Bab 9

15.9K 633 4
                                    

     "Tak sedar diri betul pompuan tu! Yang Shah pun layan jugak dia. Aku rasa dia memang sengaja jatuhkan pasu tu" ujar Tengku Hani dengan hati yang membara. Sakit hatinya melihat adegan mereka berdua tadi.
     "Aku pun rasa macam tu. Time dia jatuhkan pasu tu, aku rasa dia lemparkan sihir dia. Sebab tu Shah tak marah, siap bersembang elok je tadi" tuduh Tengku Wani pula. Dahla Shah tak bagi nombor fon dia kat aku masa aku mintak tadi. Nampak sangat dia dah terkena sihir pompuan tu. Tengku Rania yang berada dihadapan mereka hanya diam tak berkutik. Dia hanya menahan rasa. Rasa kasihan pada Aisha mulai pudar apabila mendengar apa yang tiga beradik anak Tengku Saidin katakan. Rupanya Aisha talam dua muka...
     "Tengok gaya dia, macam miskin je..." sampuk Tengku Sheryn sambil bermain-main dengan rambut kembangnya.
     "Dia tinggal di Penang, dekat dengan sawah padi... mungkin pompuan kampung"ujar Tengku Rania selepas menghirup air jus di dalam gelas. Tiga beradik itu pantas mengalihkan pandangan pada Tengku Rania yang beriak selamba.
     "Haa...aku dah kata! Dia pompuan kampung, miskin!" jerit Tengku Sheryn gembira.
     "Haha... ada hati nak menang pertandingan ni?! She is so stupid"
     "Tak sedar diri betul, aku rasa dia dah sesat masuk sini"

     Aku menyeka air mata yang hampir jatuh. Pantas kakiku melangkah naik ke tingkat atas. Dia sudah tidak tahan. Aku mendengar dengan jelas apa yang mereka katakan. Hatinya bertambah sedih dengan sikap Tengku Rania yang sudah tidak mempercayainya. Sanggup mereka menuduhnya sedemikian rupa? Shah? lelaki tu? kenapa? Aku tak paham betul la! Kakiku melangkah kearah bilik yang kelihatan lengang. Pakaian dan barang Tengku Rania sudah tak ada ... Hanya tinggal aku seorang. Aku mengeluh perlahan dihadapan pintu bilik.

     "Orait girls... we are going to buy some ingredients for today's supper. Anak saya akan turut serta, jadi awak semua perlu... memasak!" ujar Puan Sal agak teruja. Aku mengangguk faham seraya tersenyum sendirian. Yeay, Cooking competition! Aku terdengar keluhan tidak gembira dari mereka semua. Tapi, aku pelik... kenapa anak dia selalu terlibat dengan kami? Ada sesuatu yang tak kena...
     "Sorry, memasak?! You're kidding us?! Memasak kerja bibik, bukan kami ok" Tengku Sheryn buat gaya menyampah dan disokong oleh yang lain. Puan Sal tersenyum sinis. Yang ni akan menunggu untuk disingkirkan sebab aku nak menantu yang expert bab memasak ni. Tanpa mereka ketahui, markah mereka sedang ditolak. Hanya Aisha yang masih tak kurang markahnya. Dia tahu peristiwa pasu yang jatuh hari itu tidak disengajakan. Dia hanya memerhati dari jauh, lagipun salah anaknya juga... siapa suruh dia mengganggu gadis itu.
     "You think I care? Ok now... kami beri masa selama 4 jam untuk berfikir dan membeli barang untuk dimasak. Kami bekalkan setiap seorang hanya rm500 dan gunakannya sebaik mungkin.Untuk tambahan, Shah sukakan pencuci mulut yang fresh. Okay, you all can start now" arah Puan Sal. Solehah hanya mencatat apa yang dibisikkan oleh Puan Sal. Wajah masing-masing kelat kerana dibahan sebegitu oleh Puan Sal. Setelah diberi rm500 setiap seorang, semua mula bergerak masuk kedalam shopping mall. Aku juga melangkah masuk kedalam seraya memikirkan sesuatu. Kenapa Puan Sal beritahu tentang febret anak dia pulak? Peliknya... Lantaklah, sekarang aku nak fikir apa yang patut dimasak. Harap-harap aku tak sesat. Mengikut information board, bahan masakan dan keperluan barangan dapur ada ditingkat tiga. Aku berjalan- jalan mencari eskelator untuk naik ketingkat atas.

     Pencuci mulut aku nak buat fruit and salad gaulkan bersama mayonis khas untuk buah. Aku tersenyum. Arwah mak pernah buatkan, walaupun simple tapi sedap! Tapi memang pencuci mulut febret aku pun. Tanganku mencapai buah dan sayur yang elok.
     "Strawberry, anggur yang takde bijj. Hmmm..." bisikku sambil mencari-cari buah yang lain.
     "Salad mini, timun Jepun, kacang kuda sedap gak..." ujar satu suara.
     "Salad mini, timun Jepun, kacang..." aku mengalihkan pandangan melihat gerangan empunya suara. Lelaki tu?! Dia tersenyum manis melihatku. Aku buat muka toya, apa pulak yang dia buat kat sini?
     "Apa awak buat kat sini?"soalku separuh berbisik seraya melihat kiri dan kanan, takut ada peserta yang lain melihat dia bersama lelaki itu lagi.
     "Saja, jalan-jalan"
     "Eh, saya nak tanya... kenapa awak selalu sangat muncul? Awak terlibat apa-apa ke dengan kami?" soalku ingin tahu. Lelaki itu sedikit cuak.
     "Sebenarnya aku... aku tolong mama tengok-tengokkan keselamatan peserta" lelaki itu memasukkan tangan kedalam seluar jeans birunya seraya melihat kearah lain, cuba untuk cover penipuan. Aku mencebik.
     "Dah tu, saya dah selamat je ni... awak pergi la tengok peserta lain" bisikku seraya menghalau lelaki itu.
     "Hmm... yelah" Tengku Raziq melangkah pergi lambat-lambat. Aku menggeleng melihatnya yang masih tertoleh-toleh kebelakang melihatku.
     "Kacau je... tapi, cenna dia tau bahan buat salad ni?"soalku sendirian.

    

(Complete)Perempuan Tu Pilihan Aku Where stories live. Discover now