Bab 5

16.9K 626 12
                                    

"Ok, hari ni kami bagi cuti untuk kemaskan apa yang patut. Silakan... pilihla mana-mana bilik yang kamu suka. Esok barulah kamu semua bertemu dengan Puan Sal, saya minta diri dulu" Solelah melangkah keluar dari rumah. Aku tersenyum hormat kepadanya, dia membalas. Sebenarnya sekarang, kaki aku kaku sebab rumah ni buatkan aku tak boleh nak berkelip langsung. Dalaman rumah ini tersangatla cantik, masya Allah... Rumah banglo mewah 4 tingkat. Semua peserta yang lain mula berebut bilik yang paling cantik, selesa, dan besar. Aku pulak? Lantak lah... biar Si Rania yang pilihkan. Aku berjalan perlahan memerhatikan susunan dan perhiasan didalam rumah itu, tersusun kemas, cantik dan luxurious! Dinding batu marmar yang bersinar, perabot mewah, semuanya berasaskan tema Itali. Cantik...
"Aisya, sini! Bawa beg naik, aku dah dapat bilik!" jerit Tengku Rania yang berada ditingkat dua. Aku mendongak memandangnya.
"Okay!"

"Wow... cun kot bilik ni!" ujarku seraya meletakkan beg pakaianku diatas lantai sebelum duduk diatas katil empuk bersaiz king yang boleh buatkan aku terlelap dalam beberapa saat. Tengku Rania duduk disebelahku di atas katil.
"Kannn... kau tinggal kat mana?"
"Kat Penang"
"Ohhh... kawasan ada sawah banyak tu kan?" soal gadis itu teruja. Aku mengangguk seraya tersenyum. Nasib baik aku dapat kawan yang baik kat sini walaupun kaya, dia macam tak gedik dan tak menunjuk. Tak macam tiga beradik anak korporat tadi... macam manalah ketiga-tiga mereka sekali gus boleh terpilih masuk dalam pertandingan ni? Hairan pulak aku...
"Bestnya... aku teringin nak rasa nyaman di kampung, mesti keluarga kau bahagia kan?" soalan Tengku Rania menyentak hatiku. Bahagia? Aku tersenyum hambar seraya melihat ke lantai karpet yang berbulu tebal itu. Tengku Rania aneh melihatku yang membisu dan berwajah muram.
"Kenapa? kau ada masalah? ceritalah kat aku"
"... ibu dan adik aku dah meninggal sebab kemalangan. Ayah aku pulak suka berjudi, lepas tu suka meminjam dari Ahlong. Tapi aku yang kena tempiasnya. Keluarga aku bukan keluarga berada...Tapi tak apalah, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang" ujarku seraya melihat kearahnya, bibirku tetap tersenyum. Tengku Rania beriak sedih. Dia masih mampu tersenyum? Gadis bertocang itu memegang wajahku.
"Alaa... jangan sedih! In syaa Allah, kita akan sama-sama menang. Eii... kau ni cantik betullah, ada mix?" Soal gadis itu geram melihat wajahku yang flawless dan putih kemerahan.
"Ishh... cantik apanya? Aku mix arab. Tok nenek moyang aku dulu tu, entahla aku tak ingat" Kami ketawa kecil.
"Ehh... jomla kemas baju" ajakku seraya bangun dari katil itu. Tengku Rania hanya melihatku sambil tersengih.
"Tak reti sebab selalu bibik yang buatkan" bisiknya malu-malu kucing. Aku menggeleng.
"Kat sini takde bibik Cik Rania, meh aku tolong kau kemas"
"Yeyy!" Tengku Rania terus bangkit dari katil dan berlari mendapatkan begnya. Aku tersenyum melihat tingkah gadis itu. Dia tak gedik tapi perangai je macam budak-budak.

Malam itu selepas makan dan solat isyak, aku berjalan-jalan di luar rumah. Saja nak hirup udara segar. Aku ingat tadi nak ajak Rania tapi... dia dah tidur pulak, letih la kot. Hmmm... bestnya angin malam. Tiba-tiba, mataku terpandang kelibat sebuah superbike yang meluncur laju menuju ke pintu gerbang untuk keluar. Dahiku berkerut. Macam aku kenal motor tu... bunyi pun macam Suzuki Hayabusa. Pakai helmet Arai pulak tu! Jangan cakap dia orang yang sama kelmarin. 'Haha... tak mungkinlah, orang lain tu' bisik hatiku cuba bertenang. Langkah kakiku laju sahaja menuju kedalam rumah. Aku berselisih dengan tiga beradik anak Tengku Saidin, mereka berbisik-bisik seraya tersenyum mengejek aku. Lantak korang lah... ada aku kisah? Aku menuju kebilik ditingkat dua. Tengku Rania sudah tidur sambil memeluk teddybear besarnya. Aku menanggalkan tudung dan membuka ikatan dirambutku yang lurus dan hitam likat. Rambut aku dah nak sampai pinggang, kalau arwah mak ada boleh tolong potongkan. Aku mengeluh perlahan. Suis lampu meja ditekan sebelum aku menutup lampu siling yang terang benderang. Esok akan bermula tugasan kami sebagai peserta. Takut pulak aku nak hadapinya.

(Complete)Perempuan Tu Pilihan Aku Where stories live. Discover now