Part 7

18.8K 1.7K 102
                                    

Taehyung berjalan semula ke arah mejanya dan terus melabuhkan punggung di atas kerusi. "Kau."

Nara mengangkat kepala. Dia yang masih lagi terduduk di atas sofa terus memangdang tepat ke arah Taehyung.

"Meh sini." arah Taehyung. Jari telunjuk digerakkan. Memberi isyarat supaya Nara datang dekat ke arahnya.

Perlahan lahan Nara bangun dari sofa dan terus mendekati meja Taehyung. "Ada apa?"

"Nak mintak tolong sikit."

"Tolong apa?" tanya Nara.

"Buatkan aku air. Tiba-ii rasa haus pulak" Taehyung tayang senyum sebelum dia menyelak fail di atas meja.

Nara kerut dahi. "Mwo?"

"Aku.. suruh kau buatkan aku air."

Nara jongket kening. Wahh. Pikir aku ni maid dia ke?

"Kau dengar tak ni?"

Nara berpura pura senyum. "De..dengar bos!"

"Dah tu? Tunggu apa lagi? Pegi buat cepat."

Nara mengepal tangan. Huff! Geramnya. Memang namateyy mamat ni. Takpe. Nasib baik kau bos. Kalau tak dah lama kena makan penumbuk.

*****

10 minit kemudian

"Nah. Kopi boleh kan?" soal Nara. Secawan kopi diletakkan di atas meja Taehyung.

"Kopi? Aku tak minum kopi."

"Serius? Kenapa tak bagitahu awal-ii dengan aku yang encik tak minum kopi?"

"Lupa." jawab Taehyung spontan.

"Habis tu? Aku kena buat yang baru lah ni?"

"Kau rasa?"

Nara ketap bibir. Kemudian, perlahan lahan dia melepaskan keluhan. Ya ampun kenapalah dia dapat bos cerewet macam ni. "Fine. Aku buat yang lain."

"Takpelah."

Belum sempat Nara melangkah, Taehyung mencapai tangannya. Kopi di atas meja kemudian diambil Taehyung. Ugh.. Bau aroma kopi itu aje dah buatkan dia rasa nak muntah. "Disebabkan kau dah bersusah payah buatkan, aku minum."

"Ha? Tapi—

"Kau nak aku ulang berapa banyak kali?"

"Kata tak boleh telan kopi?"

"Takpe, sayang. Demi mu, aku sanggup je telan walaupun tak suka."

Nara buat muka menyampah. "Eee.. Jangan nak bersayang sayang dengan aku ea! Aku simbah kopi ni kat muka kau karang baru tau."

"Suka hati akulah nak panggil kau apa pon. Anje ke, dinda ke.." Taehyung senyum senget. "Atau baby ke.."

Nara ketap bibir. Eee. Makin dilayan makin sakit pulak hati ni.

"Hawau betullah mamat ni." bisik Nara.

Taehyung meletakkan semula kopinya di atas meja. "Apa kau panggil aku tadi."

"Hm? Ehee.. Takde apa-ii. Aku.. ni ha.. Takut air kopi yang aku buat tadi tawau rasanya. Okey tak?"

Taehyung pandang kopi di atas meja. Kemudian, dia pandang Nara semula. "Ouh.. Ok je aku rasa. Even kalau kau letak garam sekilo dalam kopi ni pon, aku tetap minum. Janji kau yang buat."

Nara buat muka. Gila ke apa dia ni? Dah macam orang angau pon ada.

"Dah. Kau boleh keluar dari bilik ni. Meja kau kat luar bilik aku ni je."

"Huh? Maksud encik, depan sana tu?" Nara menunding jari ke luar tingkap bilik Taehyung. Kebetulan tirai langsir tu terbuka luas. Boleh nampak lah meja kat luar tu.

Ok. Jangan cakap tu meja aku.

"Kenapa? Kau tak suka?."

"Bukan tak suka. Tapi perlu ke aku duduk kat tepi tingkap bilik encik?"

Taehyung senyum sinis. "Of course. Senang aku nak tengok kau kat luar tu hari-ii. View pon cantik. Setiap masa aku boleh pandang muka kau."

