Part 3

25.4K 2K 83
                                    

"KAU DAH GILA KE?!"

Mata Nara membulat. Nafasnya sudah naik turun. Sumpah rasa macam nak meletup dah dada ni menahan marah. Sesuka hati je cium anak dara orang! Ishh. Melampau!

"Tak salah pon kan?"

"What?"

Taehyung tayang sengih.

"Ishh! Aku benci kau!" Nara menapak keluar dari kereta.

Tanpa segan, Taehyung cuma tersenyum lebar sambil melambai tangan ke arah Nara. "Until we meet again, sweetheart. And thanks for the kiss!"

Nara menjeling tajam. Tangan menghempas pintu kereta dengan kasar. "Sweetheart kepala hotak dia. Bluekk! Gila agaknya mamat ni!"

----------

"DUDUK tu cubalah elok sikit, Nara."

Nara mendongak. Memandang ibunya yang sedang menghampiri sofa. Cepat-ii dia menjatuhkan kaki semula dan betulkan duduk di atas sofa. Remote tv di tangan diletakkan di atas meja sambil mencebik.

"Dari tadi omma tengok muka kamu asyik serius je. Kamu ada masalah ke?"

"Takdelah. Nara okay je."

"Betul ni? Ada apa-ii nak share dengan omma ke?"

Nara menggeleng. Sebenarnya dari tadi dia duk pikir pasal kejadian pagi tadi tu. Masih tak boleh nak lupakan. Makin diingat, makin sakit pulak hati ni. Ishh. Bahaya ni kalau omma tahu.

"Ha, macam mana dengan interview hari ni? Okay tak?"

"Macam tulah." jawab Nara pendek.

"Macam tu tu macam mana?"

Nara garu kepala. Lidah terasa keras tak tahu nak bagi jawapan apa. Aduh, macam mana ni? "Emm..macam mana nak terangkan ek. Panjanglah ceritanya omma.."

"Dah tau panjang tu, cubalah pendekkan. Itupun omma nak kena ajar ke." Puan Park menjeling.

Nara menhela nafas panjang sebelum dia menceritakan semuanya. Err.. kecuali yang part kiss tu. Memang taklah dia nak bagitau omma pasal tu. Malu kot kalau omma tahu.

"Macam tulah ceritanya.."

Puan Park megangguk tanda faham. Senyumannya semakin melebar sampai ke telinga. "Maknanya anak omma ni dah diterima kerja sanalah ye?"

"Hmm..yelah kot." Nara jongket bahu. "Ni semua omma punya pasal lah. Kenapa omma paksa Nara pergi interview tak guna tu? Omma tahu kan yang Nara tak suka. Nara masih sekolah lagi"

"Alahh. Company tu kan kawan appa yang punya. Encik Kim tu baik orangnya. Dia dah janji nak tolong kamu kamu dapatkan kerja kat situ lepas kamu habis sekolah nanti. Kebetulan ada beberapa jawatan kosong kat sana."

"Masalahnya, yang menguruskan syarikat tu, anak dia ma. Nara tak sukalah dia tu. Dialah orang yang interview Nara tadi."

Raut wajah Puan Park sudah berubah. Tak hairanlah kalau si Taehyung yang uruskan syarikat tu. Tapi pelik. Apa yang membuatkan Nara tiba-ii bencikan anak Encik Kim tu?

"Kenapa pulak? Dia ada buat sesuatu kat kamu ke? Cepat bagitahu omma."

Cepat-ii Nara menggeleng. "Eh..taklah. Mana ada dia buat apa-ii kat Nara."

"Habis tu, kenapa kamu benci sangat dengan dia? Omma kenal anak Encik Kim tu macam mana. Dia takkan berani buat macam-ii dekat anak omma ni." Puan Park tersenyum kecil.

"Adalah sebabnya. Takpelah. Nara nak pergi sambung buat homework balik." Nara berpura pura senyum sebelum dia berlari ke arah bilik tidurnya. Puan Park yang melihat kelakuan pelik anak gadianya itu cuma menggeleng kepala. Apalah nak jadi dengan anaknya yang seorang ni. Suka sangat macam ni. Benci orang tak tentu pasal. Haih.. Nara.. Nara..

