, aku pantas berpaling ke kiri. Memandang pada seekor anjing yang turut merenung garang ke arahku. Lehernya berkolar, anjing tuan rumah ini mungkin. Tidak mudah melatah, sebaliknya aku mengeluarkan sesuatu daripada beg.

Melihatkan barang di tanganku itu, anjing tersebut mulai berdiri tegak. Seakan mempersiapkan diri  menyambut balingan yang bakal dibuatku.

Dalam aku mengira, akhirnya aku membaling sejauh yang mungkin. Mujur piring jadi penyelamat. Semenjak diserang seekor anjing ketika aku berada di tahun pertama pengajian, aku sentiasa mengingatkan diri untuk membawa piring kalau mahu keluar. Sudah jadi barang wajib. Macam make up pula.

Kembali fokus dengan tujuan aku ke mari, aku menghadap semula pintu. Jemari runcing milikku menekan satu punat lantas bunyi dentingan loceng bergema  segenap rumah. Entah pada kali ke berapa, pintu rumah akhirnya dibuka.

Mataku bertembung dengan sepasang mata berwarna hijau muda.

Senyum aku ukir buat tatapannya.

"Hye. I'm looking for Scarlet Bernard. Is she live in here? Her friend, gave me this address. I've been ask to come over."

Cuba untuk terlihat mesra di hadapan lelaki ini. Nanti tidak pasal pula aku dilabel 'pervert'. Puih!

"Yes. She lives here. But she's not around at the moment."

Imam Muda Miss DivaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz