Part 1

45.4K 2.8K 217
                                    

"ENCIK Taehyung, tinggal lagi sorang je calon kat luar. Encik nak saya panggilkan ke budak tu?"

Taehyung jongket kening. Mata mengerling tajam ke arah staff di hadapannya itu sebelum dia mencampak fail-ii di atas meja kerjanya itu ke tepi. "Tak payah. Suruh je dia balik. Aku dah penat nak interview orang."

"Tapi Encik, dah lama dia tunggu kat situ. Dari pagi tadi. Kesian pulak saya tengok dia." Kata staff itu sambil menundukkan kepala. Tak berani nak bertentang mata dengan majikannya itu.

Taehyung cuma diam. Bukan tak nak teruskan temuduga ni lagi. Dia dah bosan. Seorang pon dia tak kenan. Ingat senang nak cari calon yang betul-ii layak untuk dijadikan secretary baru dia?

"Aku bukannya nak cari calon isteri pon. Aku cuma nak cari P.A baru. Esok-ii kan boleh."

"Ba..baiklah Encik. Saya minta maaf. Saya suruh dia balik sekarang."

Taehyung angguk. Fail yang dicampaknya tadi diambil semula. Lalu, dia membelek fail terakhir itu sekilas. "Kejap."

"Ya. Ada apa-ii lagi ke, encik?"

Taehyung terdiam seketika. Tangan mula mengusap dagu. Kepala cuba memikirkan sesuatu sambil matanya merenung resume di meja itu. Seketika berlalu, bibirnya menyenget sinis. "Suruh dia masuk bilik ni sekarang."

---------

MANAKALA di luar bilik Taehyung, seorang gadis masih setia menunggu namanya dipanggil temuduga. Nara. Seorang pelajar sekolah dari Kirin Art High School.

Ya. Nara masih lagi belajar di sekolah tapi ibunya yang memaksa dia untuk datang interview kerja kat sini. Katanya ni syarikat kawan appa. Pftt~ apa kene mengenanya dengan dia?

"Kalaulah omma tak paksa aku pergi sini, dah lama aku membongkang kat rumah. Daripada aku tunggu sini sorang-ii macam orang bodoh" bisik hati Nara.

Sudah hampir tiga jam Nara menunggu gilirannya untuk masuk ke dalam tapi takde seorang pon yang memanggilnya. Dah penat sangat menunggu, akhirnya dia bangun dan mula melangkah untuk pergi dari situ.

"Cik Nara!"

Nara berpaling semula. Dahi berkerut kerut sebaik sahaja melihat seorang perempuan sedang menghampirinya bersama senyuman kecil. Oh! Kalau dia panggil aku semata mata nak halau aku keluar dari sini,  tak payah nak bazir-ii air liuq dah. Dengan senang hatinya aku melangkah keluar dari bangunan ni. Tak menyesal pon. Lagi bagus sebab tak payah nak risau pasal temuduga tu. Pikir aku nak sangat ke kerja kat sini?

"Ehem! Ya?" Nara tayang muka selamba. Baru je dia nak seronok balik ke rumah tadi. Tak payahlah dia hadap muka boss yang entah macam mana rupanya tu. Entah-ii dah tua bangka kot.

"Cik Nara nak ke mana?"

"Nak balik. Dah naik kebas punggung aku duduk lama-ii kat sini."

"Tapi.. Encik Taehyung panggil awak masuk."

"Ha?"

"Encik Taehyung.. panggil awak masuk bilik dia sekarang."

"Ouh. Takpelah. Aku dah takde rasa nak pergi temuduga tu lagi." Nara berpura pura senyum. Kaki mula melangkah untuk pergi. Namun, belum sempat dia meninggalkan ruang itu, tangannya ditarik semula.

"Encik Taehyung nak sangat berjumpa dengan Cik Nara tu. Pergilah."

"Ha? Kenapa pulak—"

"Pergi jelah. Dia tak makan orang pon. Mana tahu Cik Nara berpeluang dapat kerja tu nanti ke. Memandangkan Cik Nara calon terakhir untuk hari ni."

