Bab 22

17.4K 577 43
                                    

     Aku tersedar dari mengalami mimpi yang agak ngeri. Peluh merenek didahi. Terasa ada yang tidak kena. Pantas aku menyanggul rambut yang panjang. Setelah mengambil wuduk dan solat sunat, aku berdoa supaya Allah memberi petunjuk dengan apa yang telah  berlaku sejak akhir-akhir ini... Aku mencapai tudung yang ada diatas meja lalu menyarungnya. Jarum jam sekarang sudah menunjuk ke angka 3 pagi. Tak tahu kenapa aku agak berani keluar dari bilik pada waktu-waktu sebegini. Aku terasa seperti dipanggil untuk keluar sebenarnya... Kakiku melangkah ke arah dapur. Suasana sunyi yang membelenggu, tiba-tiba hilang begitu sahaja apabila aku terdengar suara perbualan beberapa orang yang berdekatan dengan aku. Ianya dibilik stor barang ni! Siapa lagi selain Rania dan Fifi? Ada satu lagi suara... Dengan lafaz bismillah, aku berjalan mendekati pintu bilik itu. Ya Allah, lindungilah aku...
Aku mendengar perbualan mereka dengan teliti. Suara Jihah! Aku kenal pun sebab selalu jugak selisih dengan dia. Jihah suka bersembang dengan Fifi, roommate Rania. Sekarang mereka bertiga?
     "...rasa kena tamatkan pertandingan ni secepat mungkin, aku dah tak tahan!" Bisik Fifi. Suaranya kedengaran agak gusar. Dahiku berkerut. Tak tahan?
     "Ha'a laa... lantaklah aku dapat tempat ke berapa pun, yang penting aku nak menang je" Fifi bermain-main dengan dengan tocang rambutnya. Rania memandang mereka berdua silih berganti dengan wajah selamba walhal hatinya geram. Jangan berani dapatkan Raziq aku!
     "Kalau macam tu teruskan rancangan kita, hapuskan yang lain. Tinggalkan dua yang hidup, aku tahu apa yang nak buat dengan diorang. Dan kali ni kena lebih berhati-hati!" Bisik Rania pelan tetapi dapat juga aku dengar. Mataku terpejam, tanganku menekup mulut. Mereka ni yang bunuh dua orang tu! Ya Allah... Masya Allah... Aku beristighfar. Terkejut, kecewa, marah, takut semua ada. Sanggup mereka...?!
      "Rahsiakan perkara ni walaupun korang dah nyawa-nyawa ikan! Dan hanya kita bertiga yang akan menang pertandingan ni. Haha..."

      Aku pantas melangkah turun kearah  bilikku di tingkat bawah. Jantungku berdegup tak berirama. Mereka yang bunuh... mereka pembunuh! Aku mengatur nafas. Ya Allah, petunjuk yang engkau berikan amat membuatkan aku takut untuk hadapinya... Adakah aku patut beritahu polis? Aku mulai bingung... Tubuhku menggeletar, rasa macam nak daftar keluar dan terus balik Penang! Tapi, aku teringat lelaki tu. Aku... kena bertahan dulu. Setelah hatiku mulai tenang, aku melelapkan mata. Rasanya mereka tak buat apa-apa lagi... Tok! Tok! Tok! Bunyi ketukan di pintu mengejutkan aku. Aku menelan liur. Takut!
     "S...siapa?" Soalku pelan.
     "Aku ni Jihah..." balas si empunya suara. Tanganku mula menggeletar.
Dia... dia pembunuh!
     "Kenapa? Aku ngantok ni" ujarku seraya cuba mengawal emosi. Dihatiku tidak putus-putus berdoa.
     "Bukak la sekejap, aku nak beritahu kau something ni"
     "Esokla..."
     "Urgent ni!"
     "Si...siapa dengan kau?" Soalku pelan. Dia ni ada rancang apa-apa ke?
     "..."
     "... Jihah? Kau kat situ lagi ke?"
     "..." Tiada tindak balas. Setelah beberapa minit, aku memberanikan diri membuka pintu. Tiba-tiba, dum!! Pintuku ditolak dari luar dengan kuat. Wajah Jihah begitu rapat denganku.  Aku menolak pintu tersebut dengan kuat. Ya Allah!
     "Haha... jadi kau dah tahu agenda kami? Aku takkan lepaskan kau!" Bisik Jihah geram. Apabila Fifi membantu Jihah menghentam pintu, aku tertolak kebelakang. Mereka memasuki bilikku sambil tersenyum jahat. Aku memandang pisau berkilat yang dipegang mereka. Tubuhku menggeletar. Semakin mereka menghampiri, semakin aku menginjak kebelakang. Rania hanya menggunakan mereka berdua untuk memudahkan kerja, jadi Rania tidak terlibat sekali. Bijak betul Rania...
     "Apa korang nak dengan aku? Apa salah aku? Apa salah mereka yang korang sanggup bunuh?! Berdosa besar Fifi, Jihah. Mengucap la korang..." ujarku cuba memujuk mereka. Malangnya, syaitan laknatullah lebih cekap menguasai hati dan iman mereka yang rapuh... Mereka hanya mengejek kata-kata aku. Jihah menerkam kearahku dan menarik rambutku kasar. Aku menjerit keras. Fifi pula mengikat tanganku dan menyumbat mulutku dengan kain. Mereka ni memang gila! Aku cuba meronta-ronta. Mereka menampar dan menendang tubuhku sesuka hati. Tiada langsung belas kasihan! Air mataku mengalir deras. . Aku terasa darah pekat mengalir disegenap wajah dan tubuhku.Sakit, perit...
     "Disebabkan kau, Shah tak tengok kami langsung! Perempuan murahan, miskin! Kesian kau... siapa suruh kau masuk pertandingan ni? Haha..." Ujar Jihah seraya menggores mata pisau dilenganku seperti mengukir seni arca. Dia  tersenyum gembira. Aku meraung cuba meminta tolong, malangnya kain dimulutku membataskan suaraku. Ya Allah! Sakit!! Aku memejamkan mata serapat-rapatnya. Dadaku berombak kencang. Fifi ketawa melihatku yang terseksa.
     "Aisya, Aisya... kau memang layak kena seksa dengan kami kan? Dua orang peserta yang kami bunuh tu lebih beruntung sebab tak kena seksa. Mereka tak mengganggu kerja kami. Lagipun mereka memang tak layak menang pun... kau je yang pulun nak menang. Kau memang menyusahkan sejak dari hari pertama pertandingan ni" suara Fifi mendatar sahaja. Dia mencengkam rahangku dengan kuat. Aku menggeleng. Letih nak melawan. Aku mengucap apabila melihat Fifi mengeluarkan pisau rambo dan dihalakannya pada tubuhku... Mungkin hari ni memang aku akan pergi dari dunia ni... Semoga Shah akan berkahwin dengan perempuan yang lebih baik.
    
    
    
    
    
    
    

(Complete)Perempuan Tu Pilihan Aku Where stories live. Discover now