Bab 7

16.5K 615 20
                                    

Gambar hero-Tengku Raziq Uqashah-(Saya ambik je kat google, tak kenal harap maklum 😂😂😂)

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

Gambar hero
-Tengku Raziq Uqashah-
(Saya ambik je kat google, tak kenal harap maklum 😂😂😂)

"Shah, pukul 9 pagi nanti nak datang sini tak?" soal Puan Sal seraya melihat taman botani yang bewarna-warni dihadapannya.
"Buat apa? Malasla..." balas Tengku Raziq di talian. Puan Sal mengeluh perlahan. Degil betul anak aku ni...
"Laa... datangla tengok bakal isteri kamu ni. Kut la ada yang berkenan"
"Ish mama ni... mama pilih la bakal menantu mama tu walaupun bukan pilihan Shah, Shah ikut je... nanti Shah ceraikan jugak" balas Tengku Raziq selamba. Puan Sal mengucap perlahan.
"Senang je cakap ye? Yang lepas biarlah lepas! Mama tak kira, pukul 9 Shah kena ada jugak disini. Assalamualaikum" talian dimatikan. Kali ini, dia harus tegas dengan anak sulungnya itu.

"Hello, hello ma...ish, paksa-paksa ni yang aku tak suka ni!" marah lelaki itu seraya mengusutkan rambutnya. Dia langsung tidak berminat dengan bakal isterinya. Mamanya sahaja yang beria-ria. Tengku Raziq sakit hati kerana tidurnya terganggu. Dia turun dari katil perlahan-lahan sebelum masuk kedalam bilik air.

     "Ok, semua dah ada? baiklah... hari ini ialah hari menanam. Semuanya ada 20 batas. Dan setiap batas saya nak awak tanam pokok ni, pindahkan dari pasu dan tanam elok-elok dalam batas ni. Kalau ada soalan boleh tanya saya, awak semua boleh mula" ujar Puan Sal sambil tersenyum. Dia mahu lihat bagaimana gelagat mereka. Semua berebut-rebut mahukan kawasan batas yang teduh dan tak kena matahari. Hmm... dan semestinya akulah yang kena panas, biarlah... aku bukannya puteri lilin. Sarung tangan disarung. Nasib baik aku rajin jugak bab tanam-menanam ni. Aku melihat mereka yang terkial-kial mengangkat pasu. Berat ke? Aku cuba mengangkat pula, berat jugak tapi boleh je diangkat... Setelah meletakkan pasu di tepi, aku mengorek tanah di dalam pasu itu tanpa merosakkan pokok dan akarnya. Setelah itu aku mengorek tanah di atas batas dan membuat lubang mengikut saiz pokok. Hmm... tak adalah susah sangat. Aku tersenyum sambil meletakkan akar pokok tersebut didalam lubang. Aku menggembur tanah di sekeliling pokok itu. Yeah, done! Harap-harap pokok-pokok aku ni hidup subur. Pokok seterusnya! Lepas siap la baru aku siram... Aku langsung tak sedar tentang kehadiran seseorang yang sedang menapak kearahku. Semua mata tidak lepas dari memandangnya. Aku terasa sedikit teduh. Pantas aku mendongak. Macam aku kenal lelaki ni...
     "Kau tak layak masuk pertandingan bodoh ni" ujar lelaki itu selamba. Aku tergamam. Okeh, aku kenal dia ni... mamat yang marah aku hari tu. Aku mendengus kasar. Kenapa makhluk ni boleh muncul kat sini? depan aku pulak tu!
     "Menyibuk je!" bisikku geram tanpa melihat kearahnya. Aku terdengar ketawa sinis lelaki itu.
     "Apalah malang sangat aku jumpa kau lagi kat sini?" soalnya seraya membuka reben hitamnya. Aku memandangnya seraya mengerutkan dahi. Walaupun mata dia cantik dan agak hensem, aku benci mamat bajet ni!
     "Habis, aku bertuah sangat la jumpa kau?"balasku geram. Tanpa memperdulikan lelaki itu, aku mengangkat pasu yang seterusnya.
     "Dah kampung tu memang reti semua, kau masuk pertandingan ni pun mesti sebab duit... mata duitan jugak la kan" perli lelaki itu seraya tidak lepas dari melihat wajah gadis dihadapannya itu, seperti ada yang menarik perhatiannya. Tiba-tiba, bukan sengaja okay... tangan aku terlepas dari pasu dan menghempap kaki lelaki itu. Memang tak sakit pun...
      "Arghhh!!" jerit lelaki itu seraya memandangku tajam. Aku terlopong. Astaghfirullahala'zimm... Pasu itu aku tolak ketepi. Jantung berdegup kencang. Jari kaki lelaki itu mula berdarah. Semua peserta berlari kearah kami. Aku mulai panik. Serius, tak tahu nak buat apa!
     "Kau memang sengajakan?!" soal Tengku Wani seraya menuding jari kearahku. Pak Mat bergegas datang dan memapah Tengku Raziq kedalam rumah seraya dikerumuni mereka. Aku menggeleng pantas.
     "A... aku tak sengaja!"
     "Jahatnya kau ni!" marah Tengku Mia seraya masuk kedalam rumah.  
     "Aku tak sangka kau macam ni" Tengku Rania menjeling kearahku sebelum masuk kedalam bersama Tengku Wani. Aku menggeleng perlahan. Aku tak berniat langsung nak buat dia macam tu.
     "Rania aku tak sengaja, betul..." bisikku perlahan. Kelopak mataku mula bergenang.

(Complete)Perempuan Tu Pilihan Aku Kde žijí příběhy. Začni objevovat