Satu lagi fakta fasal Amirul ialah aku sering panggil dia budak topi. Yalah, budak tak makan saman ni selalu kena bebel dengan guru disiplin yang dilarang pakai topi. Tapi, biasa pekak telinga je.

"Hish, sudahlah! Sekarang aku nak masuk kelas. Dah pukul berapa dah ni. Habis rosak reputasi aku kalau lambat masuk kelas. Disebabkan kau pula tu, oh please." Mulutku masih terkumat-kamit tanpa suara. Sambil itu aku berdiri dari tempat duduk itu.

"Tahulah dia tu Sains 1. Aku ni Sains 2. Yalah, yalah. Dia je pandai," ceh! Acah-acah touching pula budak tak cukup umur ni. Well, nak buat macam mana. Aku dengan dia, aku lahir dua bulan lebih cepat.

"Benda yang cikgu ajar sama je kut. Mengada kau sekarang kan?" Aku menarik muka.

"Dahlah. Balik sekolah, jumpa aku dulu." Aku terus berganjak pergi dari hadapan Amirul. Malas benar aku dengan pak cik, mak cik pengawas ni. Menghalau aje mereka tahu.

"Aina! Oii Cik Aina Amirah?" Suzy menepuk-nepuk meja kerjaku. Haish, ni mesti aku berangan lagi. Tapi, kenapa sekarang penuh bab dia ya? Penat juga bercakap sensorang ni.

"Ada apa Cik Suzy? Ada yang boleh saya bantu? Tak payah nak bercik-cik sangatlah dengan aku. Meluat aku dengar," aku memandang Suzy seketika lalu memerhati kertas kerja yang berselerak di atas meja.

Baru aku teringat yang aku dari bilik bos dan dapat project baru lagi. Sedar tak sedar dah sampai Paris aku pergi. Coy! Dalam negara lagi okey.

"Dah berkali-kali aku panggil nama kau tak berjawab. Nasib baik aku tak panggil dengan nama bapa sekali. Kau ni pun satu suka sangat mengelamun. Kau kenapa ni? Ada masalah ke? Cerita ah,"

"Tak ada apa-apalah. Aku cuma teringat cerita-cerita dulu," aku menopang dagu. Cett! Gaya macam dilema sunguh. Macam berat sangat kisah dulu tu.

"Cerita dulu? Apakah? Kau teringat seseorang ya? Betul tak? Kekasih lama ya?" Suzy tersengih memandang aku. Haish, minah celup ni ikut sedap mulut dia aje.

"Amboi, sedap sungguh Cik Suzy kita ni bergurau senda. Tak taulah pula pandai berjenaka. Serius saya tak sangka," aku tersenyum seusai itu. Haa makan dah macam pantun.

"Alah, tahulah Melayu dia power. Nak lawan aku pula. Dah ah, sanalah. Kacau je," eh? Dia datang tempat aku ke aku yang datang sekarang?

"Eleh, dah kalah mengata orang pula. Pigi dah!" Balasku lagi.

Pejabat tiba-tiba saja riuh. Entah apa yang diriuhkan, tak nak pula aku nak menyertai. Rasa mengantuk pula. Menyesal aku layan tonton.com layan drama Melayu. Habis mengantuk hari ni.

Oh Haikal dah sampai rupanya. Patutlah riuh semacam. "Hoi hoi! Apa bising-bising ni?" Aku segera menerjah masuk ke dalam kumpulan dengan bersempit-sempit. Ah lantak siapa jatuh, janji aku dapat masuk.

Sekarang, semua mata memandang aku. Alahai, rasa menyesal pula masuk tanpa bagi salam. Malu la, tiba-tiba senyap masa aku masuk. Aku berdeham kecil. Lalu, aku lihat banyak piza di atas meja. Wah, siapa hari jadi ni?

"Wah, banyaknya! Hari jadi siapa ni? Banyaknya piza!" Ujarku teruja. Bukan apa, Pizza Hut ni. Bukan selalu aku boleh makan Pizza Hut percuma macam ni. Sudahlah mahal, aku lebih rela beli Domino's je.

"Mana ada orang hari jadi. Encik Haikal belanja la." Haliza menyambut soalan aku. Aku memandang Haikal. Dia hanya tersengih-sengih membalas pandang. Eh, buang tabiat ke dia ni? Tiba-tiba aje baik hati nak belanja. Aku hanya mengangguk-angguk faham. Nak tanya lebih karang, tak dapat aku nanti piza ni.

