Part 15

16.9K 1.5K 132
                                    

"Dah dah lah tu. Lepaskan tangan dia" Kata Encik sambil menuruni anak tangga

Cepat-ii Taehyung dan Jungkook melepaskan tangan Nara sebaik sahaja Omma ngan appanya menghampiri mereka bertiga

"Nih. Ada benda yang omma ngan appa nak bincang dengan dengan kamu semua. Duduk dulu" Arah Encik Kim sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa

"Nak bincang pasal apa, appa" Tanya Jungkook

"Sabar lah. Appa baru je duduk ni" Marah Encik Kim

Jungkook hanya tersengih sambil menjeling ke arah Taehyung

Encik Kim menghela nafas berat. Kemudian dia menoleh ke arah Nara yang sudahpon duduk di hadapannya, "Kamu ni Nara kan? Anak Encik Park?"

Nara mengangguk. Orang tua ni nampak serius je. Dia marah lagi ke pasal pagi tadi?

"Taehyung dah jelaskan semuanya. Uncle tau kamu tak salah" Kata Encik Kim

Nara menarik nafas lega. Memang aku tak salah pon

"Tapi sebelum terjadi apa-ii yang lebih teruk, saya nak tanya kamu sesuatu" Kata Encik lagi

Nara mengerutkan dahi, "Ta..Tanya apa?"

Encik Kim tersenyum sambil memandang Puan Kim di sebelahnya. Kemudian dia memandang Nara semula, "Kamu setuju tak kalo saya kahwinkan kamu dengan Taehyung?"

Taehyung tersenyum sinis

"Ha?! Kahwin?" Jerit Nara

Encik mengangguk, "Yup. Kahwin"

What. da. fish. Dia nak kahwinkan aku dengan mamat gila tu? Please lah. Dalam mimpi!

Jungkook membulatkan matanya, "Appa! Kenapa tanya soalan mengarut tu?"

"Kamu diamlah. Ni urusan appa ngan abang kamu. Kamu pulak yang melebih" Kata Encik Kim

Nara masih ternganga selepas mendengar pertanyaan Encik Kim itu

"Macam mana? Setuju tak?" Tanya Puan Kim pula

Nara menggaru garu kepalanya

Taehyung tersenyum jahat sambil menjeling ke arah Jungkook, "Diam tu maknanya setuju lah appa. Buat apa nak tunggu lagi"

Jungkook menggenggam kedua dua tangannya. Kenapa tak aku je? Aku dah lama simpan perasaan kat Nara T.T

"Ermm..mianhae..saya terpaksa tolak" Kata Nara sambil menundukkan kepalanya

Jungkook tersenyum gembira sebaik mendengarnya. Macam nak melompat pon ada

Puan Kim mencapai tangan Nara lalu mengusap lembut tangan itu, "Nara. Kamu tu P.A Taehyung. Kemana dia pegi mesti dia akan bawak kamu kan?"

Nara mengangguk

"Aunty tak sangka pulak yang dia akan bawak kamu sampai rumah. Jadi sebelum benda yang tak elok berlaku, kitorang nak satukan korang berdua. Takdelah orang lain mengata nanti" Kata Puan Kim

Nara mengeluh. Patut lah dia suruh aku kahwin ngan anak dia. Nak jaga nama baik syarikat rupanya -.-

"Uncle harap sangat kamu setuju" Kata Encik Kim

Taehyung menggigit bawah bibirnya. Hatinya berdebar debar menunggu jawapan dari Nara

Nara mengeluh berat. Tiba-ii sahaja idea jahat muncul sebaik dia teringat tentang Hyejin. Si cicak kobeng tak guna tu. Dahlah kerempeng. Ada hati nak dekat Taehyung

Nara tersenyum sinis. Apalah reaksi Hyejin bila dapat tau yang aku ni wife Taehyung. Bwahaha!

"Yelah. Nanti saya tanya omma ngan appa" Kata Nara

"So kamu setuju lah ni?" Tanya Puan Kim dengan gembira

"Maybe?" Ucap Nara sambil menjeling ke arah Taehyung

Jungkook terus bangun dari sofa, "What? Are you serious? Kenapa kau sutuju?"

Encik Kim berpeluk tubuh, "Yang kamu ni marah sangat kenapa?"

"Tah. Kau pulak yang melebih" Kata Taehyung dengan sinis. Dia tau Jungkook menyukai Nara. Tapi dia tak boleh lepaskan Nara macam tu je

Walaupun Jungkook yang kenal Nara dulu, dia takkan biarkan Jungkook rampas Nara darinya. Sebab Nara hanya milik dia sorang

"Kookie tak setuju ngan semua nih" Jerit Jungkook sambil berlari ke arah anak tangga untuk ke biliknya

Puan Kim dan Encik Kim berpandangan sesama sendiri, "Dah kenapa pulak ngan anak kita lagi sorang tu?"

» TBC «

----------------------------------------------------

Kookie jeles xD Kesian dia tak dapat kahwin ngan Nara. Haha. Thanks for reading. Mian kalo tak best -.- Jngn lupa vote tau. Bhaii

[C] My Secret Wife + TaehyungWhere stories live. Discover now