Part 29

14.9K 1.3K 58
                                    

"Huhh Huhh! panas! Panas!" Jerit Taehyung sambil menari narik bajunya

Nara mula panik. Cepat-ii dia meletakkan cawan kosong itu di atas meja dan berlari semula ke arah Taehyung

"Tolongggg! Panas wehh" Jerit Taehyung lagi

Nara mengetap bibir. Macam mana ni? Apa aku nak buat?

"Awak boleh termenung je? Tolonglah saya ni"

Nara mengangguk. Tangannya mula menggosok gosok dada Taehyung, "Mianhae saya tak sengaja. Lagipon awak kan namja. Kenalah kuat"

"Masalahnya kopi tu panas sangat. Mana boleh tahan" Kata Taehyung

"A..Abis tu? Saya nak buat apa ni?" Tanya Nara

Taehyung mengerutkan dahi menahan kepedihan. Kemudian, dia menarik tangan Nara dan terus mambawanya masuk ke dalam bilik air

"Yah! Kenapa bawak saya sekali?" Tanya Nara

Taehyung tidak berkata apa-ii. Cepat-ii dia mengunci pintu bilik air itu

"Sekarang ni, awak kena tolong saya"

Nara berpeluk tubuh. Dahlah suka hati dia je nak tarik aku masuk dalam bilik air ni, "Tolong apa?"

Taehyung membuka paip air dan terus menyapu(?) air di dadanya

"Gwenchana?" Tanya Nara. Dia semakin risau melihat keadaan Taehyung

"Jangan risau. Saya okay"

"Baguslah. Awak nak saya tolong apa tadi?"

Taehyung tersenyum sinis. Perlahan lahan dia menanggalkan butang bajunya

"H..Heyy. A..Apa awak buat? Butang balik baju tu" Tanya Nara. Cepat-ii dia memejamkan matanya

Taehyung ketawa kecil. Satu persatu butang baju itu ditanggalkan dan akhirnya dia menghulurkan baju itu pada Nara

"Nah"

"Apa tu?" Soal Nara

"Bukaklah mata tu. Macam mana nak nampak"

Dengan perlahan Nara membuka semula matanya. O.M.G

"A..Awak nak saya buat apa ngan baju ni?" Tanya Nara. Merona panas wajahnya ketika ini tatkala melihat Taehyung yang tidak berbaju itu

"Nak suruh awak basuhlah. Takkan buat kain buruk pulak"

Nara merengus geram. Pantas dia mengambil baju itu dari tangan Taehyung

"N..Nae. Sa..Saya keluar dulu. Nanti saya basuh baju awak"

Belum sempat Nara melangkah keluar dari bilik air, Taehyung menutup semula pintu itu

"Awak nak apa lagi?" Tanya Nara. Makin merah pipinya sebaik sahaja Taehyung mendekatkan bibir pada telinganya

"Baju tu mahal, sayang. Kalo awak tak basuh sekarang, takut rosak pulak baju tu nanti"

Terkebil kebil mata Nara selepas mendengar kata-ii Taehyung. Dia pentingkan baju dia je? Aku yang tengah penat ni dia tak pikir ke? Dahlah cupcake aku musnah disebabkan dia!

"Awak dengar tak ni?" Tanya Taehyung

"Dengar.."

"Dah. Pegi cuci baju ni cepat. Ingat. Jangan suruh maid. Saya nak awak sendiri yang basuh"

Nara membuat muka. Tara guna punya suami. Dia buat aku ni macam maid dia

"Yelah. Saya basuh sekarang. Tepu. Saya nak keluar" Kata Nara

Dia sempat melihat kesan merah di dada Taehyung sebelum melangkah keluar dari bilik air itu. Uish. Mesti perit

*****

"Pedih lagi ke?" Soal Nara sebaik sahaja Taehyung keluar dari bilik air

Taehyung menggeleng. Perlahan lahan dia mengusap dadanya, "Dah kurang sikit"

Nara merenung wajah Taehyung.Tiba-ii saja timbul perasaan simpati dalam dirinya, "Sorryla pasal tadi. Saya betul-ii tak sengaja. Sapa suruh awak berdiri belakang saya"

Taehyung tersenyum, "Takpelah. Nasib baik satu cawan je. Kalo satu jug tadi? Boleh mati tau tak"

Nara ketawa kecil

"Baju tadi awak dah siap basuh belum?"

Senyuman Nara terus mati. Dia ni tak habis-ii pasal baju. Penting sangat ke baju tu? Aishh

"Dah" Jawab Nara selamba

"Wahh..Cepatnya"

"Biasalah. Saya ni kan 'maid'. Kenalah buat keje dengan pantas. Kalo tak, mesti orang tu marah" Perli Nara

Taehyung tersengih, "Ala. Saya saja je suruh awak basuh tadi. Jangan marah ea cayang"

Nara hanya buat bodoh

"Sayang. Janganlah macam ni. Please. Say something" Rayu Taehyung

Nara hanya buat muka --..--

"Janganlah diam je. Cakap sesuatu. Takkan dah bisu?"

Dia ni makin gila je aku tengok

"Awak nak apa?"

Taehyung tersenyum lebar, "Lega hati saya bila dengar suara awak. Merdu je saya dengar"

Nara menahan tawa, "Pffttt. Boleh tak jangan merepek? Nak tergelak je saya dengar"

Taehyung terdiam. Wajahnya tiba-ii sahaja berubah menjadi serius

"Kenapa awak serius semacam? Seram pulak saya tengok" Kata Nara

"Saya nak tanya awak sesuatu"

Nara menelan air liur. Dia ni dah kenapa?, "Tanyalah"

Taehyung menarik nafas panjang. Perlahan lahan dia mendekatkan wajahnya pada wajah Nara

Nara hanya kaku di situ. Jantungnya macam nak tercabut apabila bibir Taehyung memagut lembut bibirnya. Lama

Nara tidak menolak. Dia hanya membiarkan sahaja semua itu berlaku xD

Perlahan lahan Taehyung melepaskan ciuman itu

"Uhm..tadi awak nak tanya sesuatu kan? Apa dia?" Tanya Nara sambil menundukkan wajah. Malu wehh nak tenung muka mamat ni. Dahlah tetiba je dia kiss aku

Taehyung mencapai dagu Nara, "Sebenarnya.."

Nara mengangguk. Beria ria dia nak tahu apa yang Taehyung nak tanyakan

"Sebenarnya..takde apa pon saya nak tanya kat awak. Saya saja je tadi. Hahaha" Kata Taehyung sambil mencuit hidung Nara

Kemudian, dia terus berlari keluar dari biliknya, meninggalkan Nara keseorangan di situ

Nara ternganga. Seakan akan tidak percaya dengan apa yang didengarnya tadi

"Kurang asam punya suami. Nak je aku simbah balik air kopi kat muka dia" Bisiknya

Tiba-ii dia teringat pasal ciuman tadi, membuatkan dia tersenyum sorang-ii macam orang gila

Degupan jantungnya masih lagi laju. Dia menarik nafas sedalam dalamnya sambil mengusap dadanya

"Perasaan apakah ini?"

Nara tersenyum lebar. Dia menyentuh bibirnya pula

'Aku tak pernah rasa seronok macam ni sebelum ni'

»TBC«

-----------------------------------------------------

Sorry kalo merapu. Hehe. Thanks for reading. Jngn lupa vote [/] tau

[C] My Secret Wife + TaehyungWhere stories live. Discover now