Bab 15

15.7K 590 7
                                    

"Okehh... kita dah sampai! Awak semua jangan lupa bawak semua kelengkapan dan keperluan masing-masing sebab bila dah naik, kita tak turun dah. Kita akan bermalam terus di homestay atas bukit. Faham?" soal Puan Sal seraya memasukkan barang-barang ke dalam begnya. Solehah tetap setia mencatit sesuatu di buku catatannya.
"Faham Puan Sal" ujar kami semua. Aku menyiapkan apa yang patut. Rasa tenang je sekarang, tak sabar nak sampai atas. Setelah semua siap, kami berbaris dahulu sebelum memulakan jungle trekking... Aku second last? Macam seram je...
"Semua ingat kawan depan dan belakang ya, jangan berpisah"arah Solehah. Aku memandang kebelakang sambil tersenyum kearah Puteri Anis. Dia membalas senyumanku.
"Aisha... ingat aku tau, Puteri Anis" ujarnya seraya membuat gaya seperti seorang puteri. Aku hanya ketawa kecil melihat tingkahnya. Dan aku rasa... dia yang paling better selain semua peserta. Tapi, aku selalu lihat dia bermesej dengan seseorang. Entahlah... Tiba-tiba, kedengaran derap kaki seseorang, Tengku Raziq datang kearah kami. Aku menunduk melihat tanah. Apa dia buat kat sini?! Arghhh! Tension aku! Okay Aisha, anggap je dia tak ada kat sini. Lelaki itu berjalan kehadapan. Aku melihat wajahnya yang masam mencuka. Pandangannya seperti sangat... mesti dia sangat bencikan aku. Lantaklah, kisah pulak aku...

"Arggghhh! kaki aku!" jerit Tengku Rania nyaring. Kami semua berhenti melihatnya yang terjerit-jerit seperti orang gila. Aku melihat kakinya. Chett... pacat je kot! Aku menjuihkan bibir. Baru je aku nak tolong dia tarik pacat tu, dia lari kearah Tengku Raziq. Aku terpinga-pinga. Lelaki itu membuang pacat dari kaki Tengku Rania dengan wajah tidak ikhlas. Boleh pulak dia buatkan kami tertunggu-tunggu kat sini? Menangis dekat Shah, nak balut bandage pulak. Ya Allah haii... dugaan betul. Puan Sal dan Solehah hanya menggeleng melihat sikap Si Rania.
"Bak sini beg kau, dah... jom gerak" Serius sahaja suara Tengku Raziq. Dia menggalas beg perempuan itu, mungkin sebab nak cepat.Semua yang melihat memang panas hati gila. Aku tak tahu kenapa, tapi hati aku pun sakit sebenarnya. Gedik betul pompuan ni. Tengku Rania tersenyum gembira. Dia berjalan beriringan dengan lelaki itu. Aku hanya melihat dari belakang. Sesekali aku berbual-bual dengan dengan Puteri Anis, memang ramah orangnya. Macam-macam dia cerita kat aku. Hmm... Sesekali tu, aku perasan jugak yang Tengku Raziq asyik toleh-toleh belakang. Aku pun tak pasti dia tengok siapa sebenarnya. Setelah beberapa minit, Puan Sal mengarahkan agar semua berehat seketika. Walaupun wanita itu lebih berumur dari kami, dia masih bersemangat seperti orang muda. Aku mengelap peluh didahi. Kami duduk melepak disitu seketika.
"Alamak!" jerit Puteri Anis tiba-tiba. Aku terkejut.
"Kenapa Nis?"
"Dompet aku hilang... jatuh kot, macam mana ni?!" soalnya gusar. Aku melihat disekitar, tak ada.
"Jap, kau tunggu sini" ujarku seraya mahu berlalu dari situ.
"Eh, apa pulak kau pergi sorang? Aku cakap kat mereka jap" Puteri Anis berlalu kehadapan. Aku tetap mencari-cari berdekatan dengan kawasan kami rehat. Puteri Anis berlari kearahku.
"Jom, kat sini tak ada kan?"
"Ha... takde pun, cari kat sana" aku menunjuk kearah sana. Dia mengikut aku. Kami semakin jauh. Tapi, alhamdulillah... jumpa jugak. Puteri Anis sampai menangis jumpa dompet dia, penting kot. Kalau aku pun, mesti cari jugak. Kami berjalan semula ketempat rehat tadi. Malangnya tiada siapa lagi disitu.
"Mana mereka semua?!" jerit Puteri Anis takut. Dia terduduk dibatu itu dengan wajah seperti mahu menangis. Aku mengurut dahi.
"Astaghfirullahal a'zimm... macam mana ni?" bisikku perlahan. Kalau nak patah balik memang jauh la jawabnya, boleh sesat! Puteri Anis cuba menggunakan hp. Tetapi kami tahu, memang tak ada line kalau kat bukit.
"Tadi kau cakap dekat siapa?"
"Dekat... Tengku Rania. Sebab Solehah dengan Puan Sal tak ada masa tu. Takkan nak biar kau sorang, malas aku nak cari mereka pulak" ujar gadis itu dengan suara sebak. Aku menggigit bibir perlahan. Dah agak, mesti Tengku Rania!
"Maafkan aku Aisha, sebab aku kita sesat" Puteri Anis menekup wajahnya. Aku mengeluh perlahan mendengar esakannya yang semakin kuat. Menangis la pulak...
"Takpe, aku tak marah pun. Aku rasa mereka masih tak jauh, jom cepat!" Aku menarik tangannya.

(Complete)Perempuan Tu Pilihan Aku Where stories live. Discover now