----------

TAEHYUNG kembali semula ke office selepas menghantar Nara pulang. Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Dia tersenyum lebar sambil mencapai fail di atas meja kerjanya. Sekali lagi dia menatap resume di dalam fail itu. Setiap butiran tentang gadis bernama Nara itu dibaca satu persatu.

Park Nara..

17 tahun..

Kirin Art High School..

Taehyung menutup semula fail itu. Hujung bibirnya mengorak senyum. Sinis.

----------

KRINGG!!

NARA memasukkan buku ke dalam beg. Yes! Tak sabar rasanya nak balik rumah. Setelah seharian menghadap buku, akhirnya..

"Cepatnya kau nak balik. Lepaklah dulu."

Nara menoleh ke sebelah.

Jungkook. Teman rapat sekolahnya sejak dia mula-ii masuk ke sekolah ni lagi. Sedar tak sedar, dah hampir tiga tahun mereka berkawan. Jungkook lah bff dia walaupun kadang-ii tu adalah jugak perangai dia yang menyakitkan hati. Tahulah popular di kalangan perempuan kat dalam sekolah. Hensem. Anak orang kaya pulak tu. Perempuan mana yang tak iri hati tengok mereka berdua bersama setiap hari?

"Alahh. Aku nak cepat ni. Balik ni aku nak terus tidur."

"Kau ni pagi petang siang malam asyik nak membongkang je. Anak dara jenis apalah kau ni." Jungkook geleng kepala.

"Suka hati akulah bodoh. K lah. Aku nak caww dulu. Bye! Jumpa esok!"

"Jap-" Tak sempat pon Jungkook nak memanggil Nara semula, Nara sudahpon berlari keluar dari kelas dan meninggalkan lelaki itu.

----------

NARA memasang earphone di telinga sambil menunggu bas di bus stop. Mesti ramai pelik kan kenapa dia memilih untuk naik bas pulang ke rumah? Padahal boleh je suruh driver appa ambil dia kat sekolah. Kalau nak harapkan appa, hmph.. memang taklah. Sibuk je memanjang kat office dia tu.

"Nara!"

Satu suara buatkan Nara berpaling. Matanya kemudian tertumpu ke arah sebuah kereta mewah yang berhenti tidak jauh dari situ.

"Oi! Sinilah!"

Mata Nara terbuntang luas.

Tu bukan ke si mamat miang? Berani dia datang sini jumpa aku!

Nara menggenggam kedua dua tangan. Geram pulak dia dengan mamat ni. Cepat-ii dia mengangkat punggung dan menghampiri kereta Taehyung di seberang jalan.

"Kau buat apa kat sini ha?" soal Nara sambil berpeluk tubuh.

"Aku nak ambil kau lah."

"Macam mana kau tau aku sekolah kat sini? Kau stalk aku ea?"

Taehyung menjongket kening. "Takde maknanya aku nak stalk kau. Adalah. Mana boleh bagitahu."

Nara buat muka. Eleh.. Kalau bukan stalk, macam mana dia boleh tahu?

"Tunggu ape lagi? Naiklah"

Nara menggeleng.

"Aku nak tunggu bas"

"Daripada kau tunggu bas baik kau naik aku. Tak payahlah kau tunggu lama-ii kat sana." Taehyung kenyit mata.

Nara buat muka.menyampah. "Yang kau ni tetiba nak ambil aku kat sekolah ni pehal? Dah kena sampuk?"

"Saja nak kenal dengan kau lebih rapat. Cepatlah naik. Kalau kau tunggu bas, sampai esok pon bas takkan datang balik." Taehyung ukir senyuman sinis.

"Mana kau tau bas takkan datang balik?"

"Tu.." Taehyung menjuih bibir.

Cepat -ii Nara menoleh ke belakang. Omo! Andwae!!

Bas sudah bergerak meninggalkan kawasan sekolah. Nara cuba untuk mengejar. Pemandu bas itu langsung tidak dengar jeritannya.

"Ahjussi!!! Tunggulah!! Jangan tinggalkan saya!!!"

tbc

-----------------------------------------------------

Abaikan Typo ok -,-
Thanks for reading!
JANGAN LUPA VOTE AND COMMENT!
Annyeong! xD

[C] My Secret Wife + TaehyungWhere stories live. Discover now