Part 13

16.2K 1.4K 55
                                    

"Awak tak rasa pelik ke?" Tanya Puan Kim kepada suaminya yang sedang sibuk membaca surat khabar

Encik Kim mengerutkan dahi, "Apa yang peliknya?"

"Takdelah. Masa kita sampai rumah malam tadi, ada sepasang kasut kat luar rumah. Saya tak pernah nampak pon kasut tu sebelum ni" Kata Puan Kim sambil menyapu kaya di atas roti

"Alah awak ni. Mungkin tu kasut anak kita"

Puan Kim menjeling tajam ke arah suaminya, "Awak ni buta ke? Anak kita tu dua-ii namja. Takkanlah diorang pakai high heel"

Encik Kim hanya buat tak tau

"Jangan-ii.." Puan Kim meletakkan semula roti di atas pinggan

"Jangan-ii apa? Awak jangan pikir lain boleh tak? Think positive la. Membebel je lagi tadi" Marah Encik Kim

Puan Kim menarik nafas panjang, "Nae. Saya cuma rasa pelik je"

Tidak lama selepas itu, Jungkook pon turun dari biliknya dan terus ke ruang makan

"Morning omma..appa"

Puan Kim memandang anaknya itu, "Morning. Mana abang kamu? Tak turun sekali?"

"Tido lagi kot. Tertutup je pintu bilik dia" Kata Jungkook sambil menarik kerusi di sebelah appa

"Laa. Takkan tido lagi. Dah pukul berapa dah ni" Kata Puan Kim sambil menggeleng

Encik Kim meletakkan semula surat khabar di atas meja, "Kenapa kamu tak kejutkan sekali abang kamu tu?"

Jungkook tersengih, 'Malas. Pandai-ii lah dia bangun sendiri"

Encik Kim menggeleng

"Biarlah dia. Ni. Omma nak tanya sikit. Kamu tau tak kasut sapa kat luar rumah tu?" Tanya Puan Kim

Jungkook menjongket bahunya, "Entah. Tanyalah hyung. Kookie tak tau apa-ii sebab kookie tak keluar bilik pon malam tadi"

Puan Kim mengangguk

"Awak ni tak habis-ii pasal kasut. Saya sumbat kasut tu dalam mulut awak kan baru tau. Lebih baik awak pegi kejut anak kita lagi sorang tu" Kata Encik Kim

Geram pulak dengan isterinya itu. Tak habis-ii cakap pasal kasut

"Yelah bang. Saya kejut sekarang.."

Pantas Puan Kim naik ke tingkat atas untuk mengejutkan Taehyung

****

Tuk Tuk!

"Tae..kamu dah bangun ke belum? Omma dah siapkan breakfast ni" Panggil Puan Kim tapi tiada jawapan

Puan Kim megetuk semula pintu Taehyung, "Tae..omma masuk tau?"

Perlahan lahan Puan Kim menguak pintu bilik anaknya itu. Sebaik sahaja pintu terbuka dengan luas, Puan Kim terus terkaku di situ

Hampir terkeluar biji matanya selepas melihat sesuatu yang dia tak pernah jangka

"Oh my hearteu. Adakah ini hanya mimpi?" Bisik Puan Kim sambil meletakkan tangan di dada kirinya

Pantas Puan Kim mendekati katil Taehyung sambil bercekak pinggang. Matanya memandang tajam ke arah Taehyung dan Nara yang sedang lena tidur di atas katil

"Yah. Kim. Tae. Hyung!" Jerit Puan Kim

"Hmm.."

Puan Kim menggeleng, "Ireona!"

"5 minutes.." Kata Taehyung. Matanya masih terpejam

"YAH!"

Serentak mereka berdua membuka mata sebaik sahaja mendengar suara Puan Kim yang sedang marah

Nara membulatkan mata sebaik melihat Taehyung di sebelahnya, "Oh my gucci. Macam mana aku boleh ada kat sini?"

Taehyung menelan air liur. Cepat-ii dia turun dari katilnya sambil membetulkan rambutnya yang kelihatan sedikit kusut, "O..Omma. I can explain"

Puan Kim menjongket keningnya, "Dah pandai bawak masuk yeoja dalam rumah sekarang?"

Nara cuba menenangkan dirinya, "Puan jangan salah faham. Saya sendiri pon tak tau macam mana saya boleh tertidur kat sini"

Taehyung mengangguk laju, "Yup. Kitorang tak buat pape pon. Tae cuma nak tolong dia. Trust me"

Puan Kim menarik nafas sedalam dalamnya, "Are you sure? Omma susah nak percaya"

"Yup. 100% sure" Kata Taehyung sambil memandang wajah Nara

Nara hanya menundukkan kepala. Aishh. Ni semua salah mamat tak guna ni. Kalo dia hantar aku balik semalam, takdelah jadi macam ni T.T

"Ni apa kecoh-ii ni? Sampai bawah boleh dengar"

Taehyung menoleh ke arah pintu biliknya. Gulp

Appa..Jungkook..

»TBC«

----------------------------------------------------

Mian kalo merapu k -,- Thanks for reading. Jngn lupa vote tau. Bhai

[C] My Secret Wife + TaehyungWhere stories live. Discover now