Bab 6

16.5K 614 1
                                    

Kringg!!!

Loceng di dalam rumah itu berbunyi nyaring. Aku yang baru selesai solat subuh agak terkejut. Ingatkan last dengar loceng time sekolah je... kat dalam rumah ni pun ada? Setelah selesai melipat telekung, aku mendekati Tengku Rania yang masih nyenyak tidur. Budak ni tak dengar ke bunyi loceng yang dah macam siren kebakaran ni? Aku menggoyangkan tubuhnya perlahan.

"Rania... bangun subuh. Wehh... kau tak dengar ke bunyi loceng tu? Oit!" panggilku agak kuat. Dia masih berdengkur. Sesekali dia merengus kecil. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Lantak kau la... Aku menyanggul rambut dan memakai tudung. Tombol pintu aku pulas perlahan, secara drastik loceng berhenti berbunyi. Dahiku berkerut, rumah ni agak menyeramkan... Aku turun perlahan-lahan ke tingkat bawah. Suasana yang suram tiba-tiba sahaja terang-benderang. Semua lampu bernyala sendiri. Terus aku bersandar di dinding tangga. Gila! Adakah aku berada didalam rumah bertema itali yang berhantu? Suara seseorang menghentikan langkah aku yang baru hendak berlari masuk kebilik semula.

"Aisha... dah solat?" soal seorang wanita yang berada dalam lingkungan 40an. Senyumannya sangat manis. Wajahnya cantik dan gayanya seperti seorang business woman . Aku sedikit menggelabah. Dia ni siapa? Cenna dia tahu nama aku?

"D...dah"

"Oh, mari... duduk dulu sementara tunggu yang lain" ajak wanita itu sambil mengajak aku duduk di sofa empuk di ruang tamu. Aku hanya menurut.

"Solehah... tolong gerak yang lain, agaknya mereka lupa kot hari ni hari apa..." arah wanita itu kepada Soleha yang tiba- tiba muncul di dapur. Dia hanya berpakaian biasa. Solehah mengangguk seraya tersenyum kearah aku. Aku membalas senyumannya. Perempuan itu naik ketingkat atas dan berjalan masuk ke dalam setiap bilik.

"Memang dah slalu bangun awal ke?" soal wanita itu seraya meneliti setiap raut wajahku.

"Mmm... bangun solat dululah pastu buat kerja lain, kalau period saya bangun lewat sikit la. Hehe..."aku menunduk seraya ketawa kecil walaupun tak lawak sebenarnya. Aku nak cover sebab malu, kenapa la dia tenung aku macam tu? Wanita itu tersenyum sambil mengangguk. Seorang demi seorang peserta turun kebawah dengan wajah kusut, geram, ngantok gila, yang aku nampak pakai tudung kelmarin dah free hair... nak kata semua kat sini perempuan, baru je aku nampak Pak Mat tukang kebun masuk dalam rumah untuk sarapan. Haihh...

"Awak dah solat subuh?" soal Solehah seorang demi seorang. Wajah mereka jelas menunjukkan yang mereka meluat dan tak suka bangun awal.

"Dah, dah..." ujar tiga beradik anak Tengku Saidin sambil menguap malas, agak tidak bersopan disitu.

"Rasanya dah..."

"Period"

"Mmm.."

"Period"

"Cuti..."

"Tak mandi wajib lagi...nantilah!"

Biar betul mereka ni? Daripada 20 orang peserta, yang boleh solat hanya 7 orang... yang lain semua period? Aku hanya diam tak berkutik. Solehah dan wanita itu hanya menggeleng melihat mereka semua. 'Rasanya masih awal untuk pilih pemenang tapi mereka semua memang tak layak' bisik hati Soleha.

"Baiklah, awak boleh menipu saya tapi Dia maha melihat..."ujar wanita itu seraya menunjuk keatas. Ya, Allah s.w.t maha melihat lagi maha mengetahui... Aku mengangguk.

"Nama saya Tengku Salina, awak semua boleh panggil saya Puan Sal je... Ini Solehah, pembantu saya... Dia jugak yang menolong saya menilai awak semua. Lepas ni awak semua boleh siapkan diri dulu dan sarapan. Lepastu saya nak awak semua berkumpul di taman botani di sebelah sana tepat jam 9 pagi. Soleha akan tunjukkan nanti... Awak semua peserta pertandingan ni dan saya tahu awak semua kenal anak saya kan?" soal Puan Sal sambil berpeluk tubuh. Dahiku agak berkerut, siapa anak dia? artis ke? tak pernah tahu pun... Mereka mengangguk seraya tersenyum-senyum. Hilang terus rasa mengantuk yang menguasai diri tadi.

"Setiap peserta mempunyai 1000 markah sepanjang bulan ini. Sesiapa yang engkar arahan dan tidak mematuhi peraturan, akan ditolak markah. Faham?" tegas suara Puan Sal memberi arahan.

"Faham!" ujar kami semua bersemangat. Aikk... tetiba je bersemangat mereka ni, tak boleh jadi ni... aku kena berusaha lebih!

(Complete)Perempuan Tu Pilihan Aku Where stories live. Discover now