"Ishh!" Nara menarik tangannya semula. Mata tajam menjeling gadis di sebelahnya itu. Aish.. Orang lagi nak lari daripada lulus temuduga ni. Kalau betul-ii dapat nanti macam mana? Aduh! Serabutlah macam ni.

----------

"PARK NARA.."

Nara menggaru garu kepala. Mata tepat memandang ke arah Taehyung yang sedang duduk membelakanginya.

"Asal kau tak balik je?" soal Taehyung sinis.

Tercengang Nara dengan soalan lelaki itu tadi. Eee.. Berlagak betul! Tak sudi ke nak pandang muka aku ni?

"Memang saya nak balik pon tadi. Dah Encik yang suruh saya masuk sini. Orang dah panggil, takkan nak balik pulak kan?" Nara membalas dengan lembut. Sekarang ni dia boleh bersabar lagi tau. Kalau tak, eeii.. Dah lama penumbuk dia ni sampai kat muka lelaki tu.

"Kau betul-ii ikhlas ke nak kerja kat sini? Atau ada sebab lain?" soal Taehyung sinis. Sekadar inginkan kepastian kot-ii lah Nara ni ada niat lain ke. Perempuan sekarang kan suka ambil kesempatan. Mana boleh nampak lelaki kacak macam dia ni. Lag-ii dia anak CEO syarikat. Mestilah banyak perempuan tergila gilakan dia. Siapa yang tak kenal KIM TAEHYUNG.

"Uish kau ni mulut boleh tahan jugak kan. Sebelum tu aku nak tanya. Kau ni.. memang takde adab ye bila bercakap dengan orang? Aku kat depan sini. Yang kau pergi tenung dinding tu pehal?"

Lidah Taehyung terkelu sebentar. Terkejut dengan perilaku gadis itu terhadapnya. Tak pernah seorang pon yang berani cakap macam tu dengan dia sebelum ni. Perlahan lahan dia memusingkan kerusi. Menghadap Nara yang masih tercegat di depan meja kerjanya itu. Mata menilik batang tubuh Nara bersama senyuman sinis.

"Asal pandang aku macam tu?" Meremang bulu tengkuk Nara apabila melihat Taehyung yang seperti mahu memakannya hidup-ii. Muka boleh tahan hensem. Tapi perangai cam hawau.

"Hm.. Boleh tahan jugak perangai kau ni kan." Taehyung mengusap dagu sambil menyandarkan tubuh ke kerusi. Mata tidak lepas merenung gadis itu. As expected. Sama macam dalam gambar resume. Tapi Nara kelihatan lebih cantik bila tengok depan mata macam ni.

"Kau tahu tak dengan siapa yang kau tengah cakap sekarang ni?" Kening Taehyung naik sebelah.

"Tahu. Dengan monyet" balas Nara selamba.

Gelak halus terpantul dari mulut Taehyung.

Aikk? Aku panggil dia monyet pon dia boleh gelak je? Dia ni takde perasaan ke?

"Kau tak marah ke aku panggil kau monyet? Kau ni pelik bin babun lah"

Lambat-ii Taehyung menggeleng. Senyuman kecil mula terhias di bibir. Taehyung bangkit dari kerusi dan terus mendekati Nara. Kepalanya ditunduk menyamai paras muka gadis di hadapannya itu.

"Tak" Jawab Taehyung sepatah.

"Ke..kenapa pulak?" Nara telan liur.

Taehyung mara setapak ke hadapan. Buatkan secara automatik kaki Nara mengundur ke belakang. Gadis itu tetap menayangkan muka selambanya. Padahal jantung dah macam nak terkeluar dah ni. Tulah.. Tadi berlagak berani sangat. Bila dah ada dalam situasi bahaya macam ni, nak angkat penumbuk pon dah tak berani dah.

"Sebab kau lain daripada yang lain." Taehyung tersenyum nakal. Kedua dua tangannya berjaya mengunci tubuh Nara di dinding.

Tbc

----------------------------------------------

Hye guys. So..mcam mane part 1? Ok tak? Hehe. Hope korg enjoy. Jangan lupe utk VOTE AND COMMENT ^^

[C] My Secret Wife + TaehyungWhere stories live. Discover now