Bab 17

16.6K 614 23
                                    

*Perempuan Tu Pilihan Aku*
👆Tajuk dan cover baru hehe :)👆

"Aisya, kau okay tak ni? Aku risau betul dengan kau!" Tengku Rania memegang tanganku. Wajahnya sangat risau. Mataku terbuka perlahan-lahan. Aku melihatnya aneh. Apa yang berlaku sebenarnya? Tengku Rania berjalan kearah meja dihujung bilik .
"Ma... mana semua orang? Apa yang berlaku kat aku?" Soalku perlahan seraya melihat Tengku Rania yang sedang membancuh secawan air. Dia hanya diam. Aku mulai risau melihat dia yang senyap tiba-tiba.
"Rania! Mana Puteri, Puan Sal, Solehah? Apa yang berlaku sebenarnya? Macam mana aku boleh pengsan?!" Soalku sedikit kuat. Dia berjalan kearahku sambil tersenyum. Ditangannya ada secawan air. Tengku Rania duduk disebelah aku dan menghulurkan cawan tersebut. Masih panas dan... berbuih-buih? Aku menyambut hulurannya.
"Jangan cari mereka..." bisiknya pelan. Dahiku berkerut.
"Ke... kenapa?!"
"Sebab... aku akan bunuh mereka! Hahaha..." Tengku Rania ketawa kuat seperti orang sewel. Aku tergamam. Cawan di tanganku hampir terlepas. Aku menjauh darinya. Tubuhku menggeletar. Rania dah tak siuman!
Tawanya terhenti. Matanya tajam melihatku.
"Dan kau... mesti mati dulu!" Dia menerpa kearahku dan memaksa aku meminum air yang berbuih didalam cawan yang aku pegang. Aku memegang tangannya. Dengan tenaga yang ada, aku mencurahkan air itu diwajahnya. Dia menjerit sakit. Wajahnya mula menghakis.
"Tidak, tidak! Muka aku!!!!"

"Hah!" Aku terjaga. Nafasku tercungap-cungap. Aku meraup wajahku yang berpeluh. Rania tiada. Disebelah aku, Puteri Anis sedang nyenyak tidur. Aku memandang sekeliling sambil beristighfar. Hanya mimpi... mimpi yang mengerikan. Aku memandang kakiku yang berbalut dengan bandage. Perlahan-lahan aku menyandarkan tubuhku pada kepala katil. Ya Tuhanku... adakah mimpi yang ku alami tadi akan terjadi? Semoga tidak Ya Allah. Aku mengeluh perlahan. Tiba-tiba sahaja wajah Shah muncul difikiranku. Lelaki tu... dia yang selamatkan aku? Aku nampak wajah dia dalam samar-samar time tu. Dia seperti risaukan aku... Aku ketap bibir. Macam mana aku boleh tak sedar langsung yang kaki aku kena patuk ular? Peliknya... Aku usap perlahan bekas lebam dikaki aku. Shah sanggup buang bisa ular ni dari kaki aku... lembab! Aku tersenyum kecil. 'Haihhh... aku kena ucap terima kasih kat dia juga la kiranya?' Soalku sendirian. Aku menghembus nafas perlahan. Aku kerling jam didinding. Baru pukul 3 pagi. Masih awal lagi, baik aku tidur dulu. Aku berbaring sambil melihat wajah Puteri Anis. Dia ni tidur ke belum? Kenapa mata dia macam gerak-gerak je aku tengok. Tiba-tiba, hp Puteri Anis berbunyi. Ada mesej? Aku melihat screen hpnya.
"From my future husband?" Bisikku perlahan. Wow... Anis dah nak kahwin rupanya.
"Aaa... kau dah nampak? Huhu..." Puteri Anis bangkit dari pembaringannya dengan riak sedih. Rahsianya sudah terbongkar. Kenapala tunangnya itu menghantar mesej sekarang? Adusss... Aku tersenyum kecil sambil kerutkan dahi. Kenapa pulak kalau aku nampak?
"Tahniah! Kiranya kau wife to be la?" Soalku. Puteri Anis mengangguk perlahan. Wajahnya masih sedih. Dia berusaha menyembunyikan rahsianya itu sejak memasuki pertandingan ini. Aku memandangnya pelik.
"Kenapa sedih pulak? Seronok apa dapat kahwin?" Aku ketawa kecil seraya duduk menghadapnya. Puteri Anis mengeluh perlahan.
"Syarat pertandingan ni kan single dan belum berkahwin? Yela sebab kalau menang kena kahwin, tapi... aku dah tunang. 2 bulan nanti dah nak kahwin" Puteri Anis melihat wajahku yang masih blur. Aku memandang kearah lain.
"Kalau menang kena kahwin?" Soalku masih memikirkan tentang itu. Tak faham sebenarnya...
"Yelah, sebenarnya aku masuk pertandingan ni sebab aku nak tunang aku jealous je, dia asyik sibuk dengan syarikat dia dan asyik tunda perkahwinan kami... tapi aku sayang dia!" Ujar Puteri Anis dengan wajah hiba. Hatinya sedih. Aku masih blur.
"Dan..."
"Dan... kalau aku menang, kau jangan risau sebab aku tak kahwin pun dengan dia. Tapi, aku rasa kau yang kena kahwin sebab kau yang paling layak. Aku nampak aura cinta dari dia untuk kau. Aku yakin kau dengan dia akan bersatu juga..." dahiku berkerut. Why is she talking so weird?
"Tu...tunggu dulu! Apa yang kau merepek ni? Aku kena kahwin? Dengan siapa? Aku tak faham la!" Ujarku sedikit berang. Aku taknak kahwin!
"Haihh... are you forgot something? The winner in this competition will marrying anak Puan Sal, Tengku Raziq Uqashah. Kau lupa ke? Itulah hadiahnya. Kahwin dengan anak dialah faktor utama pertandingan ni! Apalah kau ni, habis tu sebab apa kau masuk pertandingan ni?" Soal Puteri Anis sambil menaip mesej untuk tunangnya. Dia tersenyum-senyum sendirian. Hah, tau takut kalau aku menang pertandingan ni. Sayang bucuk aku ni, cayanggg dia! Hehe... tau pun erti jeles! Puteri Anis melihat kearahku. Dia terkejut melihatku yang tiga kali ganda terkejut. Dia memegang bahuku.
"Weh... kau kenapa? Kau nampak hantu ke?! mana?!" Puteri Anis mula gelisah, takut pula melihat Aisha yang berwajah seperti terlihat entiti didalam bilik itu.
"Ka... kahwin? Dengan Shah?!" Jeritku panik. Puteri Anis tepuk dahi. Okay, she didn't know about the prize...



(Complete)Perempuan Tu Pilihan Aku Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz