Bab 10

16K 612 17
                                    

"Eh, Shah!" jerit Tengku Wani teruja. Yang lain juga berpusu-pusu kearah lelaki itu. Tengku Raziq tidak sempat ingin melarikan diri. Wajahnya kelat. Tengku Rania memeluk lengan lelaki itu seraya memberikan pandangan menggoda.
"Shah, you buat apa kat sini? Cari I ke?" soalnya lembut. Mereka yang lain melihat dengan hati yang panas. Tengku Wani mencebik. Dia jugak mendekatkan diri pada lelaki itu.
"Shah, I akan masak sedap malam ni untuk you tau..." bisiknya perlahan seraya mengenyitkan mata. Shah mulai rimas. Matanya terpandang kelibat perempuan bertudung itu dihujung kedai. Laju sahaja gadis memilih bahan-bahan untuk dimasak malam ini. Dia memandang pula tangan peserta yang lain, kosong. Hanya ada plastik yang tertulis Beauty Shop, Shiny Lip, Make Up Gallery. Tengku Raziq tersenyum sinis. Dia menjauhkan diri dari mereka semua.
"Okay, we will see... aku cakap kat Puan Sal nanti, masakan siapa yang tak sedap akan dipotong sebanyak 500 markah. Aku taknakla nanti bila kahwin, bini tak reti memasak kan? Okay girls, see you later" lelaki itu berlalu dari situ dengan gaya machonya, senyuman jahat mulai terbit di bibir. Semua peserta terdiam, masing-masing mula gerun. Masakan dirumah mereka hanya dimasak oleh tukang masak khas. Senduk pun mereka tak pernah lihat, lagilah nak masak! Mereka memikirkan sesuatu. Tengku Sheryn mengeluarkan hp dari beg tangannya. Nombor rumah didail.
"Hello mommy! tolong kami... hantarkan masakan paling sedap yang Chef Zamri boleh buat dan pastikan ianya berlainan. Tiga masakan, hantarkan sebelum malam ni secara diam-diam kay? okay, love you mommy... bye-bye" Tiga beradik itu tersenyum lega. Masalah dah diselesaikan.
"Huh, senang sangat! mesti kita menang punyalah. Hehe... Now, what we are going to do?" soal Tengku Hani pada dua orang adiknya. Mereka tersenyum.
"Kita habiskan jelah duit 500 ni, bagi pun sikit je. Nak beli kasut pun tak lepas. Kaya tapi kedekut jugak orang tua tu. Nanti kalau tak abis dia syak bukan-bukan pulak" cadang Tengku Sheryn seraya ketawa gedik.
"Ha'a laa... pertama kalinya aku sokong cadangan kau. Apa lagi, jom!" ajak Tengku Wani bersemangat. Tengku Rania pula mencari ajinamoto atau perisa untuk menyedapkan masakannya nanti. Dia harus menang dan perlu menang pertadingan ni! Walaupun dia tidak berminat dalam bidang masakan, tetapi dia yakin masakannya paling sedap. Alahh... tambah je perisa banyak-banyak, nanti sedap lerr...

Apabila cukup masa, semua berkumpul di pintu utama shopping mall. Puan Sal dan Solehah melihat setiap peserta yang masuk kedalam kereta limosin kepunyaannya itu. Hanyalah beberapa peserta sahaja yang membawa bahan-bahan untuk memasak. Dia berbisik sesuatu di telinga Solehah. Perempuan itu mengangguk dan menanda sesuatu pada rekod peserta ditangannya. Apabila sampai dirumah, semua peserta dibenarkan berehat sebelum memulakan acara memasak. Ketika aku mahu masuk kedalam rumah, kakiku tersadung sesuatu. 'Bukk' Aku terjatuh dengan drastik. Serius sakit... memang tak jangka langsung nak jatuh. Terdengar mereka semua ketawa melihatku. Habis berterabur barang-barang yang aku beli tadi.
"Eh, Sori yee... I ingatkan dah tiada siapa yang masuk, tu sebab I nak keluar tutup pintu. Lagipun kaki I panjang"ujar Tengku Hani seraya ketawa melihatku sebelum terus berlalu pergi. Tengku Rania tersenyum sinis melihatku. Aku merenung mereka. Tak guna betul!
"Yelakan, setahu kita... semua peserta pertandingan ni orang kaya. Tiba-tiba ada pompuan kampung mana entah yang sesat, kesian..." sampuk Tengku Sheryn pula. Aku pantas mengutip semua barangku dan berlalu ketingkat atas tanpa memperdulikan mereka. Walaupun hati aku tersangatlah sakit sekarang ni, tapi aku perlu bersabar. Sebulan bukannya lama sangat...

(Complete)Perempuan Tu Pilihan Aku Where stories live. Discover now