Bab 14

15.5K 568 8
                                    

Aku termenung lagi di kerusi yang terdapat di balkoni rumah. Dari jauh aku dapat melihat mereka semua berada di padang. Hmmm... bestnya! Tiba-tiba, aku teringatkan Shah. Kenapa dia selalu muncul...
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam...awak buat apa kat sini?" soalku pantas. Wajah lelaki itu langsung aku tak pandang. Teringatkan perbuatan Rania, mataku terpejam.
"Aku nak tengok kau... dah sihat?"
soal lelaki itu seraya melihat wajahku yang tenang. Walaupun sedikit pucat, tetapi ianya tidak menghalang kecantikan asli gadis itu. Hatiku berdebar tiba-tiba. Kenapa dia selalu dekat dengan aku? risau dengan aku? Tolonglah... dia dengan aku langsung tak sama taraf! Aku mengeluh perlahan...
"Yes, i'am fine now. Awak boleh pergi tengok mereka yang lain" tegas suaraku. Berharap lelaki itu menjauh darinya. Risau juga jika Si Rania memerhatikan dia. Tengku Raziq mengambil nafas dan menghembus perlahan.
"Aku... nak beritahu kau sesuatu. Sesuatu yang sangat penting, dan aku nak kau..."
"Cukup! saya... saya tak boleh. Disebabkan awak, saya jadi macam ni! Tolonglah awak... jangan ganggu saya lagi. Jangan dekat dengan saya! Saya hanya nak menang pertandingan ni dan... selesaikan semuanya tanpa gangguan!" ujarku tegas separuh berbisik. Wajah lelaki itu berubah. Dia baru sahaja mahu meluahkan perasaannya dan memberitahu perkara sebenar tentang pertandingan itu. Tapi... kata-kata gadis itu telah merobek hati lelakinya.
"Apa yang jadi pada kau disebabkan aku?" soalnya masih tak mengerti. Dia mahukan penerangan gadis itu dengan lebih jelas. Aku melihat wajahnya dengan mata yang berkaca-kaca. Kasihan lelaki itu... aku nak dia dan peserta lain selamat.
"Awak ganggu saya. Saya dah lama fikir tentang ni. Awak buat saya sakit! Sebenarnya, saya langsung tak sukakan awak sejak kita berjumpa pun. Saya benci tengok awak. Memang... memang saya mata duitan. Saya nak menang duit pertandingan tu! Walaupun saya pompuan kampung, tapi saya jahat, saya guna sihir supaya mak awak sukakan saya! Saya..."
"Jadi, sebab tu? Baik, rupanya selama ni... kau talam dua muka! Tak guna... Bodohnya aku sebab sukakan pompuan macam kau. Kau memang tak layak menang pertandingan ni hatta masuk sekalipun!" marah lelaki itu seraya meninggalkan aku. Aku terpana. Dia... sukakan aku? Air mata yang aku tahan menitis juga. Sakitnya hati dengan apa yang dia cakap pada aku tadi... Ya Allah! apakah semua yang aku lakukan ini benar? Untuk kebaikan semua, aku terpaksa membohongi lelaki itu. Aku menangis teresak-esak disitu seorang diri. Tinggal aku sendiri. Rasa tidak sabar mahu keluar dari rumah ini. Rumah yang mendengar dan merasai semua perasaan, sedih, kecewa, marah, gembira dan juga cinta... walaupun hanya seketika. Terdengar deruman Suzuki Hayabusa lelaki itu. Dia dah bencikan aku... Semua akan selamat. Derita aku juga akan berakhir... Biar semua bencikan aku. Shah pun akan selamat... Bibirku tersenyum dalam kekecewaan.

Sejak dari pagi selepas lelaki itu pergi. Dia sudah tak datang lagi kerumah ini. Aku mengeluh perlahan. Bencinya dia pada aku... Walaupun aku gembira tapi terasa kekosongan dalam hati. Biarlah... dia hanya lelaki idaman kau didalam mimpi. Rania pun dah tak ganggu aku lagi. Aku menggalas beg lalu masuk kedalam kereta. Hari ini kami akan ke bukit dan tidur dua hari semalam. Bolehla aku tenangkan diri aku.

Fikirannya kusut. Masih terngiang-ngiang kata-kata Aisha di telinganya. Hatinya sakit. Betulkah dia perempuan sebegitu? Ataupun dia hanya berbohong? Tetapi, Tengku Rania juga mengadu hal yang serupa padanya tentang sikap sebenar Aisha. Tengku Raziq mengusutkan rambutnya yang sedia kusut. Dia mulai membenci gadis itu... Malas dia mahu ambil tahu tentang gadis itu lagi.

(Complete)Perempuan Tu Pilihan Aku Where stories live. Discover now