Part 23

16.1K 1.4K 31
                                    

"Mana Taehyung? Tak nak turun breakfast ke? Maid dah nak kemas meja ni" Tanya Puan Kim

Nara mengangkat bahunya, "Entah. Biar Nara pegi panggil dia jap"

"Yelah. Pegi cepat"

Pantas Nara berlari ke tingkat atas untuk memanggil Taehyung

Ttok Ttok!

Dah berkali kali Nara mengetuk pintu bilik Taehyung tapi masih tiada jawapan

"Haii. Pekak ke mamat ni?"

Nara mengeluh. Perlahan lahan dia memulas tombol pintu itu

"Laa. Patutlah tak dengar. Tengah pasang earphone rupanya" Bisik Nara

Tanpa membuang masa, Nara terus mendekati Taehyung yang sedang leka bermain phone sambil tersengih sengih di atas katil. Ditariknya earphone itu dengan kasar

"Hoi! Kau buat apa ni?" Jerit Taehyung

"Buat penat tangan aku je ketuk pintu bilik kau sampai nak roboh. Aku ingatkan kau kat dalam bilik air ke. Rupa rupanya tengah sibuk layan phone pastu tersengih sengih macam orang gila kat tepi jalan" bebel Nara

Taehyung mengeluh, "Suka hati akulah. Yang kau nak marah sangat pehal? Ada aku kacau kau?"

Nara merengus geram, "Omma panggil makan. Cepatlah sebelum maid kemas meja makan"

"Kejap lagi lah" Kata Taehyung. Kemudian dia memandang semula skrin phonenya sambil tersengih

Apalah yang mamat ni buat agaknya. Dari tadi tersengih sengih

"Uhm..kau buat apa sampai tersengih sengih tu?" Tanya Nara

"Chat ngan member"

Nara menjongket keningnya, "Member? Yeoja ke namja?"

Taehyung tersenyum sinis lalu menarik Nara duduk di sebelahnya, "Kalo yeoja?"

"Aku bunuh kau" Jawab Nara selamba

Taehyung merapatkan bibirnya pada telinga Nara, "Wae? Jeles ke?"

Nara menelan air liur. Cepat-ii dia menolak Taehyung darinya, "Ishh. Takde maknanya aku nak jeles. Aku cuma tanya je"

Taehyung ketawa sinis, "Mengaku jelah yang kau jeles. Haha"

Nara menjeling

"Hehe. Taklah. Aku chat ngan member sekolah aku dulu. Dia namja"

"Betul?" Tanya Nara

Taehyung mengangguk, "Kau tak payah risau. Aku ni setia orangnya. Hanya kau je ada dalam hati aku"

Nara membuat muka, "Nak termuntah aku dengar"

Taehyung ketawa kecil. Kemudian dia meletakkan tangannya di atas peha Nara, "Sayangg"

Nara mebulatkan mata. Pehal mamat ni? Nasib baik aku pakai seluar panjang

"Kau pehal doh?" Tanya Nara sambil menepis tangan Taehyung

"Boleh tak kau tolong aku?" Soal Taehyung

"Tolong ape?"

"Tolong bawakkan makanan untuk aku"

Terkebil kebil mata Nara selepas mendengar permintaan Taehyung, "Wahh. Kau ingat aku ni maid kau? Pegilah makan kat bawah"

"Ala. Aku malaslah. Please sayang" Rayu Taehyung

Nara mengeluh. Ishh. Dasar pemalas, "Yelah. Aku amik jap"

Cepat-ii Nara keluar dari bilik itu untuk mengambil makanan di dapur

*****

"Nara. Nak pegi mana tu? Siap ngan dulang bagai" Tanya Puan Kim yang kebetulan lalu di dapur

"Urmm..ni untuk Taehyung. Hehe"

Puan Kim mengerutkan dahi, "Untuk Taehyung? Kenapa? Dia tak sihat ke?"

"Takdelah. Dia suruh Nara bawak makanan ni kat atas. Nara buat jelah"

Puan Kim menggeleng, "Bertuah punya anak. Ada ke patut dia suruh kamu bawak makanan naik atas. Takde kaki ke nak amik sendiri?"

"Biarlah omma. Nara ni cuma wife dia je. Tak boleh nak melawan" Nara berpura pura senyum

"Yelah. Pegi cepat. Kalo lambat kang dia marah pulak" Kata Puan Kim

"Nae"

Tanpa membuang masa, Nara terus naik ke bilik Taehyung

"Nah. Makan cepat" Arah Nara sambil meletakkan dulang di atas katil. Kemudian, dia berjalan semula ke arah pintu

"Kau nak pegi mana tu?" Tanya Taehyung

"Aku? Aku nak keluar lah. Buat ape aku nak tengok kau makan" Kata Nara selamba

Taehyung menggeleng, "No no no. You're not going anywhere. Duduk sini"

"Whatt? Kenapa pulak?"

"Aku cakap duduk sini. Tak baik melawan cakap suami" Kata Taehyung sambil tersenyum sinis

Nara mengeluh. Dia berjalan semula ke arah Taehyung dan terus melabuhkan punggung di atas katil

"Kau nak apa?" Tanya Nara

"Teman aku makan"

"Pfftt. Kenapa pulak aku nak teman kau? Bukannya ada pon hantu kat sini"

Taehyung berpeluk tubuh, "Memanglah takde. Boleh tak kau suapkan aku?"

Nara membuat muka. Mamat ni dah melebih. Takpe. Dia nak aku suapkan kan? Aku buat

"Kau nak aku suapkan ea. Boleh..takde masalah" Kata Nara sambil meletakkan dulang di atas pehanya

Siap kau

Taehyung menjongket keningnya. Pelik dengan perubahan sikap Nara. Tadi bukan main garang mengalahkan singa

"Say Aahh"

Taehyung membuka mulutnya. Cepat-ii Nara menyuap nasi goreng ke dalam mulut Taehyung

"Sedap kan?" Tanya Nara

Taehyung mengangguk. Belum sempat dia menelan nasi goreng itu, Nara menyuapnya lagi

"Mmffp. Shatu-ii lahh" Kata Taehyung. Mulutnya masih penuh dengan makanan

"Kau nak aku suap kan? Nah. Makan lagi. Tak baik membazir. Cepat bukak mulut sebelum aku sumbat nasi ni dalam hidung kau" Kata Nara dengan lembut

Dia menyuap lagi nasi goreng ke dalam mulut Taehyung

"Emmm..mmmffp..mmffpp"

"Hah? Apa kau cakap. Tak jelas" Kata Nara. Dia sudah tersenyum sinis

Belum sempat Nara nak menyuap Taehyung lagi, Taehyung sudahpon memegang kedua belah tangannya

"Kau nak aku mati tercekik ke?" Tanya Taehyung

Nara buat muka blur, "Ada aku kesah?"

Taehyung menarik nafas panjang. Cepat-ii dia mengalihkan dulang makanan dari peha Nara

"Tak nak lagi ke? Membazir kalo tak habiskan" Kata Nara

Taehyung tersenyum sinis, "Tak nak. Dah takde selera"

"Ouh Ok. Tugas aku dah selesai. Kalo macam tu aku keluar dulu"

Taehyung menyambar semula tangan Nara, "Nak pegi mana sayangg? Kita belum habis lagi"

»TBC«

-----------------------------------------------------

Thanks for reading. Jngn lupa vote tau

[C] My Secret Wife + TaehyungWhere stories live. Discover now