"Eh, tunggu apa lagi? Ambil la seorang satu kotak dengan air ni," Aku melopong. Satu kotak?! Fuyo, kaya bos aku ni. Mereka pun segera mengambil piza yang digemari. Aku pun tidak terkecuali. Tak perlu berebut-rebut sebab Haikal beli memang lebih dari cukup.

Semua sudah kembali ke meja masing-masing. Namun, hanya aku dan Suzy masih setia berada di meja itu. Tempat Haikal letakkan piza di atas meja agak jauh dari meja pekerja lain.

"Huish, baik pula kau hari ni. Dapat awek baru ke?"

Suzy menganggukkan kepala menyetujui kata-kataku. Aku masih membelek kotak piza di hadapan mata yang masih panas. Terliur juga aku di sini. Air yang berada di kanan, sesekali aku ambil dan menyedutnya perlahan. Nikmat minum air sejuk kala panas menguasai bumi Malaysia ni.

Aku masih mengemas buku di bilik SPBT ini. Berhabuk, tidak teratur dan bermacam-macam lagi yang boleh aku daftarkan. Maklumlah, bilik ni guna dua kali setahun saja. Awal tahun dan akhir tahun, itu pun hanya sebentar kerana nak beri dan pulang buku. Lain hari, memang sunyi sepi bilik stor ni.

Terloncat-loncat aku untuk meletakkan buku Prinsip Perakaunan di aras rak yang paling atas. Ah, sudahlah buku ini tebal. Karang aku terlanggar rak ni sampai jatuh menyembah bumi, jadi lempeng juga aku. Aku mencari sosok manusia yang agak tinggi dari aku.

Arisya? Alah, dia dengan aku sama aje. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Aku memandang di sudut bilik pula. Hakim! Aku segera menghayun langkah mendekati Hakim yang sibuk menyusun buku-buku kecil.

"Hakim, tolong aku letak buku ni atas rak tu. Aku tak sampailah," aku menghulur buku Prinsip Perakaunan tadi kepada Hakim. Dia memandang aku hambar. Tidak tahu untuk mentafsirkan wajah apa dia sekarang buat.

"Kalau aku tak nak macam mana?" Aku mendengus geram. Orang minta tolong baik-baik, dia macam ni pula.

"Tak nak tolong sudah, aku cari orang lain." Aku segera melangkah pergi dari tempat Hakim. Ceh, ingat dia seorang yang ada dekat sini? Ingat aku kempunan sangat dengan pertolongan dia tu?

"Aina! Eh, aku gurau aje la. Itu pun nak merajuk. Mari sini buku tu. Aku letakkan." Hakim yang berada di sebelah aku merampas buku itu daripada pegangan aku. Aku hanya menguntum senyuman. Ingat tak nak tolong tadi.

Hakim pun pergi ke arah rak yang aku suruh. Tiba-tiba ada orang menepuk bahu Hakim kuat. Aduh, sakit tu. Walau aku tak rasa, aku ada di sebelah dia pun dah tahu sakit. Aku memanjangkan leher melihat siapa gerangan yang mengganggu Hakim membuat kerja.

"Meh sini buku tu. Kau buat kerja kau balik." Sekarang buku Prinsip Perakaunan sudah bertukar tangan. Kini, berada di tangan Amirul. Budak ni, di mana aku ada mesti dia ada. Oh lupa. Dia pun ahli SPBT juga.

Setelah buku itu terletak elok di atas rak, Amirul memandang aku. "Nak minta tolong panggil aje aku. Aku bukan sibuk mana pun."

Amirul meninggalkan aku lalu pergi ke satu sudut yang memang sudah ramai ahli SPBT berkumpul. Eh, kenapa pula ni? Cikgu dah beri gajikah?

Omg, piza la! Dah lama aku tak telan makanan orang kaya ni. "Cikgu belanja makan piza! Hm sedapnya!" Teriakku teruja. Aku segera mencapai piza yang sudah beberapa orang mengambilnya.

Tapi tangan aku pula ditampar dengan buku. Memang tak ada benda lain ke? Buku juga nak pakai. Aku memandang Amirul. Sibuk la dia ni.

"Basuh tangan dulu. Ingat tangan kau bersih sangat la? Dah jom ikut aku. Arisya ikut aku juga cepat!" Amirul memberi arahan. Tak sudah-sudah dia ni. Berangan nak jadi tentera.

Akhirnya aku ikut saja kata Amirul. Arisya pun hanya mengikut tapi diselang-seli dengan kutukan. Aku hanya mengekek ketawa mendengar omelan Arisya tentang Amirul.

Piza, mu tunggu aku datang!

*****

Edit balik >.< terima kasih kerana membaca.


Kerana kauWhere stories live. Discover now