Bab 19

16.4K 596 7
                                    

Jadi, dia cakap kat aku dulu memang betul… Aku je yang lembap. Dia sukakan aku? Ya Allah…sekarang ni aku perlu buat tak tahu dengan dia, sebab aku malu! Macam mana aku nak berdepan dengan dia lepas ni? Aku berbaring di atas katil. Hati aku asyik berirama tak menentu… Haihhh… perlu ke dia cakap macam tu kat Rania? Mampos aku! Tiba-tiba, pintu bilikku diketuk perlahan. Aku terkejut. Rania ke?! Dah la Puteri Anis tak ada dengan aku sekarang ni… Pantas aku mencapai tudung dimeja dan berjalan menuju ke pintu. Tombol pintu dipulas. Wajah Tengku Raziq yang muncul dihadapan pintu membuatkan aku mahu menutup pintu secara drastik. Pantas lelaki itu menahan. Liur yang aku telan terasa kelat semacam. Adusss… now what?! Aku menarik nafas perlahan. Pintu dibuka luas. Wajah lelaki itu aku pandang dengan riak tidak mesra. Muka dia pun masam, tapi tetap hensem je aku tengok…
     “Ur…urusan apa datang ni?” Aduhh… gagap la pulak! Aku rasa macam nak sorok je muka aku ni bawah meja… Tengku Raziq melihat wajah gadis yang dirinduinya itu. Kenapa kau buat aku sukakan kau? Kalau dia bini aku, dah lama aku peluk dia. Sekarang aku dah tahu siapa pemenang tempat pertama… ‘Walaupun dia tak suka, aku akan paksa! Tak ada sesiapa boleh dapat dia selain dari aku’ tekad hatinya. Mata Tengku Raziq asyik sungguh merenung wajahku. Hatiku mulai berdegup laju. Eiii… kalau hanya nak tenung muka aku, baik tak payah! Aku melambai-lambai tanganku dihadapan wajahnya.
    “Helloo…”
Lelaki itu seperti tersedar dari lamunannya. Wajah Aisya membuatkannya terpukau. Hanya dengan gadis itu membuatkan dia termenung, blur, lembab, tersenyum sorang-sorang… dia memang dah angau dengan Aisya! Sikapnya yang sebenar bukan begini…
    “Err… aku.. we need to talk” Itu sahaja yang mahu disebut sebenarnya. Aku memandang kearah lain. Dia nak cakap dengan aku?! Argghhh… jangan jadi hipokrit Aisya, kesian pulak kat dia. Aku mengangguk perlahan.
    “Mmm… kat mana?”
    “Kat sana” lelaki itu menunjuk kearah pondok rehat dikawasan yang agak jauh dari homestay. Disebabkan sekarang semua orang tak ada, sebab pergi belajar tentang alam. Aku agak berani la nak cakap dengan Shah, kalau tak memang aku tolak mentah-mentah. Lagipun aku tahu Shah ni lelaki yang baik… Kami berjalan beriringan. Udara pagi terasa nyaman. Tapi, tak bestlah… sebab petang ni dah nak berangkat balik. Aku memandang wajah lelaki itu secara diam-diam. Ketinggian aku setakat tengkuk dia je… kena mendongak la sikit. Tapi aku tertanya-tanya, dia ni kacukan ke? Sebab muka dia macam mix korea… ke macam Thailand pun ada. Kulit pun agak putih, hensem. Tiba-tiba, dia tengok aku. Tepat, bertentang mata! Terus aku tundukkan pandangan. Gila! Boleh pulak dia senyum-senyum macam tu? Saja laa tu… nak tunjuk cute. Aku cuba meredakan debaran di hati. Kami hanya mendiamkan diri. Kekok. Terasa pondok tu tersangat la jauh… Setelah sampai, kami berdua duduk bersama tetapi tetap menjaga jarak. Aku menanti kata-kata lelaki itu. Angin bukit yang sejuk dan bertiup sepoi-sepoi bahasa sedikit sebanyak dapat  menenangkan hati aku.
    “Mmm… sebenarnya, aku nak cakap pasal pertandingan ni…Sebelum tu, aku nak cakap yang…” kata-katanya terhenti seketika. Aku terdengar dia mengeluh. Aku rasa aku tahu apa yang dia nak beritahu aku. Aku memandang awan yang terasa dekat. Tak boleh nak mengelak… kena jugak dengar apa yang dia nak cakap.
    “Yang…” ujarku yang mahu  menyambung percakapannya. Sedikit menggesa mungkin... walaupun aku dah tahu, saja nak mainkan perasaan dia hehe… Tak malu jugak aku ni.
    “Yang sebenarnya aku…aa…”
    “Akuuu…” Dalam hati aku dah ketawa mengekek. Aku tengok dia asyik garu kepala je… Mesti dia malu kan? Cutenyaa!
    “Aku cintakan kau” bisik lelaki itu sambil tenung mata aku. Aku hanya tersenyum sambil alihkan pandangan. Dia dah cakap, dia dah luahkan! Aku berdehem…
    “Mmm… kenapa?” soalku malu-malu. Mesti pipi aku dah blushing sekarang ni… Ya Allah, adakah dia jodohku?
    “Sebab kau selalu buatkan aku termenung, teringatkan kau…Aku dah tahu kau bukan yang macam kau cakapkan dulu, semua sebab Rania kan?” ujarnya seraya tersenyum. Aku agak… tak tahu kenapa mata aku berair.
    “Tapi, macam mana awak tahu?”
    “Sebab Solehah syak tentang kelakuan pelik Rania. Rania sepupu aku, dulu dia tak macam tu Aisya, aku anggap dia dah macam adik aku. Tak tahu kenapa dia nak masuk pertandingan mengarut ni, dia cakap dia suka aku…”
    “Dia nak berkahwin dengan awak” Aku memotong percakapannya. Pandangan aku hanya  menghala kehadapan. Kesian Rania…
   

(Complete)Perempuan Tu Pilihan Aku Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora