Part 6

19.7K 1.7K 95
                                    

"INGAT apa yang aku pesan tadi." Pesan Taehyung sebaik sahaja mereka tiba di sekolah.

Nara melangkah keluar dari perut kereta. "Don't worry laa.. aku ni sentiasa awal. K lah. Aku caww dulu. Bye!"

Taehyung mengangguk kecil. Secalit senyuman terhias di bibirnya. Tidak lama selepas itu, matanya terpaku ke arah lelaki yang sedang berjalan masuk ke dalam sekolah. Cepat-ii dia menapak keluar dari kereta dan menghampiri lelaki itu.

"Woi Jungkook!" jerit Taehyung.

Jungkook berpaling. Memandang ke arah pemilik suara itu. Kedua dua matanya terkebil kebil. Hyung?

"Hyung buat apa dekat sini?" soal Jungkook hairan. Mimpi apa si Taehyung ni sampai datang ke sini?

"Aku rasa kau keluar rumah awal tadi. Asal baru sekarang kau sampai sekolah?" tanya Taehyung. Soalan Jungkook tadi tidak dijawab.

Jungkook menggaru kepala. Kemudian, dia tersengih sengih pula. "Uhm..aku singgah 7 Eleven jap tadi. Beli chewing gum."

"Singgah situ pagi-ii buta semata mata nak beli chewing gum?"

Jungkook angguk.

"Yang kau ni pulak buat apa kat sini? Aku rasa takde event pon dekat sekolah ni. Tapi kalau ada pon bukannya kau pernah datang."

"Saja. Hantar someone." Jawab Taehyung selamba.

"Hah? Siapa?"

Taehyung tersenyum sinis. Sebelah keningnya dijongket. Kalau Jungkook tahu ni, huh! Confirm banyak mulut punya. Tapi kalau dia tanya pasal Nara, agak agaknya Jungkook kenal tak? Argh! Nanti-ii jelah.

"Adalah. Kau tak payah nak sibuk hal aku."

"Elleh. Daripada kau hantar orang tu, lebih baik kau hantar aku ni ha. Tak payahlah aku bersusah payah bawak basikal pergi sekolah."

"Aku busylah." Taehyung menjawab. Tu jelah alasan dia bila Jungkook mintak hantar dia pergi sekolah.

"Pftt. Orang tadi tu ada pulak masa kau nak hantar." sindir Jungkook. Hujung bibirnya menyenyet sinis.

Taehyung ketap bibir.

Bila nampak muka Taehyung dah berubah, Jungkook terus tayang sengih. Bahu abangnya itu dipeluk sebelum dia mendekatkan wajahnya pula. "Hyung. Orang yang kau hantar ni.. lelaki ke perempuan?"

Taehyung memandang Jungkook di sebelah. Terus dahi lelaki itu dijentiknya kuat. "Mestilah perempuan!"

"Adeh! Sakitlah bodoh!." rintih Jungkook sambil menggosok dahi. "Heh! Patutlah. Kalau perempuan laju je kau. Hantar sampai ke London pon boleh. Bila aku mintak tolong kau hantar aku pergi sekolah, ada je alasan kau."

"Budak ni. Kalau aku sepak karang.. melambung terus sampai ke marikh."

"Sepaklah. Aku bagitahu omma ngan appa bila dorang balik dari Jepun nanti. Hmph!"

Taehyung ketap bibir. Makin dilayan makin menjadi jadi pulak si Jungkook ni. Eii.. Dasar anak manja!

"Sebelum penumbuk aku ni singgah kat pipi kau, lebih baik kau masuk sekolah sekarang. Kejap lagi kelas dah nak start."

Jungkook tayang muka selamba. Bahu Taehyung ditepuk perlahan sebelum dia melangkah ke arah pagar sekolah.

"Hyung! Kalau kau sudi, kenal kenalkan lah aku dengan perempuan tu. Mesti cantik kan? Boleh lah aku ngorat dia nanti! Bhahaha!" Laung Jungkook sambil ketawa jahat.

Taehyung menjeling tajam ke arah Jungkook sebelum dia masuk ke dalam kereta semula.

****

SEDAR tak sedar, dah sebulan masa berlalu. Hari ni merupakan hari pertama Nara bekerja sebagai P.A baru Taehyung. Nak kata nervous tu, takde lah sangat memandangkan dia pon sudah biasa dengan lelaki tu. Cuma kat tempat kerja ni tak tahu lah macam mana pulak layanan yang dia dapat nanti. Entah-ii lagi kerek perangai dia agaknya. Macam manalah dia hadap lelaki tu kat pejabat nanti? Aduh!

"Nara, lambat lagi ke kamu siap. Dah pukul berapa dah ni?" Puan Park mengetuk pintu bilik anaknya. Dah dekat nak satu jam Nara kat dalam bilik. Sampai sekarang tak keluar-ii. Mengalahkan pengantin nak bersiap!

