Part 8

18K 1.6K 92
                                    

Hujung skirt ditarik sedikit ke bawah. Pintu bilik Taehyung diketuk perlahan sebelum dia menapak masuk ke dalam bilik itu. Ahh.. Kenapa tiba-ii rasa berdebar pulak ni?

"Weh, encik pasti ke nak aku pakai macam ni?"

Taehyung menutup fail semula. Sesudah itu, dia mengangkat kepala untuk melihat penampilan baru Nara pula.

Gulp!

Mulutnya ternganga. Mata mula menilik batang tubuh Nara.

"Perfect" gumam Taehyung.

Nara yang berasa tidak selesa dengan pandangan Taehyung terus menendang kuat meja di hadapannya.

Bbuk!

"Woi! Mata tu jaga sikit eh! Aku bakar mata tu karang baru tau!"

"Rileks babe. Aku suka penampilan baru kau. Macam nilah baru P.A aku." ujar Taehyung. Hujung bibirnya menyenget sinis.

"Wait. Asal kau tak pakai heels yang aku beli tu?"

"Uhm.. Aku sebenarnya tak boleh lah weh. Aku uhm.. ada masalah sikit."

"Masalah apa pulak?"

Nara garu kepala. Heels tinggi gila bapak macam tu siapa yang nak pakai? Pijak kaki orang pon boleh berlubang. Kalau dia pakai konfom terpeleot punya. Nanti jatuh siapa nak sambut? "Uhm.."

"Uhm apa?"

"Hihih apa salahnya kalau aku pakai sandal ni? Okay apa."

"Pakai sekarang." tegas lelaki itu.

Bila nampak muka Taehyung mula serius, Nara cepat-ii menyarung heels nya. Kemudian, dia berdiri tegak macam batu di depan Taehyung. Tak berani nak bergerak walaupun selangkah.

Tok.. Tok!

Pintu bilik diketuk. Nara dan Taehyung sama-ii berpaling ke arah pintu.

"Encik, Cik Hyejin dah sampai."

"Panggil dia masuk sekarang." arah Taehyung sebelum matanya kembali pada Nara bersama senyuman sinis.

"Hai Tae. Long time no see." Kata perempuan itu sambil berjalan ke arah mereka.

Taehyung mengemaskan kot di badan sebelum dia mengangkat punggung dari kerusi. "Have a sit first, Hyejin"

Hyejin mengangguk. Sesaat kemudian, dia melabuhkan punggung di atas sofa. Nara pula masih membatukan diri. Dah macam tunggul dah dia kat situ.

"Wow.. Siapa dia ni?" soal Hyejin sambil menunding jari ke arah Nara.

"P.A baru aku. Cantik kan?" Taehyung senyum senget.

Hyejin mencebik geram. Ouh, dah ada P.A baru rupanya. Perempuan pulak tu. Huf! Patutlah dah tak pandang dia sekarang. "I lagi cantik."

Nara tiba-ii tersedak. Cantik? Puih! Nenek aku lagi cantik!

"Boleh kita start bincang sekarang?" Taehyung membuka laptop. Laju jari jemarinya menekan papan kekunci sebelum dia bersandar pada kerusi dan memulakan perbincangan.

Hampir satu jam juga mereka mereka mengambil masa untuk berbincang. Kaki pon dah start lenguh asyik berdiri dari tadi. Sebenarnya satu hapak pon dia tak faham apa yang diorang bincangkan sekarang.

"So? Setuju tak dengan cadangan aku tadi?" soal Taehyung pada Hyejin.

Hyejin mengangguk. Buku nota ditutup sebaik sahaja habis perbincangan.

"Kalau takde apa-ii, kau boleh balik. Nanti kita bincang lagi mengenai fasa yang seterusnya."

"You tak nak keluar minum dengan I ke kat cafe bawah ni? Boleh kita berborak kosong sekali. Takkan setiap kali kita jumpa sekarang ni asyik nak cakap pasal kerja je. Bosanlah macam ni." ajak Hyejin sambil mencebik bibir bawah.

Taehyung pandang Hyejin. Mata helangnya menjeling gadis itu sekilas.

"Tak ingin aku nak keluar dengan kau. Lagipon, aku nak keluar lunch dengan 'kesayangan' aku nanti." balas Taehyung spontan sambil memandang Nara bersama senyuman sinis.

Nara kerut dahi. Lantas kepalanya berpaling ke luar tingkap. Mulut dah start terkumat kamit. Entah apa yang dia baca pon tak tahulah. Menyumpah seranah lah tu.

