Part 5

21.6K 1.8K 100
                                    

"BUKA tingkap."

Nara meluru ke arah tingkap bilik. Sempat dia meninjau ke bawah sebelum dia membuka tingkap itu. Mata bulatnya membuntang. Apa yang dia lihat sekarang ni buatkan dia terasa macam nak paling pasu bunga kat lelaki tu. Sumpah geram!

"Jungkook!!"

Jungkook tersengih sambil melambai tangan ke arah Nara. Nara melihat skrin henfon semula. Nombor baru dia ke?

"Woi biskut! Kau takde kerja lain ke? Buat orang cuak je lah." jerit Nara dari tingkap bilik.

"Aigoo. Tak payahlah marah. Aku bergurau je. Saja nak takutkan kau."

Nara menggulingkan biji kata. Bergurau? Tak kena masa betul. Malam-ii macam ni siapa yang tak takut bila dapat panggilan macam tu? "Kau buat apa datang rumah aku ni?"

"Aku nak ajak kau keluar."

Ha? Gila ke apa nak ajak orang keluar malam-ii macam ni "Hari dah malam lah sengal."

"Awal lagi kot. Baru pukul 8. Jomlah. Aku bosan duduk rumah sorang-ii." ajak Jungkook sekali lagi.

Nara berfikir sejenak. Hmm.. Kesian pulak kalau tak teman kawan baiknya yang seorang ni. Nanti merajuk siapa nak pujuk? "Yelah. Tunggu jap! Aku tukar baju dulu."

Seketika berlalu, Nara turun lalu membuka pintu rumahnya. Jaket yang tersarung di tubuh kecilnya dibetulkan sedikit sebelum dia menepuk bahu Jungkook. "Jom! Kita nak ke mana ni?"

"Wow. Cepatnya."

"Yelah. Buat apa nak lama-ii. Aku ni simple je. Tak payah nak make up bagai. Wasting my time lah weh"

Jungkook ketawa kecil. "Fuhh. Speaking"

"Well.. Kau ingat aku ni bodoh sangat ke? Tak reti nak cakap omputeh?" Kata Nara. Bahu Jungkook ditumbuknya pula.

"Tumbuk macam nak bunuh orang. Dahlah. Jom."

Jungkook memgusap bahunya sebelum dia membuka pintu kereta untuk Nara.

----------

"PEHAL kau bawak aku kat tepi sungai ni?" Soal Nara sambil menikmati pemandangan sungai pada waktu malam. Sangat cantik.

"Saja nak ajak kau borak kat tempat ni. Cantik kan?"

Nara mengangguk. Dia setuju dengan apa yang Jungkook katakan. Memang cantik view kat sini. Tenang je. Lag-ii tak banyak sangat orang kat sini.

"Kau cakap yang kau sorang je kat rumah kan? Mana parents kau?" soal Nara sambil turut melabuhkan punggung dia atas rumput.

Jungkook toleh pandang Nara di sebelah. "Diorang ke Jepun untuk beberapa hari. Abang aku pulak, sejak dia mula uruskan syarikat appa, busy je sepanjang masa."

"Kau ada abang?"

Jungkook mengangguk.

Selama tiga tahun dia berkawan dengan Jungkook, tak pernah pon dia tahu Jungkook ada abang. "Asal kau tak pernah bagitahu aku pon?"

"Tak penting pon untuk kau tahu."

"Mesti abang kau hensem kan?" gurau Nara.

Jungkook mencebik. Apahal lah semua orang suka nak puji abang dia? Apa dia ni tak cukup hensem ke? Lagi-ii di mata Nara? "Bagi kau aku ni tak hensem ke?"

"Kau? Hmm..." Nara tilik muka Jungkook dekat-ii.

Jungkook pula cuma diam memerhati. Langsung tak berganjak walaupun Nara semakin mendekat. Detak jantungnya tiba-ii laju. Perlahan, anak matanya jatuh pada bibir gadis itu. Dalam diam dia tersenyum kecil. Aish.. Nara ni sedar tak apa yang dia tengah buat sekarang ni?

[C] My Secret Wife + TaehyungWhere stories live. Discover now