"Aaa.. Ye ma. Nara dah nak siap dah ni. Kejap lagi Nara turun."

Laju tangannya mencapai kemeja putih dan seluar slack hitam dari almari pakaiannya. Tidak laman selepas itu, Nara turun sambil melihat jam dia tangan. Rasanya macam dah lambat. Aduh! Nak sarapan pon tak sempat. Lagi 20 minit je nak pukul 8.

"Nara, kamu tak nak sarapan dulu ke?"

"Nara dah lambat ni, ma. Pergi dulu ya."

"Yah, ye pon jamah lah sikit buat alas perut tu." jerit Puan Park. Belum sempat pon dia nak kejar Nara, Nara sudahpon berlari keluar dari rumah untuk menahan bas.

****

JAM Gucci di pergelangan tangannya dikerling. Tepat sahaja pukul 8 pagi, terdengar pintu biliknya diketuk dari luar. Serta merta hujung bibirnya menyenget. Tak lain tak bukan tu pasti Nara.

"Masuk!" arah Taehyung.

Terpacul wajah Nara di sebalik pintu bersama sengihan. Perlahan lahan dia menapak masuk ke dalam bilik Taehyung. Bajunya dibetulkan sedikit sebelum dia mendekati meja lelaki itu.

Taehyung memusingkan kerusinya menghadap Nara. Hampir sahaja dia jatuh tergolek melihat penampilan Nara dia depannya. Macam nak terkeluar biji mata pon ada.

"Apa?! Asal pandang aku macam tu?"

"Kau nak pergi pasar ke nak pergi kerja ni?" Soal Taehyung sambil menilik batang tubuh Nara.

Ya tuhan! Ni kalau dekat tempat lain ni mungkin awal-ii dah kena tendang keluar dari office.

"Ouh. Sorry. Baju tak sempat nak iron tadi. Takut terlambat."

Taehyung tepuk dahi. Aduh! Nara.. Nara.. Baju komot tu boleh lah dia terima lagi walaupun dah memang sah-ii nampak selekeh. Tapi tolonglah jangan pakai selipar pergi kerja. Ini bukan pasaraya cik adik oii.

"Haish.. Nasib baiklah aku ni sayang kau.." Taehyung berbisik kecil. Kepalanya menggeleng perlahan. "Cik Nara sayang, hari ni aku boleh bertolak ansur lagi. Tapi mulai esok, aku tak nak tengok kau pakai macam ni lagi. Ye?"

"Eh, suka hati akulah nak pakai apa pon. Apa hak kau nak-"

"Ehem! Dan lagi satu.. Kau dah lupa ke syarat yang aku bagi dekat kau hari tu? Hm? Mulai sekarang kau kena panggil aku Encik Taehyung. Sebab sekarang aku dah jadi bos kau. I've told you before, right?" kata Taehyung.

Nara merengus geram. Melihat bibir Taehyung dah menyenget sinis, dia terpaksa turut. Lagipon dia dah setuju dengan syarat tu dulu.

"Yelah yelah. Sambung balik. Apa hak Encik Taehyung nak kutuk penampilan aku?"

Taehyung tergelak kecil. Boleh pulak dia sambung balik. "Aku tak suka cara kau berpakaian. At least pakailah high heel. Bukan selipar jamban kau tu."

"Jaga mulut tu sikit. Ni bukan sebarangan selipar. Selipar ni dah banyak berjasa dengan aku tau? Encik apa tahu? Lagipon aku tak minat pakai heel bagai. Menyusahkan aku nak berjalan je." bebel Nara.

Taehyung bangun dari kerusi.

Bila melihat Taehyung mula menghampiri, Nara terus tutup mulut. Kaki mula mengundur sedikit demi sedikit.

"You should change your hairstyle too." Kata Taehyung.

"And one more thing.." Taehyung menapak lagi selangkah ke hadapan. Nara mengundur lagi dan lagi. Dan akhirnya tanpa sedar, kedua dua kakinya menyentuh hujung sofa. Lantas, dia jatuh terduduk di atas sofa itu.

"A..Apa?"

Taehyung menunduk menyamai paras wajah Nara. Tangan cuba dikawal supaya tidak menyentuh gadis itu. Syarat yang Nara letakkan tempoh hari masih diingat lagi.

"Tak salah rasanya kalau kau mengenakan sedikit make up. Baru muka tu nampak beseri seri. Ada gaya macam P.A aku."

"What? Tapi-

"Ini satu arahan. And as my new P.A, kau kena ikut ke mana je aku pergi sebab aku sentiasa perlukan kau."

Sentiasa perlukan dia? Jadi maksudnya seharian dia kena berkepit dengan mamat miang ni? Oh no!

Matilah macam ni.

*TBC*

----------------------------------------------------

Abaikan typo -,-
Jangn lupa Vote tau. Bhaii

[C] My Secret Wife + TaehyungWhere stories live. Discover now