Bab 11

15.7K 614 10
                                    

Semua hidangan telah siap, aku mengeluh lega. Salad buah untuk pencuci mulut, ayam masak lemak cili api, ayam berempah dan sup sayur campur. Yang tinggal hanya nasi briyani dengan nasi putih je sedang ditanak. Aku duduk sebentar di kerusi sambil melihat peserta lain yang bertungkus lumus memasak. Lantaklah kalau mereka masak lebih sedap dari aku. Aku boleh makan sorang... rasanyalah. Yang peliknya, dari tadi aku tak nampak pun batang hidung tiga beradik anak Tengku Saidin. Takkan dah menyerah? Tiba-tiba, aku terpandang Tengku Rania yang sedang menuang sepaket perisa ajinamoto. Aku menelan liur yang terasa kesat, biar betul budak tu? Nak bagi sedap ke nak bagi penyakit?! Aku bergegas menghampirinya.
"Rania, Rania... banyaknya kau letak perisa!"ujarku seraya merampas paket perisa itu dari tangannya. Dia mencerlung tajam kearahku.
"Jangan kacau aku la pompuan!" marah Tengku Rania seraya merampas semula ajinamotonya. Dia menepis tanganku kasar. Belakang tapak tanganku terkena periuk sup ayam milik Rania yang sedang mendidih. Aku mengaduh seraya mengusap belakang tanganku yang melecur. Mataku berair, pedihnyaa...
"Hah, tula padahnya! Padan muka, menyibuk je hal orang lain. Blah!" jerit Tengku Rania seraya menghalau aku dari situ. Banyak mata yang memandang kearah aku. 'Sanggup dia marah aku depan mereka semua?' soal hatiku sendirian, sedih. Aku berjalan perlahan ketempat aku memasak tadi. Rasa ngilu dan pedih masih terasa. Nasib baik tak teruk tangan aku melecur. Aku mengeluh perlahan... Nasi yang sudah siap aku letakkan di dalam pinggan. Sekarang, hanya perlu tunggu arahan untuk menghidang. Aku melihat jam di dinding. Sempat kot kalau aku pergi tandas sekejap. Aku melangkah ketandas setelah mengemas apa yang patut di dapur. Semasa keluar dari tandas, aku terdengar arahan dari Solehah supaya menghidangkan makanan dengan segera. Dengan pantas aku menuju kedapur. Hanya hidangan aku yang masih belum dihantar ke meja makan diluar. Aku baru terlihat anak Tengku Saidin yang masuk melalui pintu belakang. Peliknya mereka ni, dari mana? Aku melihat mereka yang tergesa-gesa menghidangkan makanan seraya berbisik-bisik. Lantak korang lah! Aku menyusun makanan untuk dihantar. Tiba-tiba, Tengku Wani dan Tengku Hani berjalan kearahku seraya tersenyum manis. Tengku Sheryn hanya berdiri dipintu melihat keluar. Aku hanya membalas senyuman mereka seraya mengangkat makanan. Mereka menghalang langkahku. Dahiku berkerut. Haihh...Now what?
"Kenapa?"soalku sedikit gusar.
"Boleh kami ambil pencuci mulut kau tu? nampak sedap..." bisik Tengku Hani. Aku berfikir seketika.
"Boleh, tapi..."
"Betul ke? Thank you" ujar Tengku Wani seraya terus mengambil dessert kepunyaanku diatas meja. Aku cuba menghalang, malangnya Tengku Hani mencengkam rahangku.
" Aku tahu kau nampak kami tadi kan? Kau jangan bocorkan rahsia kami tentang makanan yang kami suruh orang luar hantarkan. Kalau tak, siap kau aku kerjakan! Dasar pompuan kampung" bisik Tengku Hani seraya menolak wajahku kasar. Aku memegang rahangku yang sakit dicengkam kuku jarinya yang tajam itu.
"Kenapa korang tak puas hati dengan aku? apa salah aku?" soalku dengan suara yang tertahan. Tengku Hani tersenyum sinis.
"Such a stupid question... my poor girl, salah kau ialah... kau tak layak ada dalam rumah ni! Kau tak layak dapatkan Shah, kau anak kampung, miskin! Mana sesuai... walaupun muka kau cantik, putih, tapi... kau tetap tak layak! Paham tak sayang, Hmmm? Nampak je bertudung, macam alim... tapi guna sihir, mata duitan jugak kau ni kan" bisik Tengku Hani dengan nada mengejek. Aku beristighfar. Masyaa-Allah, sampai macam tu sekali mereka tuduh aku? Ya Allah...
"Hmmm... macam sedap je lauk kau masak ni kan? Malangnya tiada siapa yang akan rasa!"ujar Tengku Wani seraya menolak semua laukku jatuh kelantai, habis pecah berderai pinggan kaca tersebut. Jantungku seperti mahu berhenti. Mereka bertiga berlalu keluar meninggalkan aku seorang diri sambil ketawa puas. Aku terduduk dilantai seraya menutup mulut. Tubir mataku mulai berair melihat apa yang mereka telah lakukan. Tanganku terketar-ketar mengutip semula lauk-lauk yang sudah berada di lantai. Perlahan-lahan esakanku mula kedengaran. Aku... aku rasa semua ni sia-sia! Kenapa aku lemah sangat ni?! Ini semua dugaan untuk aku...Tak adil! Air mata mengalir laju di pipi. Panas lauk yang baru dimasak serta kaca yang berselerakan itu tidak aku hiraukan. Tanganku terus mengutip makanan tersebut. Aku kumpulkan semuanya di atas surat khabar seraya cuba menahan sendu yang semakin mencengkam. Ibu, maafkan Aisha... Aisha tak kuat! Aisha dah janji untuk langsaikan semua hutang keluarga kita. Tapi... kenapa nasib Aisha selalu malang? Sejak dulu lagi... 'Buu... kenapa Aisha tak ikut ibu dan adik? kenapa pergi dulu? kenapa tinggalkan Aisha seorang diri?!' jerit hatiku pilu. Tiada siapa yang akan dengar rintihan hati aku... Tiada lagi tempat aku mengadu selain kepada Engkau ya Allah... Berilah aku kekuatan dan ketabahan hati ini. Aku mengelap air mata yang masih bersisa. Allah tak berikan dugaan melebihi kemampuan hambanya, bermakna aku mampu hadapi dugaan ni. Aku tak boleh mengalah macam tu saja. Aku kena kuat. Tak boleh kalah dengan mengalah...

(Complete)Perempuan Tu Pilihan Aku Where stories live. Discover now