"Alahh Tae.." Hyejin tersenyum kecil. Tangan mula diletakkan di atas peha Taehyung sebelum dia merapati tubuh lelaki itu."Sekejap je. Please.. Lagipon I ada benda nak cakap dengan you."

Nara ternganga. Mata bulatnya terbuntang melihat kelakuan Hyejin. Ya tuhan kenapalah dia mesti ada kat sini sekarang. Ugh!

"Hyejin. Please stop it. Papa kau hantar kau kat sini sebab bincang pasal hal syarikat. Bukan nak bersotong sotong kat sini." Taehyung menepis tangan Hyejin.

"Sejak bila you berubah ni? You tak rindu dekat I ke?"

"Aku cakap stop. Please lah. Kalau kau nak menggedik dengan aku kat dalam office ni, baik kau tak payah datang. Kita batalkan aje projek ni."

"Tapi I rindukan you, Taehyung." tutur Hyejin sambil menggigit bawah bibirnya.

"Ehem! Kalau encik dah tak perlukan saya, biar saya keluar dulu." pamit Nara dengan lembut. Tak kuasa dia nak layan drama cinta kat dalam ni.

"Nara. Stay here. Jangan berani keluar dari bilik ni."

Tak jadi Nara nak melangkah. Air liur ditelan. Muka Taehyung memang nampak serius dan menakutkan bila tengah marah.

"And kau!" Taehyung menunding jari ke arah Hyejin. "Nampak pintu tu kan? Kau boleh bla sekarang"

"Tae..you tak boleh buat I-"

"I said get out!" teriak Taehyung di hadapan Hyejin.

Hyejin menghentak kaki. Sempat dia menjeling ke arah Nara sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

"En..Encik Taehyung ok ke? Nak aku amikkan air?"

Taehyung yang sedari tadi masih menyandarkan kepala ke sofa terua membuka mata. Pandangan beralih semula pada Nara dengam senyuman kecil.

"Risau jugak kau dekat aku kan?"

Dah mula balik dah mamat ni. Tahu aku biarkan aje dia kat dalam bilik ni tadi. Lantak dialah nak tidur ke, nak menangis ke, nak mengamuk ke. Peduli apa aku. Getus hatinya.

"Ma..mana ada risau. Aku cuma..uhm.."

Taehyung menjongket kening. "Cuma apa?"

"Ha! aku cuma sakit hati je ngan perempuan sotong tu tadi. Tak patut dia buat encik macam tu kan? Dahlah gedik! pastu gatal pulak tu! Sepatutnya dia datang sini sebab nak bincang hal syarikat. Ni lain pulak jadinya. Menyampah je!" Bebel Nara. Lantaklah. Dia pon tak tahu apa yang sedang dia merepek sekarang ni. Apa kena dengan kau ni Nara?

"Iye?"

Nara mengangguk. Laju.

"Ke kau jeles?"

Nara kerut dahi. "Jeles? Ishh. Buat apa aku nak jeles. Bodoh je soalan encik ni."

Taehyung bangun dari sofa. Tangan mengusap dagu sambil tersenyum jahat. Kelakuan lelaki itu buatkan Nara terpaku untuk seketika. Nak lari macam mana ni woi. Dahlah pakai heels. Ni pon dari tadi dia membatu kat sini. Sekali jalan konfom jatuh punya. Aishh~

"Mengaku jelah yang kau jeles. Hm?" Kata Taehyung sambil menggigit bibir bawah. Jari jemari mula menolak rambut ke belakang.

Jap. Dua cuba nak goda aku ke apa ni? Bisik Hati Nara.

"Kalau kau apa apakan aku, aku jerit kuat-ii. Biar satu office ni dengar." ugut Nara. Kaki mula mengundur. Baru selangkah dia menapak, tubuhnya tiba-ii hilang imbangan. Matanya terus dipejam rapat.

Tapi yang pelikya dia tak rasa macam dia jatuh pon. Sedar-ii je dia dah ada dalam pelukan Taehyung. Oh shit! Aku rela cium lantai daripada disambut lelaki ni.

Asal dia pandang aku macam tu? Getus hatinya. Tangan Taehyung yang berada di pinggang kecilnya mula bergerak. Perlahan hingga naik ke pipi mulusnya pula. Kedua dua pipinya mula merona. Of course dia nak lari sekarang ni. Tapi..

Tuk.. tuk!

"Encik Taehyung.. boleh saya masuk?"

tbc

[C] My Secret Wife + TaehyungWhere stories live. Discover now