Bab 20

16.8K 636 15
                                    

     “Kau dah tahu tentang hadiah pertandingan ni?! Tolongla jangan keluar! Aku nak kau menang tempat pertama… Aku sanggup melutut depan kau” ujar lelaki itu bersungguh-sungguh. Aku terkedu. Lelaki itu berdiri dan duduk dihadapanku.
    “This is crazy but… I love you, I wanna marry you and I want you to be my wife!” ungkapan Shah membuatkan hati aku sebak dan terharu. Walaupun agak mengejutkan, sempat juga aku  mengesat air mata yang hampir menitis. Wajah lelaki itu sangat mengharap… aku tak sanggup nak tengok dia kecewa! Aku menarik nafas mengumpul semangat.
    “Memang saya tak tahu pun tentang kahwin dengan awak tu tapi… niat saya hanya perlukan duit pertandingan ni, bukan untuk kahwin dengan awak sebenarnya…”
    “Aku tahu kau perempuan yang macam mana…sekarang kau dah tahu yang hadiah pemenang ni kahwin dengan aku kan? Jadi, pleasee… jangan keluar…” rayu lelaki itu. Aku tidak dapat menahan tangisan.
    “Saya bukan orang berada macam awak Shah… Saya dah tak ada keluarga. Kedudukan kita sangatla berbeza, saya miskin. Saya perlukan duit tu pun sebab… saya nak bayar hutang ayah saya. Dan… saya dah tak ada apa-apa lagi. Jadi…”
    “Jadi, sebab tu kau tak nak berkahwin dengan aku?” soal Shah pelan. Aku hanya mampu menelan liur. Dia ni biar betul? Aku memandang ke arah lain.
     “Awak tak rasa semua orang akan pandang awak pelik ke? Jangan nak mengarutla...” ujarku sambil tersenyum hambar dan semestinya aku yang akan kena tempias.
     “Mereka siapa nak cakap pasal aku? Pilihan aku, memang aku takkan ubah. Kecualilah kalau ketentuan Allah... Aku memang cintakan kau. Kau masih tak percaya?” soal lelaki itu dengan nada agak sayu. Aku mengetap bibir. Dia ni... terlalu jujur.
     “Baiklah... saya... percaya...” aku mengeluh perlahan. “Tapi saya tak jamin tentang menang tempat pertama tu...”Aku melihat lelaki itu tersenyum. So damn cute!
     “Okay, tapi kau kena berusaha jugak... ke, nak suruh aku beritahu mama tentang pilihan aku dan batalkan pertandingan ni?” soal Tengku Raziq teruja. Dia sudah mendapat green light dari gadis itu! Aku pantas menggeleng. Itu kerja gila namanya... aku nak menang dengan adil, Rania takla nak serang aku nanti.
     “Jangan, saya warning awak! Syaratnya kalau awak nak saya berusaha, awak jangan ganggu atau jumpa saya lagi lepas ni... faham?” soalku agak tegas. Lelaki itu mengangguk pelan.
     “Sehingga habis pertandingan je kan?” soalnya agak risau. Aku tersenyum kecil seraya bangun dan berlalu dari situ. Dia ni macam budak-budak pulak, memang perangai sebenar dia macam tu ke? Aku melihatnya sekilas. Sebenarnya aku pun tak percaya apa yang aku cakap ni...
      “If you want me to marry you... Ingat syarat saya tadi. Assalamualaikum... ”
      “Wa...waalaikumussalam. Yes...yes!” Tengku Raziq bersorak gembira. Jarinya melurut rambutnya kebelakang. Hatinya gembira. Ya Allah, semoga dia jodohku... aku tak mahu kecewa lagi. Senyuman masih terukir dibibirnya. Jelas kelihatan lesum pipit dikedua belah pipinya.

Aku menyisir rambut yang mengurai panjang 'Bila fikir balik... kenapa aku yang dia pilih? Ramai lagi yang cantik, kaya, baik dari aku...'bisik hatiku agak aneh. Memang aku tak sama taraf langsung dengan dia.  Kalau dah memang ditakdirkan aku dengan dia...Aku menggeleng perlahan seraya  tersenyum kecil. Sikat aku letak diatas meja selepas menyanggul rambut. Sekarang kemas beg dulu, pukul 5 petang dah nak balik.

     Tengku Rania menyapu krim diwajahnya. Hatinya masih belum mahu menerima kata-kata lelaki itu. Kebenciannya kepada Aisya semakin membuak-buak. Dia mesti dihapuskan! Hatinya masih sakit... Tak guna kau pompuan kampung! Tunggulah masa kau... kalau aku tak dapat Shah, kau pun takkan! Fikir Rania, semuanya salah Aisya walaupun Shah yang sukakan gadis itu. Tadi dia baru terdengar perbualan antara Puan Sal dengan Shah tentang ketiadaan lelaki itu sehingga pertandingan tamat. Peluangnya untuk membalas dendam kepada Aisya akan terbalas.

      Semuanya masuk kedalam banglo mewah itu dengan beg pakaian ditangan. Dia hanya mampu membalas pandangan dengan Aisya buat kali terakhir sehingga tamat pertandingan ini. Shah mendekati Solehah.
      “Solehah, tolong tengok-tengokkan Aisya masa aku tak ada nanti. Pesan pada Puteri Anis sekali. Hanya dia peserta yang aku percaya” pesan Tengku Raziq agak risau dengan keselamatan buah hatinya semasa dia tiada. Solehah hanya mengangguk. Senyumnya disimpan apabila melihat wajah serius pemuda dihadapannya itu. Dia melihat Shah berlalu dari situ dengan Suzuki Hayabusanya. Sayang sungguh dekat Aisya... Solehah tersenyum kecil. First time anak Tengku Hajah Saleha berperangai pelik macam ni dengan perempuan.
   

(Complete)Perempuan Tu Pilihan Aku Where stories live. Discover now