"Setan betul." gumam Nara. Memang sengaja betul mamat ni kan!

"And lagi satu, bila aku panggil kau, cepat-ii kau datang bilik ni. Tak boleh lambat walaupun sesaat. Arasseo?" Taehyung jongket kening. Melihat muka tak puas hati Nara buatkan hati kecilnya tertawa.

"Hm.." Balas Nara ringkas. Dalam hati memang dah meyumpah nyumpah kat mamat ni.

"Uhm..Kalau takde apa-ii, aku keluar dulu eh. Chaw!" pamit Nara sebelum berjalan ke arah pintu.

Taehyung menggeleng kepala. Bibirnya tanpa sedar tersenyum kecil.

"Aish.. Nara..Nara..kau betul-ii dah curi hati aku"

****

"KAU pasti ke dia muat baju ni?" Soal Taehyung pada staffnya.

"Saya pasti Encik. Masa saya beli tadi, saya dah try dulu. Badan dia lebih kurang je dengan saya. Mesti dia muat punya." Kata staff itu sambil meletakkan beg kertas di atas meja Taehyung.

Taehyung mengangguk. Pandangannya kembali pada Nara semula. Kelihatan gadis itu juga sedang memandang ke arahnya. Dia menghadiahkan senyuman. Sempat jugak kenyit mata sebelum gadis itu cepat-ii berpaling.

"Takpelah. Tolong panggilkan Nara untuk aku. Suruh dia masuk bilik ni sekarang"

"Baiklah, encik."

*****

Tok.. Tok.. Tok

"Masuk."

"Encik panggil aku ke? Ada apa?" soal Nara sebaik sahaja dia menapak masuk ke dalam bilik Taehyung.

Taehyung memusingkan kerusi menghadap Nara. Macam biasa, kalau dia buat isyarat menggunakan jari, Nara kena datang dekat dengan dia. "Come."

Nara mengeluh panjang.

"Nah." Beg kertas di atas meja ditolak ke arah gadis itu.

"Natang apa ni?" Nara menjongket kening.

"Bukaklah tengok."

Nara melihat isi di dalam beg kertas itu. Nampak macam baju. Asal tetiba baik hati nak bagi orang baju ni?

"Aku nak kau tukar pakaian kau sekarang. Pakai baju yang aku bagi tu."

"Huh? Asal aku nak kena tukar pulak?" Soal Nara tak puas hati.

"Sebab pakaian kau selekeh. Tak kena dengan kerja kau sekarang. Lagipon, aku nak kenalkan kau dengan sesorang lepas ni."

Nara mencebik sambil mengeluarkan isi dari dalam beg itu.

Pap!

Beg kertas yang dipegang Nara terlepas dari tangan. Terkejut melihat pakaian yang dipegangnya itu. Kemeja biru dan skirt paras peha berwarna hitam bersama heels 3 inci.

Wow.

Kenapa dia mesti dipaksa pakai pakaian macam ni? This is not her style lah. Apa kena dengan mamat ni?

"Ehem. Tunggu apa lagi? Cepatlah. Kita dah takde masa ni." Taehyung melihat jam di tangan. Pandangan beralih pada Nara semula.

"Ish! Kat mana aku nak tukar?!"

"Office ni besar, sayang. Kat mana-ii pon kau boleh tukar. Dalam tandas luar tu ke.. atau kat depan aku ni pon boleh kalau kau nak." Taehyung tersenyum miang.

"Hmph! Tak hingin aku. Dasar lelaki miang!" kata Nara dengan perlahan tapi masih boleh didengar oleh Taehyung.

Taehyung tergelak kecil sambil menyilangkan tangannya ke dada. "Cepatlah tukar. Atau kau nak aku tolong?"

"Tak payah! Aku boleh tukar sendiri!"

Nara mendengus kasar.

Taehyung hanya mempamerkan senyuman sinis. Tak sabar nak tengok penampilan baru Nara nanti. Mesti cun!

tbc

*****

Hambar gila part ni. Btw jangan lupa Vote n komen sekali.

[C] My Secret Wife + TaehyungWhere stories live. Discover now